Menurut Kalendar Islam tahun 2016 / 1437 - 1438 Hijrah, ibadah puasa ramadhan atau 1 Ramadhan akan disambut di Malaysia bermula pada 6 Jun 2016.
PERMOHONAN BAZAR RAMADAN MPJBT 2016
Permohonan adalah terbuka bagi warganegara Malaysia dan Penduduk Tempatan yang berminat untuk berniaga di Bazar Ramadhan, MPJBTJadual Permohonan Bazar Ramadhan MPJBT 2016
TARIKH & MASA | KETERANGAN | TEMPAT |
3 hingga 21 April 2016 | Pengeluaran Borang Bazar Ramadan (Kawasan MPJBT Sahaja) | Aras 1, Jabatan Pelesenan, Majlis Penbandaran Johor Bahru Tengah. |
Tarikh serahan borang : 2 Mei 2016 Tarikh Taklimat Dan Undi Petak : 15 Mei 2016 | a) Jalan Layang 16, Taman Perling b) Jalan Medan Nusa Perintis 2, Gelang Patah b) Jalan PI 11/1, Taman Pulai Indah | MPJBT |
Tarikh serahan borang : 3 Mei 2016 Tarikh Taklimat Dan Undi Petak : 16 Mei 2016 | a) Jalan Kemuliaan 2, Taman Universiti b) Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti | |
Tarikh serahan borang : 4 Mei 2016 Tarikh Taklimat Dan Undi Petak : 17 Mei 2016 | a) Jalan Pulai Harmoni 1, Kangkar Pulai b) Jalan Emas 1, Taman Sri Skudai c) Jalan Perwira 16, Taman Ungku Tun Aminah | |
Tarikh Taklimat Dan Undi Petak | 15, 16 & 17 Mei 2016 |
Senarai Dokumen Untuk Permohonan
Berikut adalah dokumen yang perlu di bawa semasa hari pendaftaran (Akan dikemaskini - dokumen disenaraikan di bawha untuk permohonan tahun 2015):- 1 keping gambar.
- 1 salinan Kad Pengenalan.
- 1 salinan Buku Suntikan typhoid@ty2 (masih sah / tidak tamat tempoh).
- 1 salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan (bagi tahun 2010 dan ke atas).
- Pemohon dibenarkan untuk melantik sekurang-kurangnya 2 orang pembantu sahaja
- Pembantu perlu mengemukakan dokumen sama seperti pemohon.
3. Borang Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diterima.
4. Pemohon dikehendaki hadir semasa hari pendaftaran.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian 07-5555000
Selamat memohon buat mereka yang berminat untuk berniaga dalam menambah pendapatan untuk persediaan Hari Raya Aidilfitri 2016 nanti.