BREAKING NEWS
Showing posts with label Global. Show all posts
Showing posts with label Global. Show all posts

Terlepas dari tangan bapa, 2 kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 4


TIANJIN, CHINA - Dua kanak-kanak maut selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah pusat beli belah, malam semalam, lapor Shanghaiist. 

Sebelum kejadian jam 9 malam itu, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dan adik perempuannya, 2 tahun, sedang didukung oleh bapa mereka, berhampiran penghadang kaca di tingkat empat pusat beli-belah tersebut. 

Si bapa yang cuba melihat ke tingkat bawah (B1) untuk mencari isterinya bagaimanapun gagal mengimbangi badan lalu menyebabkan anak sulungnya terjatuh. 

Ketika lelaki itu cuba menyelamatkan anak sulungnya, malangnya anak kecilnya pula terlepas dari tangan menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke aras B1. 

Kedua-dua mangsa terjatuh dengan kepala mereka terlebih dahulu terhempas pada lantai tingkat itu dan maut serta merta di tempat kejadian. 

Si bapa segera berlari ke aras B1 untuk mendapatkan kedua-dua mangsa. Malangnya mereka sudah tidak bernyawa. 

Tangisan kesedihan lelaki itu membuatkan orang ramai yang melihat kejadian itu sedih dan bersimpati.


Terlepas dari tangan bapa, 2 kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 4 Selanjutnya: https://goo.gl/8eG4M7
Posted by Cili Potong on Tuesday, February 28, 2017

Gambar kejadian itu juga viral di media sosial mengundang rasa simpati netizen. Ada segelintir netizen yang menyalahkan lelaki itu kerana cuai sehingga menyebabkan dua anaknya terbunuh.

Bagaimanapun, tampil beberapa netizen yang lain menasihatkan orang ramai elakkan memuat naik komen-komen yang tidak baik dan menyatakan kejadian itu boleh berlaku pada sesiapa sahaja meskipun dalam sudah mengambil langkah berjaga-jaga.

Polis tiba di tempat kejadian dan lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut. - The Reporter

Kanak-kanak 2 tahun maut dalam mesin basuh


SAO PAULO, BRAZIL - Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 10 bulan ditemui maut dalam mesin basuh, lapor Debate News

Dalam kejadian pagi 18 Februari lalu di Jardim Planalto, Santa Cruz do Rio Pardo, Jaimerson Cardoso Dias Junior, 2, sebelum itu dilaporkan hilang oleh ibunya, Mariane Cristina. 

Polis kemudian melancarkan gerakan mencari mangsa sekitar jam 10.40 pagi bersama dengan beberapa jiran yang lain di kawasan perumahan tersebut, namun gagal menemui mangsa. 

Polis kemudian memeriksa rumah keluarga mangsa dan akhirnya menemui mangsa di dalam mesin basuh di sebalik pakaian dan buih cucian. 


Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke tempat kejadian namun sudah terlambat kerana mangsa telah meninggal dunia akibat lemas. 

Berdasarkan siasatan polis, mangsa dipercayai memanjat kerusi di sebelah mesin basuh yang sedang berfungsi dan membuka penutup mesin untuk bermain air. Malangnya mangsa terjatuh ke dalam mesin tersebut lalu mengakibatkannya lemas. 


Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.


Polis juga telah mengambil keterangan dari Mariane dan nenek mangsa, Susinei Sueli Lopes. Bagaimanapun pihak polis belum pasti sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu mangsa di atas kecuaian tersebut. - The Reporter
 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20