Senarai Yang DiPertuan Agong Di Malaysia
Berikut adalah senarai nama Yang DiPertuan Agong yang pernah menjawat jawatan ini dari merdeka sehingga kini. Maklumat lain yang dikongsikan adalah tempoh pemerintahan dan asal negeri.Yang di-Pertuan Agong | Nama Yang di-Pertuan Agong | Negeri | Tempoh |
---|---|---|---|
Pertama | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad | Negeri Sembilan | 31.08.1957 |
Kedua | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah | Selangor | 14.04.1960 hingga 01.09.1960 |
Ketiga | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail | Perlis | 21.09.1960 hingga 20.09.1965 |
Keempat | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin | Terengganu | 21.09.1965 hingga 20.09.1970 |
Kelima | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah | Kedah | 21.09.1970 |
Keenam | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim | Kelantan | 21.09.1975 hingga 29.03.1979 |
Ketujuh | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah | Pahang | 26.04.1979 hingga 25.04.1984 |
Kelapan | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail | Johor | 26.04.1984 hingga 25.04.1989 |
Kesembilan | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah | Perak | 26.04.1989 hingga 25.04.1994 |
Kesepuluh | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman | Negeri Sembilan | 26.04.1994 hingga 25.04.1999 |
Kesebelas | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj | Selangor | 26.04.1999 hingga 21.11.2001 |
Kedua Belas | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail | Perlis | 13.12.2001 hingga 12.12.2006 |
Ketiga Belas | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah | Terengganu | 13.12.2006 hingga 12.12.2011 |
Keempat Belas | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah | Kedah | 13.12.2011 hingga sekarang |
Sistem Penggiliran Yang DiPertuan Agong
Jawatan Yang DiPertuan Agong hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.1) Negeri-negeri Melayu Bersekutu
- Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang
2) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
- Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
* Yang DiPertua Negeri untuk Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang menjawat jawatan.Penggiliran Yang di-Pertuan Agong mengikut aturan Pemerintah negeri adalah adalah seperti berikut :-
- Negeri Sembilan
- Selangor
- Perlis
- Terengganu
- Kedah
- Kelantan
- Pahang
- Johor
- Perak
Semoga informasi Senarai Yang DiPertuan Agong Di Malaysia ini bermanfaat buat semua rakyat Malaysia.
Sumber Majlis Raja-Raja & Wikipedia