SINOPSIS KALAU AKU KAYA
Mengisahkan Din seorang yang pemalas bekerja, tinggal menumpang dirumah pakciknya, Leman Kering. Dia hanya berangan mahu jadi kaya, tetapi malas berusaha. Leman Kering menangung segala makan dan minum Din yang hanya tahu menghabiskan makanan di rumah. Disebabkan hilang kesabaran, dia telah menghalau Din dari rumahnya. Din menjadi orang gelandangan.
Ketika bersama-sama dengan gelandangan yang lain, dia masih lagi tidak mengubah tabiatnya buruknya yang suka berangan menjadi kaya. Lagu 'Kalau Aku Kaya' sering dinyanyikan saban malam kerana dia yakin suatu hari nanti dia akan kaya seolah-olah mengharapkan sejumlah wang gugur dari langit. Hinggalah suatu hari, ketika dia sedang mencari barangan untuk dikitar semula, dia ternampak satu bungkusan hitam yang agak besar. Apabila dia mendekati, dia terkejut kerana dalam bungkusan itu, terdapat sejumlah wang yang banyak.