PANDANGAN ULAMA : HUKUM MENANAM RAMBUT
Ulama masa kini telah berselisih pendapat berkenaan dengan hukum menanam rambut kepada dua pendapat:1. PENDAPAT PERTAMA: MENGHARUSKAN
Ini adalah pendapat kebanyakan ulama masa kini yang terdiri Prof Dr Ali Muhyiddin al-Qarahdagi ketua Jabatan Fekah dan Usul Fekah Universiti Qatar, Dr Muhammad Uthman Syaibir, Dr Muhammad as-Syed Dusuqi di www.islamiconline.net , Dr Muhammad as-Sartawi, Dr Muhammad al-Hajji al-Kurdi www.islamic-fatwa.net dan ulama-ulama yang lain.2. PENDAPAT KEDUA: MENGHARAMKAN
Diantara ulama yang mengegeluarkan fatwa ini adalah Syeikh Abdur Rahman Abdul Khaliq dan Dr Yusuf al-Ahmad.Keputusan Fatwa Hukum Menanam Rambut Di Kepala
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2011 telah membincangkan Hukum Menanam Rambut Di Kepala. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti menanam rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelokkan diri dari keaiban, selagimana tidak bertentangan dan melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudharat.
sumber : e-fatwa.gov.my
Video Dulu Kacak Sekarang Botak, Nak Tanam Rambut - Ustaz Azhar Idrus
Semoga perkongsian Hukum Menanam Rambut Di Kepala ini bermanfaat buat semua.