- Pastikan maklumat yang diisi adalah lengkap dan sempurna sebelum menhantar permohonan secara online. Permohonan pengurangan pinjaman MARA ini akan terbatal sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu.
Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA Online
Sistem Pemberian Insentif (Diskaun) 50% Pinjaman Pelajaran MARA ini hendaklah di mohon secara online seperti panduan syarat-syarat berikut :-- Applikasi Permohonan Online : http://insentif50.mara.gov.my/
- Login menggunakan No Kad Pengenalan Baru/ Lama dan No AKaun MARA
Syarat Permohonan Pemberian Insentif (Diskaun) 50%
Pemberian Insentif (Diskaun) layak diberikan kepada peminjam pinjaman pelajaran MARA seperti berikut :-- Peminjam yang lulus pengajian
- Peminjam yang telah mendapat tajaan bermula tahun 2010 dan sebelumnya serta tidak pernah mendapat kemudahan pengurangan bayaran balik (conversion).
- Peminjam yang telah mendapat pengurangan bayaran balik (conversion) adalah tidak layak untuk memohon kemudahan ini
- Membuat bayaran lump sum (sekaligus)
- Boleh membayar pinjaman melalui potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertakluk kepada terma dan syarat KWSP. Peminjam perlu
menyertakan bukti pengesahan penerimaan daripada KWSP jika hendak
membuat bayaran Pemberian Insentif (Diskaun) 50% ini - Rujuk Soalan Lazim permohonan di FAQ
Dokumen Untuk Permohonan
Dokumen yang diperlukan adalah :-- Salinan Skrol Akademik yang telah disahkan benar dan dimuatnaik semasa permohonan secara online.
- Laporan polis perlu dibuat jika skrol akademik tiada dalam simpanan peminjam. Surat Pengesahan IPT dan laporan polis perlu disertakan bersama semasa permohonan dibuat.
Cara Pembayaran
Pemohon yang telah menerima kelulusan untuk Pemberian Insentif (Diskaun)50% ini dikehendaki membuat [embayaran melalui kaedah berikut :-
1. SECARA TUNAI/DERAF BANK/CEK BANK DI PUSAT MARA.
Bayaran tunai di Kaunter Bayaran :- a) Tingkat 3, Bahagian Kawalan Kredit, Ibu Pejabat MARA
- b) Tingkat 2, Kaunter Penerimaan, Ibu Pejabat MARA
- c) Pejabat MARA Negeri dan Daerah
2. SECARA TUNAI DI KAUNTER PEJABAT POS DAN BANK SIMPANAN NASIONAL.
3. MELALUI PERBANKAN INTERNET DI BANK-BANK KOMERSIAL TEMPATAN SEPERTI BERIKUT :
- i) CIMB
- ii) MAYBANK
- iii) BANK ISLAM
- iv) BANK RAKYAT
- v) RHB BANK
- vi) AMBANK
- vii) AFFIN BANK
- viii) PUBLIC BANK
Cara Hubungi MARA
Anda boleh menghubungi talian rasmi seperti berikut:MARA CALL CENTRE
- Talian Utama: 03-2613 2000 /35082 / 35084 / 35085 / 35086 / 35088
BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA
- 03-261 32286 / 32399/ 32131 / 32288 / 32192 / 32133 / 32178
- insentif50@mara.gov.my
ALAMAT
BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA,TINGKAT 3, IBU PEJABAT MARA,
21, JALAN RAJA LAUT,
50609 KUALA LUMPUR
Selamat membuat Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA Online buat mereka yang layak dan semoga anda berjaya. Untuk semakan baki pinjaman pelajaran terkini sila layari Sistem eBaki.