BREAKING NEWS
Showing posts with label LUAR NEGARA. Show all posts
Showing posts with label LUAR NEGARA. Show all posts

Semakan Keputusan Pengajian Timur Tengah 2016 Online

Semakan Keputusan Permohonan Universiti Di Timur Tengah 2016 Secara Online. Anda ada membuat permohonan Pengajian Timur Tengah 2016 Online? Dipetik dari Applikasi Permohonan Pelajar ke Universiti di Timur Tengah, adalah dimaklumkan bahawa keputusan layak memohon ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi kemasukan 2016/2017 dijangka boleh disemak secara online bermula pada minggu keempat Mac 2016 25 Mac 2016.
  • Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi KPM dan applikasi permohonan untuk tarikh sebenar semakan keputusan.

Semakan Keputusan Ke Universiti Di Timur Tengah 2015

Semakan Keputusan Pengajian Timur Tengah 2016 Online

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan bagi Pengajian ke Universiti di Timur Tengah pada 25 Mac 2016. 
* Terkini :  Sukacita dimaklumkan keputusan layak memohon Mesir dalam bidang Pengajian Islam (STAM) dan Bidang Pengajian Qiraat bagi sesi 2016/2017 boleh disemak pada 28 Mac 2016 sementara keputusan layak memohon ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi kemasukan 2016/2017 boleh disemak pada 30 Mac 2016.
Semakan keputusan layak memohon boleh disemak di :-

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226.
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam Semakan Keputusan Pengajian Timur Tengah 2016 Online.

Semakan Senarai Hitam Imigresen Ke Luar Negara Secara Online

Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Ke Luar Negara Online. Anda hendak ke luar negara? Pastikan anda tidak disenarai hitam oleh PTPTN, LHDN, perintah mahkamah dan PDRM mahupun diisytihar sebagai bankrap. Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan kemudahan kepada Warganegara Malaysia yang ingin menyemak status senarai hitam 'blacklist' Imigresen secara online atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara.

Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Ke Luar Negara Online

Anda dinasihatkan untuk membuat semakan blacklist Imigresen atau pasport ini sebelum merancang ke luar negara bagi mengelakkan sebarang masalah apabila mengetahui pasport mereka tidak sah, sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara. 
senarai hitam imigresen online

Antara punca nama disenarai hitam adalah berpunca dari senarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDN dan PTPTN.

Applikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Online

Untuk membuat semakan Senarai Hitam Imigresen Online, sila klik Applikasi Semakan di bawah ini :-
Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai "Tiada Halangan" (Tiada sekatan).

Satu kaedah alternatif lain untuk memeriksa status imigresen adalah dengan menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 0388801000.
    Semakan Senarai Hitam Imigresen Online
    Grafik sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

    Semoga applikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Ke Luar Negara Secara Online ini dapat membantu anda dalam merancang perjalanan ke luar negara atas alasan bercuti atau bekerja dan lain-lain lagi.

     
    Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20