BREAKING NEWS
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris TV3

Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris Slot Akasia TV3. Sebuah drama baru adaptasi dari Novel "Duda Terlajak Laris" akan menemui peminat drama tempatan di Slot Akasia TV3 bermula 11 April 2016. Drama yang menggantikan Tundukkan Playboy Itu akan menampilkan pelakon sedang meningkat naik, Idris Khan dan pelakon wanita, Zara Zya. Drama ini terbitan Primeworks Studio Sdn Bhd arahan Fairuz Loy. Lagu tema OST adalah Cinta Yang Sempurna nyanyian Qanda.  


Sinopsis Duda Terlajak Laris Slot Akasia TV3

Berikut adalah sinopsis drama Duda Terlajak Laris yang akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, 6.58 petang bermula 11 April 2016.

Watak Pelakon

  • Idris Khan sebagai Zafran Aldin (Zack)
  • Zara Zya : Pehah/ Inas
  • Wawa Zainal : Anis Nabihah
  • Bella Nazari : Idayu
  • Anis Al-Idrus : Zainura
  • Kuza : Zah

Drama ini mengisahkan Idris Khan sebagai Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia muda 18 tahun. Ini semua disebabkan perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya dalam satu insiden menukar sebiji mentol.  Demi menjaga air muka Tok Ayah yang menjadi Imam masjid kampung, Zack menikahi Pehah (Zara Zya) di usia yang muda. Selepas kejadian itu Zack melarikan diri ke Australia dan meninggalkan isterinya, Pehah tanpa pesan untuk tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya.

Dua tahun masa berlalu, Zack kembali pulang semula ke kampung halamannya selepas menerima panggilan tentang pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Dalam satu kejadian, Zack telah membuat keputusan untuk menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Namun, Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti beliau pasti akan datang mencarinya. Kata-kata ingatan itu seperti satu sumpahan apabila Zack gagal mencari pengganti dan tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah berlaku hampir 8 tahun. 

Ibu Zack yang mahukan beliau berkahwin lagi dan mempunyai keluarga sendiri, hampir berputusa asa apabila beberapa kali Zack gagal dalam pertunangan. Keadaan berubah apabila Zainura telah memperkenalkan Idayu kepada keluarga Zack di mana Idayu memang telah lama menyukai Zack sejak mereka berada di Australia lagi. Zack tanpa sebarang halangan telah ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah.
Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuatkan Idayu merasa cemburu. Idayu yang kecewa ketika itu telah terlibat dalam satu kemalangan dan meninggal dunia. Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk rawatan giginya yang sakit dan telah dipertemukan dengan seorang doktor gigi wanita yang berpudah bernama Inas. Zack mahu mengenali Inas lebih mendalam apabila merasakan ada sesuatu yang pelik ketika hati Zack mula menyukai Inas. 

Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak laris ini? Saksikan Drama Duda Terlajak Laris di slot Akasia TV3 bermula 11 April 2016.

Lagu OST Duda Terlajak Laris Slot Akasia TV3

Lagu Tema OST Duda Terlajak Laris Slot Akasia TV3. Drama terbaru adaptasi novel Duda Terlajak Laris akan bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula 11 April 2016 menggantikan Tundukkan Playboy Itu. Drama ini adalah adaptasi daripada novel "Duda Terlajak Laris" karya Aifa Batrisya dan bakal menampilkan Idris Khan dan Zara Zya sebagai pelakon utama. Lagu tema adalah Cinta Yang Sempurna nyanyian Qanda. 

OST Duda Terlajak Laris Slot Akasia TV3


Drama Duda Terlajak Laris diterbitkan oleh Primeworks Studio Sdn Bhd dan juga menampilkan pelakon lain seperti Wawa Zainal, Vella Nazari, Anis Al-Idrus, Arash Mohd dan ramai lagi.

OST Duda Terlajak Laris Slot Akasia TV3

Berikut adalah Lagu Tema OST drama Duda Terlajak Laris nyanyian Qanda bertajuk Cinta Yang Sempurna berserta lirik.

Setiap kata yang terungkap
Umpama alasan yang tak bernoktah
Mengapa dugaan melanda
Engkau dan aku
Setiap bicara kan layu

Hilang di mana
Selalu dicemar ungkapan yang berbisa
Mengapa dugaan melanda engkau dan aku
Harapan agar terus bersama
Dan aku tak mahu berpisah

Andainya ku hilang dalam cinta
Suluhkanlah aku
Dengan rasa yang sempurna
Di dalam gelapku
Dan terus bersama dakapanmu cinta yang sempurna

Andainya kuhilang dalam cinta
Pautkan kusenyum yang sempurna
Tuk hiasi sepanjang nafasku
Dan bisaku merasakan cinta
Cinta yang sempurna   


Video Cinta Yang Sempurna - Qanda

Lagu OST Duda Terlajak Laris Slot Akasia TV3 akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Lagu OST Suami Tanpa Cinta Astro Ria

Lagu Tema OST Suami Tanpa Cinta Astro. Drama terbaru adaptasi novel Suami Tanpa Cinta telah bersiaran di Astro Ria bermula 4 April 2016. Drama Suami Tanpa Cinta dibintangi oleh pelakon muda sedang meningkat naik iaitu Shukri Yahaya dan Janna Nick serta dibantu oleh Sarah Hildebrand, Mark Adam dan Cristina Suzanee. Ianya akan bersiaran sebanyak 16 episod di Astro Ria dan Astro Ria HD jam 1000 malam setiap Isnin hingga Khamis. Lagu tema OST adalah nyanyian Janna Nick bertajuk "Mungkin Saja".

Lagu tema OST Suami Tanpa Cinta Astro Ria


Lagu Tema OST Suami Tanpa Cinta

Berikut adalah lagu tema OST Cinta Tanpa Suami nyanyian Janna Nick beserta lirik. Juga dikongsikan sinopsis Cinta Tanpa Suami di bawah ini:-
  • Judul : Mungkin Saja
  • Penyanyi : Janna Nick

Lirik Lagu Mungkin Saja

Berlegar legar bermain di mataku
Berdebar debar degup jangtungku
Makin lama makin ku rasa rindu
Makin lama makin tertarik padamu

Mungkin saja dia mencintaku
Dan mungkn saja sekadar temanku
Oh keliru bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Sekadar hello bisa membuat ku gamam
Dengan senyuman aku bagai kayangan
Bagaimana harus ku luahkan kata
Bagaimana aku sudah jatuh cinta

Mungkin saja dia mencintaku
Dan mungkin saja sekadar temanku
Oh keliru bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Satu, dua, tiga kali 
Jatuh cinta jatuh hati
Aduhai apa dah jadi
Mungkin tidak mungkin iya
Mungkin juga sama sama
Mungkin masih malu kata cinta

Sekadar hello bisa membuat ku gamam
Dengan senyuman aku bagai kayangan
Bagaimana harus ku luahkan kata
Bagaimana aku sudah jatuh cinta

Mungkin saja dia mencintaku
Dan mungkn saja sekadar temanku
Oh keliru bila dilamun cinta aaa
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta

Berikut dikongsikan sinopsis drama Suami Tanpa Cinta Astro Ria di mana ianya mengisahkan Zaidan Iman (Aid), Shukri Yahaya dan Ain Syifa (Janna Nick) berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga dari terkubur, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka. Namun perkahwinan mereka adalah bersyarat di mana sekiranya jatuh talak ke atas Ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka yang dibina.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya. 

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain ? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah ? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh ain itu ?

Saksikan drama Suami Tanpa Cinta ini setiap Isnin hingga Khamis bermula 4 April 2016 di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Gempak Superstar 2016 Astro

Keputusan Dan Senarai Peserta Gempak Superstar 2016 Astro. Program hiburan terbaru Astro iaitu Gempak Superstar 2016 akan menemui penonton bermula 10 April 2016 selama 6 minggu. Seramai 10 orang pelakon terkenal dan popular akan beraksi sebagai seorang penyanyi. Gempak Superstar akan bersiaran pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Adakah program realiti hiburan terbaru ini mampu popular seperti Gegar Vaganza

Gempak Superstar 2016 keputusan dan senarai peserta

Gempak Superstar 2016 Astro

Berikut dikongsikan informasi tentang Gempak Superstar 2016 Astro termasuk senarai peserta, format pertandingan, hadiah serta keputusan mingguan. Hos rancangan Gempak Superstar adalah Sharnaaz Ahmad dan Scha Al Yahya. 

Senarai Peserta

Berikut adalah senarai 10 peserta Gempak Superstar 2016 iaitu 5 wanita dan 5 lelaki. Kesemua mereka adalah pelakon :

Wanita

  1. Tasha Shilla
  2. Raja Ilya
  3. Izreen Azminda
  4. Sherry Ibrahim 
  5. Siti Elizad

Lelaki

  1. Nazim Othman
  2. Sofi Jikan
  3. Ryzal Jaafar
  4. Dazrin Kamarudin
  5. Arja Lee

Format Pemarkahan

Kuasa undian masih digunakan dengan mereka diberi kuasa sebanyak 50 peratus untuk mengundi artis kesayangan. 50% markah selebihnya adalah dari penghakiman juri profesional
  • 50 % undian penonton
  • 50% juri profesional

Pengarah muzik dan vokal : Datuk Ramli MS 
Penasihat Drama : Datin Marlia Musa dan Pat Ibrahim
Penasihat Koreografi : Hanafi Rosdi

Senarai Hadiah Kemenangan Gempak Superstar 2016 Astro

Program ini menawarkan hadiah yang amat lumayan kepada pemenang seperti berikut:-
  1. Juara : Hadiah wang tunai RM100,000
  2. Naib Juara : RM25,000
  3. Tempat Ketiga : RM15,000
  4. Tempat Keempat : RM10,000

Keputusan Gempak Superstar Mingguan

Berikut dikongsikan keputusan Gempak Superstar 2016 Astro yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.
  • * akan dikemaskini

Selamat memnoton Gempak Superstar 2016 Astro dan semoga anda terhibur dengan aksi pelakon yang bakal beraksi sebagai penyanyi.

Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega 2016 Akhir

Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega 2016 Akhir. Final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016 akan sampai ke penghujungnya pada minggu keempat belas dengan senarai finalis akan beraksi untuk merebut mahkota juara di pentas akhir MLM 2016. Siapakah yang bakal menjadi pemenang Final MLM 2016 kali ini? Untuk info, Jozan memenanginya buat kali pertama dan kemudiannya Kumpulan Sepahtu pada tahun 2013 dan Kumpulan Zero pada tahun 2014.

Juara Maharaja Lawak Mega 2016 Final

Maharaja Lawak Mega 2016 kali ini menyaksikan penyertaan 15 peserta iaitu 13 kumpulan dan 2 peserta solo tanpa pelawak popular seperti Sepahtu, Jozan dan Nabil. Jangkaan juara MLM kali ini adalah Kumpulan Bocey, LOL dan Jaros.

Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega 2016 Akhir

Berikut adalah keputusan pemenang Juara Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM) Akhir yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Program MLM 2016 akan bersiaran secara langsung bermula 29 Januari 2016, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) serta Astro on-the-go (Warna).

Hadiah

  1. Juara : wang tunai RM500,000 beserta trofi
  2. Naib juara (Kedua) : RM250,000
  3. Ketiga : RM150,000
  4. Keempat : RM50,000
  5. Kelima : RM15,000

Tahniah kepada juara dan pemenang Maharaja Lawak Mega 2016 Akhir.

Drama Sayangku Kapten Mukhriz Slot Akasia TV3

Drama Sayangku Kapten Mukhriz Slot Akasia TV3. Drama bertajuk Sayangku Kapten Mukhriz adaptasi dari Novel Anugerah Terindah akan menemui penonton di Slot Akasia TV3 tidak lama lagi (tarikh siaran akan dikemaskini dari masa kesemasa). Drama ini bakal mengandingkan 2 pelakon baru iaitu Raja Afiq sebagai Kapten Ustaz Mukhriz dan Niena Baharun sebagai Dr Ariana Dahlia. Pengarah drama adalah Idora Abdul Rahman di bawah terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd. 

sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz Slot Akasia TV3

Drama Sayangku Kapten Mukhriz Slot Akasia TV3

Berikut dikongsikan informasi ringkas drama Sayangku Kapten Mukhriz untuk peminat hiburan tempatan :-
  • Tajuk : Sayangku Kapten Mukhriz
  • Slot : Akasia TV3 
  • Tarikh Tayangan : Akan dikemaskini
  • Tajuk Novel : Anugerah Terindah
  • Karya : Sophilea 
  • Lagu OST : akan dikemaskini

Nama Pelakon Dan Watak

  • Raja Afiq : Kapten Ustaz Mukhriz
  • Niena Baharun : Dr Ariana Dahlia
  • Ikhlas Jalil : Kapten Ustaz Fauzan
  • Neera Azizi : Dr Aniza
  • Fezrul Khan : Izzudin

Pelakon Lain

  • Fezrul Khan
  • Aliff Aziz
  • Illey Mohtada
  • Tash Yong

Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz (Novel Anugerah Terindah)

Berikut adalah sinopsis Novel Anugerah Terindah :-
Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana � Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title �ustaz� dan seorang langsung tidak peduli title �doktor�. Sudahnya beginilah� SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.
 
Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat� Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah� Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz.


Sumber : Goodreads

Nantikan kemunculan Drama Sayangku Kapten Mukhriz Slot Akasia TV3 tidak lama lagi.

Ceria Popstar Astro 2016 Musim Keempat

Ceria Popstar Astro 2016 Musim Keempat. Program realiti hiburan yang berkonsepkan pertandingan nyanyian untuk kanak-kanak, Ceria Popstar, kini kembali di tahun 2016 untuk musim yang keempat. Selepas menobatkan peserta yang berasal dari Papar, Sabah iaitu Dayang atau nama sebenar Dayang Izyan Zawanie Iraril, berusia 15 tahun musim lalu,  Ceria Popstar Musim Keempat 2016 bakal menceriakan penonton selama 9 minggu dan secara eksklusif menerusi siaran saluran Astro Ceria (611) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Ceria Popstar Astro Musim Ketiga 2015

Jadual Ceria Popstar Astro 2016 Musim Keempat

  • Ceria Popstar akan bermula pada 25 Mac 2016 bermula jam 900 malam di Astro Ceria dan Maya HD
  • Bersiaran selama sembilan minggu termasuk episod uji bakat 
  • Konsert pertama Ceria Popstar akan bersiaran pada 1 April 2016

Senarai Finalis Ceria Popstar Astro Musim Keempat 2016

12 peserta Ceria Popstar 2016 finalis terbaik sudah dikenal pasti menerusi sesi uji bakat terdiri dari 8 lelaki dan 4 perempuan. Mereka adalah:-

Lelaki

  1. Muhammad Hady Muhammad Faiz, 14 tahun
  2. Irfan Harris Othman, 15
  3. Wafiy Irfan Ariffen Kamal Ariffen, 10
  4. Hazmil Hassan, 11
  5. Muhammad Shahreza Abu Samah, 13
  6. Muhammad Aniq Iffat Ruzaimi, 10
  7. Muhd Fikri Mohd Tahar, 14
  8. Mohamad Sharie Amzah, 10

Wanita

  1. Siti Junaidah Bekri, 14
  2. Eylia Eyre Guntabid, 15
  3. Siti Amirah Dalili Mohd Amerullah, 11
  4. Pasangan duo adik-beradik Fatma Naslin, 14, & Farhana Naslyn Suhailin, 11

Sesi uji bakat telah dijalankan pada musim cuti persekolahan Disember lalu di empat lokasi iaitu Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Selangor.

Informasi Ceria Popstar 2016

  • Pengacara atau Hos : Nabil Ahmad dan Wafiy (bekas peserta Ceria Popstar)
  • Datuk Aznil Nawawi : Penaung program Ceria Popstar
  • Juri tetap : Awie dan Siti Nurhaliza
  • Tenaga Pengajar : Mark Adam, Jaclyn Victor dan Black

Keputusan Pemenang Dan Hadiah

Berikut adalah senarai hadiah buat pemenang Ceria Popstar 2016 :-
  1. Juara : Hadiah wang tunai RM20,000
  2. Naib Juara : RM15,000
  3. Tempat Ketiga : RM10,000

Oleh itu, jangan lepaskan peluang menonton Ceria Popstar 2016 Musim Keempat, yang pastinya menghiburkan pada setiap Jumaat, jam 9 malam bermula 25 Mac 2016 di Astro Ceria (611) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Biodata Ungku Hariz Faizal Suami Jihan Muse

Biodata Ungku Hariz Faizal Suami Jihan Muse. Umum peminat hiburan tempatan sedia maklum yang pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse telah melangsungkan pernikahan dengan pelakon, Ungku Hariz pada hari Ahad, 20 Mac 2016 di Laman Kayangan, Shah Alam, Selangor. Majlis resepsi pasangan akan diadakan pada 27 Mac 2016 di Menara Naza TTDI, Shah Alam dengan tema perkahwinan klasik. Jihan atau nama sebenar, Nuur Jihan Musa berumur 33 tahun telah menjalinkan hubungan dengan kini suaminya, Ungku Hariz Faizal selama 9 tahun.
Biodata Ku Hariz

Biodata Ungku Hariz Faizal Suami Jihan Muse

Berikut dikongsikan biodata ringkas Ungku Hariz, suami Jihan Muse yang pernah berlakon dalam Filem Polis Evo bersama Zizan Razak :-
  • Nama Penuh : Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli
  • Nama Popular : Ku Hariz
  • Umur : 31 tahun (2016)
  • Kerjaya : Pelakon dan bekas peserta Pilih Kasih Musim Kedua (RTM TV2)
  • Laman Instagram : https://www.instagram.com/ungkuhariz/
  • Twitter : https://twitter.com/ungkuhariz
  • Tarikh Persandingan : 20 Mac 2016
  • Isteri : Jihan Muse
  • Senarai Drama : Cinta 100kg, Jihan Nak Cari Calon Suami dan Isteri Separuh Masa
Biodata Ku Hariz Suami Jihan Muse
Tahniah diucapkan kepada Ku Hariz dan Jihan Muse, semoga perkahwinan anda kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Gambar : Instagram Jihanmuse & Utusan Malaysia
 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20