BREAKING NEWS

Jimak, Turunkan Baju! Lawak Lucah Gegar Vaganza 2016 Melampau?



Gegar Vaganza merupakan sebuah program realiti nyanyian melibatkan penyanyi profesional. Penggemar program ini bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa, bahkan muda-mudi, remaja sehingga kanak-kanak juga sangat asyik melayani Gegar Vaganza.

Bahkan pada awal siaran Konsert Akhir Gegar Vaganza 2016 ini juga sudah dihidang kononnya GV3 sudah menawan dunia dengan tayangan klip video ucapan tentang Gegar Vaganza 2016 dari beberapa buah negara. 

Makanya pemilihan jenaka bersadur kelucahan biar ringan mahupun sarat ternyata agak tidak sesuai sementelah tayangan ini berlangsung pada waktu perdana dan menjadi tontonan seisi keluarga. Malam final ini dua perkataan, iaitu jimak dan turunkan baju masing-masing diucapkan oleh Amir Raja Lawak dan Nabil Ahmad.

Rasanya tak perlulah nak explain word by word, cuma reaksi wajah Tok Ram juga agak pelik apabila dirinya dan Alya dihadirkan dalam lawak sebegitu dengan dialog yang sebegitu oleh Nabil tanpa segan silu.

Mungkin ada yang akan kata, dunia dan zaman sekarang dah open, budak-budak pun dah tahu lebih daripada itu, tapi sebagai dewasa fikir-fikirlah sendiri!


Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20