BREAKING NEWS
Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Modal RM275 selama 4 tahun, dapat RM21,000. Sesuai untuk yang bergaji kecil & masih belajar



Idea ini sesuai untuk mereka yang bergaji kecil dan mampu menyimpan RM300 setiap bulan. Jika anda masih pelajar, boleh ikut juga. Gunakan slip gaji ibu bapa.

TAHUN PERTAMA 
  • ASB Financing RM50K
  • Ansuran bulanan: RM275
  • Keuntungan bank: 5.2%
  • Takaful Pembiayaan ASB: Tiada
  • Tempoh pembiayaan ASB : 30 tahun

Mohon ASB Financing tahun pertama. Bayar ansuran bulanan RM275 selama setahun. Selepas setahun, katakan dividen diumumkan 6.75%. Anda akan dapat dividen ASB: RM3,375. Gunakan duit dividen ASB untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB tahun pertama. RM275X12 = RM3,300. Ada lagi lebihan RM75 dan bonus semasa.
  • Dividen : 6.75% X RM50K = RM3,375
  • Ansuran ASBF: RM275 X 12 = RM3,300 
  • Baki dividen : RM3,375 - RM3,300 = RM75

Gunakan dividen tersebut untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB RM50K anda. Itu tak campur bonus lagi. Ulang langkah yang sama selama empat tahun.

Mohon pembiayaan ASB RM50K setiap tahun. Seelok-eloknya mohon ASB Financing awal bulan November tahun tersebut dan Januari anda mula bayar. Jika anda jadi Client saya, saya akan guide lebih terperinci lagi.

TAHUN KEDUA 
  • Mohon lagi pembiayaan ASB RM50K. Ansuran bulanan RM275. Setahun anda perlu bayar RM3300. Seperti langkah 1.

TAHUN KETIGA
  • Anda sudah ada sijil ASB Financing RM50K + RM50K. Jadi dividen anda akan beroleh berdasarkan baki minimum RM100K. Dividen ASB : 6.75%, anda akan dapat RM6750. Gunakan dividen RM6750 untuk bayaran ansuran kedua pembiayaan ASB anda. Jadi anda tak perlu keluarkan duit sendiri. Anda boleh mohon lagi pembiayaan ASB RM50K. 

TAHUN KEEMPAT
  • Mohon lagi pembiayaan ASB RM50K. Masa ini ada sudah ada maksimum pembiayaan ASB RM200K. Komitmen anda hanya RM275 sahaja.

TAHUN KELIMA
  • Dengan bermodalkan hanya RM275 sebulan, selama empat tahun ASB anda sudah mencapai maksimum RM200K. Lepas dapat dividen, anda terus terminate semua ASB Financing anda.

Selepas anda terminate ASB Financing tersebut, anda sudah tak ada komitmen bulanan lagi. Anda tak perlu bayar ansuran bulanan RM275 lagi. Anda pergi ke bank dan kata nak terminate. Bank akan jual sijil ASB anda dan anda akan dapat pulangan prinsipal.

Jika anda ada akaun CIMB, pulangan prinsipal anda akan dipulangkan kembali melalui akaun bank. Jika tak ada akaun CIMB, bank akan pulangkan melalui buku ASB.

Pembiayaan ASB Islamik tak ada penalti jika anda terminate awal. Pembiayaan ASB tak ada lock in period. Iaitu tempoh anda tak boleh terminate pembiayaan ASB.

ANDA AKAN DAPAT:
  • Dividen ASB terakhir : RM13,500

PULANGAN PRINSIPAL
  • Tahun Pertama (48 bulan) : RM3082
  • Tahun Kedua: (36 bulan) : RM2251
  • Tahun Ketiga (24 bulan) : RM1461
  • Tahun Keempat (12 bulan): RM712
  • Jumlah pulangan prinsipal : RM7,506

Jumlah kasar keseluruhan : RM13,500 + RM7,506 = RM21,006

Secara ringkasnya,
  • Tahun Pertama : Mohon RM50K (ASBF RM50K)
  • Tahun Kedua: Mohon RM50K (ASBF RM100K)
  • Tahun Ketiga: Mohon RM50K (ASBF RM150K)
  • Tahun Keempat: Mohon RM50K (ASBF RM200K)
  • Tahun Kelima: Terminate ASB Financing RM200K (RM50K+RM50K+RM50K+RM50K)

Tahun Pertama: Buat ASB Financing RM50K. Dapat dividen buat ASB Financing RM50K dan seterusnya. Dapat dividen rolling dividen untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB tersebut. Jadi komitmen anda kekal RM275.

RM50K+RM50K+RM50K+RM50K = RM200K

Macam mana jika dividen ASB turun? Baki RM75 dan bonus kan ada. Boleh gunakan. Gaji anda setiap tahun meningkatkan. Gunakan sebaiknya.

Tahun kelima anda sudah ada dana simpanan wang sebanyak RM21K. Komitmen anda hanya RM275 setiap bulan.Dengan RM21K jika anda gunakan sebaiknya memang anda bijak. Apa anda boleh buat ialah:
  1. Jika nak buat majlis kahwin, buat la secara sederhana. Ambil RM15K bakinya simpan. Ajaklah calon suami / isteri anda buat sama. Nanti dah graduasi ada tabung dana keluarga sebanyak, RM42K.
  2. Jika nak beli rumah, gunakan RM21K sebagai deposit rumah. Beli rumah apartmen subsale yang murah dan sewakan. Buat perjanjian sewaan. Biar ada bukti duit masuk dalam akaun anda. Selepas 6 bulan, beli lagi satu rumah.
  3. Jika nak beli kereta, beli ikut kemampuan gaji. Ansuran bulanan biarlah tidak lebih daripada 15% daripada gaji anda. Nak beli kereta terpakai tempatan yang murah secara tunai guna duit RM21K tadi? Lagi bijak!
  4. Simpan RM21K dalam ASB untuk masa depan anda.
  5. Tak perlu terminate semua ASB Financing anda tadi. Tambah lagi ASB Financing 2 pula dengan ansuran yang sama RM275. Jadi dengan ansuran sama anda sudah ada ASB & ASB 2 sebanyak RM400K sebagai pelan persaraan. 






APA INTIPATI PENTING DARIPADA TEKNIK INI?
  1. Walaupun anda bergaji kecil tetapi jika anda force saving sebanyak RM275 dalam 5 tahun anda sudah ada RM21K.
  2. Anda tak perlu mohon pembiayaan peribadi untuk majlis perkahwinan anda.
  3. Anda sudah ada deposit untuk beli rumah.
  4. Anda ada simpanan untuk beli kereta secara tunai tanpa perlu berhutang dengan bank selama 9 tahun.
  5. Anda mampu beli rumah dan sewakan. Dapat aliran tunai positif untuk wang anda.

Pembiayaan ASB Islamik bukan macam pembiayaan peribadi. Anda tidak dapat pun duit sedebuk macam pembiayaan peribadi. Jadi, jika anda terminate pembiayaan ASB anda tak perlu bayar apa-apa hutang pun. Ia merupakan hutang baik. Anda gunakan duit bank untuk melabur dengan nilai yang lebih besar. Anda bayar pada bank sebulan RM275 dan dalam akaun ASB anda seolah-olah ada RM50K. Dividen berdasarkan nilai RM50K ini.

CIMB terbaik Takaful tak wajib dan tempoh pembiayaan ASB 30 tahun. Jadi anda tak wajib ambil takaful (sebab niat nak terminate) dan ansuran bulanan anda lebih rendah.

PENAFIAN (SILA BACA)
  1. Perkiraan kasar sahaja.
  2. Andai dividen ASB diumumkan oleh pihak ASNB sepanjang tempoh 4 tahun tersebut ialah : 6.75%

Ansuran bulanan ASB Financing RM50K anda tinggi? Itu pentingnya konsultan yang membantu anda. WhatsApp saya segera untuk dapatkan konsultasi dan rancang game plan khas untuk anda secara PERCUMA

ASY
013 2561421
CIMB Wealth Advisor
Pembimbing Kewangan Anda
WhatsApp : +60132561421

'Isteri tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dengan suami'

Gambar hiasan | @HijabFotografi

Saya setuju dengan apa yang Ustaz Ebit Lew katakan. Isteri dah banyak kali 'mati' untuk kita (suami). Secara zahirnya mereka sedang melahirkan anak untuk kita, tetapi hakikatnya mereka 'sedang mati' untuk kita. 

Saya selalu berpesan kepada adik dan kawan-kawan lelaki, hargailah isteri walau apa pun yang terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan yang ada pada perempuan lain. Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat membahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang. 

Ketahuilah bahawa, isteri tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dengan kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Mereka gembira dalam masa yang sama, mereka risau dan berharap agar kita mampu menjaga anak mereka dengan baik. 

Tiba-tiba hari ini, kita dengar kes suami pukul isteri, suami curang dengan isteri. Mula tidak menyayangi isteri, mula ada perempuan lain. Kenapa ada lagi lelaki yang sanggup menceraikan isteri dan meninggalkan mereka sebatang kara bersama anak-anak semata-mata masalah yang kecil? 

Kita sebagai suami sepatutnya melindungi mereka, membimbing mereka, menjaga amanah yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Sebelum kahwin, semua syarat kita boleh terima tetapi kenapa setelah kahwin kita lupa segala syarat yang diberikan? 

Sebelum kita pukul isteri, tampar isteri, cuba minta kawan tampar ibu kita. Apa kita rasa? Kalau tak koma, mungkin mati si kawan itu. 

Sebab itulah saya berpesan kepada remaja sekarang, kalau sukakan perempuan, niat kerana Allah. Jika kita letak hukum Allah dalam cinta kita kepada perempuan, kita akan menghargai mereka sampai mati. 

Cinta memerlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari, putus tangan, kaki dan kepala untuk mendapatkan Cinta Allah. Khadijah r.ha asalnya orang yang sangat kaya, sanggup korbankan kekayaan demi Allah dan Rasul. 

Begitu jugalah jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga untuk ikut kehendak Allah. Dalam hubungan ketapikan kehendak kita. Berusaha menunaikan kehendak pasangan. 

Suami isteri etiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu pada pasangan. Luangkan masa untuk mendengar setiap keluhan, masalah pasangan. Jadi pendengar yang setia setiap perkongsian. 

Tuan puan, banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kepada Allah, tiada sesiapa pun dapat menyelesaikan masalah kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun yang dapat menenangkan hati kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun yang dapat membahagiakan kita kecuali Allah. 

Bayi 2 bulan diberi makan pisang & biskut marie sejak usia sebulan, maut



DIBERI MAKAN PISANG & BISKUT MARIE, BAYI 2 BULAN INI MENEMUI ILAHI

Semalam tersebar screenshot whatsapp tentang kematian bayi berusia 2 bulan yang mati dipercayai kerana makan pisang dan biskut marie di Indonesia. Ada orang tanya saya betul ke pisang dan biskut marie boleh menyebabkan kematian tersebut. Ini ulasan saya berdasarkan info terhad pada screenshot whatsapp yang ada.

Info yang ada:
  1. Bayi berusia 2 bulan.
  2. Diberi makan pisang & biskut marie sejak usia 1 bulan
  3. Mati kerana pneumoni berat
  4. Perut membusung berdasarkan gambar
Pemberian makanan berbentuk pepejal atau semi-pepejal kepada bayi berusia bawah 4-6 bulan berisiko menyebabkan usus sumbat. Antara tandanya ialah perut membusung (abdominal distension) kerana usus membengkak akibat pengumpulan makanan dan minuman yang terhalang. 

Apabila usus sumbat, risiko untuk bayi muntah-muntah adalah tinggi, lebih-lebih lagi jika pemberian minuman atau makanan tetap diteruskan. Kebiasannya muntah (vomitus) ini keluar mengikut mulut dan kadang-kadang hidung atau tertelan semula, namun ia boleh juga masuk ke dalam saluran pernafasan hingga paru-paru (aspiration into the lung) terutamanya bagi bayi.

Apabila muntah ini masuk ke dalam paru-paru, ia menyebabkan keradangan paru-paru (pneumonia) yang boleh mengakibatkan kesukaran untuk bernafas. Jika radang terlalu teruk (severe pneumonia = pneumoni berat), ia boleh menyebabkan kematian.

Salam.admin minta siarkan pic nie..kejadian di indonesia baby baru 2 bulan mak die kasih pisang dengan bubur ya allah sedih sngat..baby meninggal...??
Posted by Info Ibu Hamil on Monday, February 27, 2017

Pengajarannya, bukan semua petua atau tradisi boleh diikut bulat-bulat. Jika ada petua yang disahkan merbahaya berdasarkan landasan ilmu, tinggalkan sahaja. 

Elakkan juga daripada jadi baik tidak bertempat dengan memberi makanan kepada anak orang lain tanpa izin ibubapanya kerana anak itu mungkin ada kontraindikasi kepada makanan tertentu. Niat memang baik, tapi caranya salah.

Beri makanan pelengkap pada usia 6 bulan bermula dengan bentuk semi-pepejal, secair yang boleh dahulu, kemudian baru ditambah kepekatannya mengikut kesesuaian.

Jika bayi muntah-muntah dan perut membusung, dapatkan konsultasi di fasiliti kesihatan dengan segera.

Nota 1: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.

Nota 2: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.

Ditinggalkan suami, ibu tunggal sara 4 orang anak seorang diri



Saya baru balik dari menemui seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami dengna empat orang anak. Yang sulung tingkatan 3, yang nombor dua, darjah 4, yang nombor 3 darjah 3 dan yang bongsu ini berumur 4 tahun dan anak ini adalah anak istimewa kerana dia insan yang Allah pilih untuk diuji di dunia. 

Anak bongsunya menghidap penyakit jantung, sedang menunggu giliran untuk pembedahan di IJN serta sedang dirawat dan suspek lukemia pula. Dia juga menghidap down syndrome.

Hebat anak kecil ini dan kisah anak ini dan keperitan ibunya membuatkan saya tidak boleh tidur lena. Kepala ligat memikirkan bagaimana seorang lelaki yang mempunyai empat orang anak tetapi tidak bertanggungjawab sedikit pun pada anak-anak yang ditinggalkan. 

Kisah Puan E ini diceritakan kepada saya oleh seorang follower di Facebook. Saya kemudian menghubungi Puan E dan kami berjumpa. Malang sungguh nasib wanita ini. Sebelum ini, dia bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat bumiputera. Katanya majikannya baik, seminggu dua tiga kali cuti kecemasan pun majikan bertolak ansur kerana memahmi anaknya yang sering sakit. Malangnya syarikat tempat ddia bekerja ini akan berpindah ke Kuala Lumpur (sebelum ini di sebuah daerah di Selangor) menyebabkan Puan E terpaksa berhenti kerja. 

Puan E pernah mendapat bantuan zakat, tetapi dihentikan kerana katanya dia masih boleh bekerja mencari nafkah. Sewa rumah tidak berbayar, akhirnya sekarang dia dan anak-anaknya tinggal menumpang di rumah kawannya di sebuah apartment. 

Nak mencari kerja pun susah sebab anaknya sering sakit, malah dia juga kena berulang-alik IJN dan HKL. Katanya nanti akan menyusahkan majikan. Puan E bercadang untuk pulang ke kampung. Namun buat sementara waktu ini dia terpaksa berada di sini kerana menunggu giliran pembedahan anaknya itu. InshaAllah selesai pembedahan itu, dia dan anak-anaknya akan pulang ke kampung. (Keluarga sendiri pun susah kata dia).

Sedihnya ke hulu ke hilir untuk menguruskan perpindahan sekolah anak-anak sendirian dan tanpa ada sebarang pendapatan. Dia hanya mengharap ehsan kawan-kawan dan dia ada buat kerja mengambil upah membantu majikan Cina buat kerja sedikit. Upah yang diterima, RM30. Itupun bukan setiap hari ada kerja. 

Aduhai, menahan air mata saya mendengar ceritanya tadi. Memandang wajah anak syurga ini saja sudah cukup menyedihkan hati. InshaAllah saya bercadang order nasi lemak untuk feeding homeless Jumaat ini dengan dia. 

Bila saya tanya, dia boleh masak nasi lemak, tak? Dia kata boleh. Jadi saya dahulukan sejumlah wang sebagai modal untuk dia buat nasi lemak. Semoga dia mendapat sedikit keuntungan pun jadilah, buat belanja sekolah anak-anak dia. 

InshaAllah kami sedang berbincang lagi bagaimana mahu membantunya. Yang penting, untuk sementara sahaja kerana selepas pembedahan anaknya, dia buat keputusan untuk pulang ke kampung. Kalau ada yang ingin bersedekah kepada beliau dan anak-anaknya yang sedang menuntut ilmu dan anak syurga ini, boleh hubungi saya terus untuk diberikan nombor akaun banknya.

Kenapa perlu menghubungi saya? Kerana saya sudah serik mendedahkan nombor akaun bank secara terbuka. Nanti ada ahli keluarga yang tahu dan mula mengambil kesempatan. Muncul pula si ayah mengungkit itu ini. Ada saja isu yang timbul. Jadi, kalau benar mahu memberikan sumbangan, boleh menghubungi saya di Facebook. 

Jujurnya, mereka ini sangat memerlukan bantuan. 

Kemaskini: 

Disebabkan ramai sangat yang menghubungi saya untuk meminta nombor akaun dan saya pula sibuk tak dapat nak balas semua mesej dan setelah berbincang dengna setiausaha Pink Squad, tuan/puan boleh hulurkan sumbangan ke akaun bank Puan Razlina Abd Rani. InshaAllah semua sumbangan yang diberi akan terus disalurkan kepada Puan E. 

Ini optional saja ye. Saya tidak mahu menggunakan akaun bank sendiri sebab akaun saya dok masuk duit sedekah Jumaat. Saya tak mahu campur aduk. 

Kenapa bukan akaun pertubuhan? Akaun pertubuhan adalah akaun semasa. Nak keluarkan duitnya perlu menggunakan cek dan susah nak trace satu persatu bantuan untuk Puan E. Kalau anda masih ragu-ragu, boleh hubungi saya untuk meminta nombor akaun Puan E. Tetapi maaf jika saya lambat balas sebab hari ini saya kerja dan sibuk. 

Akaun Razlina Abd. Rani 1142 9931 1937 (Maybank)

Sila e-melkan transaksi anda ke email pinksquad16@gmail.com (untuk semakan kami)

'Mama tahu adik sakit, adik pergilah dik, adik jangan susah hati nak tinggalkan mama'


Pilu hati seorang ibu mengungkap kata sedemikian pada anak kecilnya yang menderita dan menghidap tumor dalam kepala. 

Dialah yang menyaksikan sendiri bagaimana kuatnya arwah yang berusia setahun itu terus berjuang untuk terus hidup sehinggalah menghembus nafas terakhir pada 28 Januari 2017. Marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Nur Alisya Naufaleen.


Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan semua. Hari ini tanggal 28 Februari 2017, genaplah sebulan Nur Alisya Naufaleen telah pergi imeninggalkan saya dan kakak-kakaknya. 

Arwah anak saya merupakan seorang anak yang cukup kuat, cukup baik dan cukup segala-galanya. Saya telah menyedari kepala arwah agak besar berbanding kakak-kakaknya yang lain sejak umur arwah lima bulan. Saya ada bertanya pada keluarga, adakah anak saya kelihatan normal? Mereka mengatakan 'Ya' pada saya. Jadi saya tidak ambil apa-apa tindakan. Bahkan keputusan ukur lilit sewaktu arwah berusia 7 bulan masih berada dalam lingkungan normal. 

Anak saya tidak pernah mengalami demam yang lama dan sentiasa kelihatan sihat dan cerita. Sampailah anak saya berusia setahun, saya tertanya-tanya kenapa anak saya masih tidak boleh berjalan? Tetapi ahli keluarga tetap memberikan jawapan yang positif dengan mengatakan mungkin anak saya malas dan ada juga yang kata,

"Jangan risau, anak semua tak sama. Ada yang cepat dan ada yang lambat"

Mendengar kata-kata mereka itu, hati saya kembali tenang seketika. 



Bulan berganti bulan, sampailah ada suatu ketika di mana ayah saya telah kembali ke rahmatullah juga ialah pada 23 November 2016. Dan dua hari selepas pemergian ayahanda tercinta, arwah anak saya telah dimasukkan ke dalam wad kerana arwah ketika itu kelihatan amat tidak bermaya dan hanya terbaring sahaja. Dari situ, pihak hospital telah menjalankan beberapa ujian terhadap arwah anak dan suspek ada sesuatu di dalam kepala arwah. 



Akhirnya pada 3 Januari 2017, segala persoalan saya terjawab. Anak saya disahkan mempunyai cecair yang banyak dalam kepala. Pelbagai cara yang saya lakukan untuk merawat arwah. Dan setelah anak saya menjalani ujian MRI, barulah doktor pakar dari Hospital Tunku Abdul Rahman (HTAR) berkata pada saya bahawa arwah bukan sahaja mempunyai cecair dalam kepala, tetapi juga mempunyai tumor yang sangat besar. 

Pada waktu itu, saya terasa diri ini seperti dipanah petir. Lutut dan kaki tidak terasa lagi, lalu saya jatuh terjelepuk keseorangan dan menangis. Mata saya tetap melihat arwah. Saya bangkit semula dan dapatkan arwah, lalu memeluknya. Cukup kuat anak yang berusia setahun lebih menanggung tumor yang sangat besar. 

"Patutlah anak saya tak boleh berjalan," kata saya dalam hati. 

Arwah selamat menjalani pembedahan pertama iaitu VP Shunt. Bayangkan seorang anak kecil telah ditebuk di kepala, perut dan memakai tiub dari kepala sehingga ke perut. Arwah tetap kuat. Setelah menjalani pembedahan itu, tumor kelihatan lebih besar dari scan dan MRI sebelum ini. 6.5 cm x 4.3 tahap 4. 


Menurut doktor pakar bedah otak, arwah dikatakan harus menjalani pembedahan dengan segera. Saya cuba nak menyelamatkan arwah dengan menandatangani dokumen-dokumen untuk pembedahan besar itu. Lalu pada 23 Januari 2017, arwah telah ditolak masuk ke dalam dewan bedah dan menjalani pembedahan hampir 10 jam. 

Arwah dikatakan stabil walaupun koma, setelah tamat proses pembedahan itu. Namun dugaan saya tersilap apabila arwah terpaksa dibedah sekali lagi pada jam 3 pagi, 24 Januari dan arwah telah ditolak keluar dari dewan bedah pada jam 10 pagi dan dimasukkan ke ruang HDW. 

Doktor bedah juga telah berjumpa dengan saya dan keluarga. Beliau mengatakan bahawa arwah tidak mempunyai harapan lagi. Namun saya tidak pernah demu dalam mendoakan arwah. Malah ramai kawan-kawan mendoakan agar ada keajaiban. Subhanallah, banyak hikmah yang terjadi. 

Akhirnya pada 28 Januari 2017, arwah telahpun kembali ke rahmatullah dan berada di sisi Allah swt. Arwah seorang yang kuat dan saya sebagai ibunya telah menyaksikan sendiri bagaimana kuatnya arwah berjuang untuk terus berada di samping saya. Lalu saya berbisik kepadanya,

"Adik, mama akan kuat dik. Mama janji dik, mama kuat sama macam adik. Mama tahu adik sakit, adik pergilah dik. Bukan mama tak sayang adik. Mama sayang. Sebab mama sayang adiklah mama minta adik pergilah dik. Mama halalkan susu mama dan mama janji mama akan jaga kakak-kakak adik dengan baik.

"Adik jangan susah hati nak tinggalkan mama. Mama tahu adik sayang mama sangat sebab itu adik susah nak tinggalkan mama, kan? Adik, pergilah dik. Adik janji tau, adik kena tunggu mama di syurga," 

Khalimah syahadah saya bisikan sebanyak tiga kali dan akhirnya setelah penat berjuang selama lima hari untuk bangkit dari koma, arwah telahpun menghembuskan nafasnya buat kali terakhir pada 11.14 pagi. Sayalah yang memangku arwah, memeluknya ketika arwah sedang nazak. Dengan kuasa Allah, arwah membuka matanya sedikit dan terasa seperti tangan saya digenggam olehnya. Saat arwah hendak pergi, mungkin itulah pandangan terakhir dari arwah untuk mengingati wajah saya sebagai ibunya. 



Buat kawan-kawan semua, maaf saya banyak menyepikan diri setelah kehilangan arwah. Saya cuma rasa tak kuat nak buka Facebook ini sebab terlalu banyak kenangan tentang arwah. Hari ini tak tahulah dari mana datangnya kekuatan ini. Saya amat berharap pada kawan-kawan semua, ambil perkarai ni dengna serius dan jadikan sebagai pengajaran. Kalau ada rasa tak sedap hati, cepat-cepat bawa anak pergi buat pemeriksaan. Jangan dengar kata orang dan percaya pada naluri seorang ibu. Saya sudah cuba yang terbaik, namun Allah lebih menyayangi Nur Alisya Naufaleen. Marilah kita sama-sama sedekahkan yasin dan Al-Fatihah buat arwah puteri kesayangan saya, Nur Alisya Naufaleen. Al-Fatihah.

'Mak, kenapa Allah ambil balik mata Abang Chik?'



16 November 2015, dunianya tiba-tiba kelam sebelum akhirnya bibirnya juga tidak mampu lagi berkata-kata. 

"Mak, kenapa mak tak buka lampu?"

Berderau darah si ibu, hancur luluh hatinya. Dalam linangan air mata, dia mendakap tubuh anak tersayang, Muhammad Fariz Zharfan binti Roslan, 8 tahun. Dia tak dapat lupakan detik bening subuh itu, saat mengejutkan anaknya dari tidur. 

"Mak, kenapa Allah ambil balik mata Abang Chik?" 


Soalan itu acapkali ditanya Abang Chik. Hati ibu mana yang tidak pilu bila anak yang dahulunya sihat, berlari ke sana sini, gelak ketawanya menghiburkan keluarga kini tiba-tiba menjadi buta. 

"Mak, A bukan macam ni! Abang Chik tahu huruf A," 

Memasuki tahun 1 sebagai pelajar buta, bukannya mudah buat Abang Chik. Lima bulan selepas itu, akhirnya dia semakin lemah dan tidak mampu berjalan lagi. Betapalah berat ujian insan terpilih ini. Dalam sekelip mata, dari anak yang sihat tiba-tiba terlantar tanpa mampu bercakap dan bergerak lagi.

Hasil ujian MRI, doktor mengesahkan lemak yang terkumpul di dalam saraf otak, menyabkan mata dan anggota tubuhnya tidak dapat menghantar isyarat ke otaknya lagi. 


Posted by Natipah Abu on Sunday, February 26, 2017

Semoga ada yang sudi berkongsi rezeki dengan anak si tukang rumah ini demi menyiapkan sebuah bilik khas untuknya yang selalu menangis mendengar adik dan abang bermain. 

Sumbangan boleh disalurkan kepada:

Roslan bin Adnan 152219080908 (Maybank)
Nurbaizura binti Zakaria 152023536365 (Maybank)

013-4029609 (Puan Nurbaizura)

atau pemegang amanah:

Natipah Abu 552107617521 (Maybank)

Gembirakan hati isteri, inshaAllah pintu rezeki terbuka luas

Gambar hiasan sahaja | Dzofan.com

Saya seorang suami, ada anak dua orang hasil perkahwinan yang kedua. Yang pertama sudah bercerai. Isteri pertama lari meninggalkan saya kerana masa itu saya ada masalah kewangan. Saya tidak mampu berikan dia kesenangan, kemewahan harta benda semacam yang kawan-kawannya selalu pertontonkan. 

Sebelum bercerai, lima bulan dah dia lari meninggalkan saya. Saya berkahwin dengan dia hampir 10 tahun, tak ada apa saya mampu berikan. Mungkin silap saya, gaji hanya cukup untuk bayar segala perbelanjaan dapur, kereta, rumah dan pinjaman bank sebab sebelum kahwin saya ada buat pinjaman peribadi. 

Isteri pertama hanya kembali pada saya untuk membuat tuntutan fasakh sebab saya tak beri dia nafkah. Saya akur dan lepaskan dia kerana saya tahu dia sudah ada yang lain. Daripada saya terus menanggung dosa, lebih baik saya lepaskan dia. 

Bekas isteri saya seorang yang berpelajaran tinggi tetapi dia masih nak berkahwin dengan saya sebab dia nak bebas dari keluarga. Jujur kami kahwin pun tanpa restu ibu dan ayahnya, apatah lagi ibu saya. Sehingga ibu meninggal dunia, ibu masih tidak bertegur sapa dengan bekas isteri. Ada silapnya pada saya juga. 

Selepas beberapa tahun, saya jumpa seorang gadis. Pada mulanya saya tak yakin dia mahukan saya sebab dia masih muda, saya pula sudah lanjut usia umur 32 tahun pada masa itu. Sedangkan dia baru habis belajar kemahiran hidup, 18 tahun. 

*Dia pernah bercinta lelaki yang dikenalinya sejak kecil, yang juga merupakan saudara jauhnya. Tetapi Bila usia mereka menginjak dewasan, keluarga lelaki itu lebih fokus pada masa depan berbanding untuk serius dalam hubungan kahwin.

Kami berkawan, tak lama. Dia pernah beritahu saya yang dia cuma akan serius berkawan dengan orang yang betul-betul mahukan dia. Saya pernah jumpa dia dua tiga kali sahaja sebab jarak kami yang agak berjauhan. Dia tak secantik mana tetapi sikap dia buat saya tertarik. Orangnya terlalu bersederhana. 

Saya mula membandingkan dia dengan bekas isteri yang gemar berfoya-foya, clubbing dan suka melepak dengan kawan-kawannya. Berbeza dengan si dia yang gemar duduk di rumah, suka belajar memasak dan suka menelaah. Saya tahu hal ini pun dari adik dan abangnya. 

Selepas lapan bulan, saya melamar dia dengan niat kerana Allah. Dia menerima saya tetapi ada halangan di mana keluarganya sukar menerima saya. Mereka ingat saya tidak berkemampuan menjamin masa depan anak mereka. Tetapi si dia berusaha sebaik mungkin memujuk keluarga, menjaga solatnya. Saya daripada tak pernah solat menjadi segan dan malu. Kami sama-sama berdoa, memohon doa agar dipermudahkan urusan. 

Pada masa itu saya hanya memiliki kereta Porton Saga, kerjaya pun biasa sahaja walaupun angka gaji melebih RM2,000. Komitmen saya banyak dengan bank. 

Selama tiga bulan kami menunggu keputusan keluarganya. Waktu itu saya hanya dapat mengumpul RM5,000. Dia kumpulkan RM2,000. Keluarganya minta RM10,000. Tapi Allah itu Maha Kuasa, agihan harta dari keluarga, saya mendapat sebidang tanah dan juga wang sebanyak RM25,000. Saya mahu gunakan duit itu untuk majlis kahwin tetapi si dia tak bagi. Dia meminta saya hanya menikah sahaja dengannya sebab ayah dia sudah mula berlembut. 

Alhamdulillah, majlis sangat mudah, kecil-kecilan sahaja dan tak habis sampai RM3,000 pun. Saya akui dia memang seorang yang sangat bersederhana. 

Selepas berkahwin, dia diduga dengan gangguan dari bekas isteri yang sering mengata isteri saya buruk, tak cantik dan hina sebab mampu berkahwin dengan lelaki dayus seperti saya. Kalau tidak di Facebook, mungkin melalui kawan-kawan saya yang lain. 

Kasihan isteri, saya minta dia bersabar. Reaksi yang diberi membuatkan saya terus kagum dengan keikhlasan dia. Saya tekad untuk tidak mensia-siakan perkahwinan kali ini. Saya akan cuba sebaik-baiknya untuk menyenangkan dia. Saya suruh dia duduk di rumah, saya takut rezeki saya semakin sempit kalau saya minta dia menggalas tanggungjawab saya.

Dia disahkan bunting pelamin. Seperti mana yang saya maklumkan, dia tidak secantik mana tetapi sejak mengandung, seri dia sangat-sangat menyenangkan hati saya. Membuatkan saya rasa tidak boleh berjauhan dengan dia. Dia tidak pandai marah. Kalau marah, dia akan mendiamkan diri dan makan coklat senyap-senyap. Semakin hari semakin tinggi rasa sayang saya padanya. 

Rezeki saya tidak putus-putus, saya sudah mampu tukar kereta kepada Perodua Alza untuk kesenangan keluarga. Kami juga dikurniakan rezeki anak kembar pada tahun pertama perkahwinan. Syahdunya saya bila mula bergelar bapa pada usia 33 tahun. Walaupun diduga dengan pelbagai hinaan, tohmahan bekas isteri, namun isteri saya masih kuat. Dia juga sudah semakin cantik. Jauh lebih cantik daripada bekas isteri saya. 

Perkongsian saya bukan untuk menceritakan perkara yang baik-baik tentang isteri saya tetapi salah ke sedikit saja untuk memuji dia dan juga memberikan sedikit pandangan saya bahawa setiap masalah rumahtangga ada jalan penyelesaiannya? 

Saya tidak baik mana, solat pun masih juga terkial-kial, masih kerja sebagai kuli makan gaji dan baru dinaikkan gaji tahun ini, Alhamdulillah. Saya tidak kata perlu menjadi kaya untuk bahagiakan perempuan, perempuan yang bersederhana itu lebih baik. 

Saya tunjukkan post ini kepada isteri, dia marah dan meminta saya padamkan post ini. Katanya dia tidak layak menerima pujian sebegini. Dia cuma melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri sahaja. Dua tiga kali dia suruh saya padam tetapi admin kenakan caj RM50 jika mahu perkongsian dipadamkan. Saya tak nak buang, biarlah dia nak marah, makan coklat banyak mana pun. Doakan saya semoga terus istiqomah dan tak termakan dengan sebarang panahan cinta dari wanita lain (chewah!)

Sekarang saya percaya kebahagian dan kejayaan seorang suami kerana ada isteri dibelakangnya. Bersyukur saya dianugerahkan seorang isteri yang sangat penyayang. Anak-anak lagi menambahkan rasa sayang saya padanya. Doakan kami bahagia hingga syurga. Saya juga doakan bekas isteri saya cepat-cepat berubah dan cepat tinggalkan segala dunia maksiat. 

Saya doakan anda semua juga bahagia dengan pasangan masing-masing hingga ke syurga. Gembirakan hati isteri, inshaAllah pintu rezeki terbuka luas dan Allah permudahkan segala urusan kita setiap hari. Amin. 

'Saya gosok mata ganas sangat & guna ubat mata dibeli di farmasi tanpa rujuk doktor, sampai jadi begini'



Bismillahirahmanirohim. 

Ramai yang tanya punca macam mana boleh kena sampai jadi begitu? Sebab contact lens ke? Dah berapa lama kena? 

Biar saya jelaskan. Banyak sebab mengapa ia boleh terjadi begini dan ini adalah ulser kornea, nanah dan fungal. Puncanya? Kornea luka. Bila jumpa doktor yang tak sepatutnya, maka dapatlah juga ubat yang tidak sepatutnya. Mata akan jadi radang, merah, luka semakin besar. Jadi datanglah parasit yang tidak diundang. 

Bukan pengguna contact lens saja yang kena nasib seperti ini, orang tua-tua pun kena. Takkan orang tua-tua pun kena punca dari contact lens, kan? Sudah tentu tidak. Boleh jadi luka terkena daun pandan, terguris apa pun yang menyebabkan luka dan juga yang suka make up, kemudian tak cuci dengan betul atau pakai make up remover yang sepatutnya. 

Perlu diingatkan, duit banyak mana pun takkan mampu beli kesihatan. Jadi, jagalah sebaik-baiknya mata kita. Mata saya menjadi seperti ini bukan disebabkan lens. Pada awalnya, bila saya bangun dari tidur, penglihatan mata saya kabur. Saya gosok-gosok mata ganas sangat sampai kornea pun tercalar. Bila letak ubat yang dibeli 'suka-suka' di farmasi tanpa meminta nasihat doktor, akhirnya menjadi begini. 

Selepas dah buat kornea transplant, kuman langsung tak ada tetapi kornea mata masih ada luka besar di dalamnya. Disebabkan tidak menjaga dengan elok, saya dimasukan ke wad semula. Menderita kena cucuk ubat antibiotik dalam mata. Sebab? Ubat drop tak dan dah nak masuk ke belakang mata. Nak lawan kuman yang kuat dan semakin banyak. 

Tolonglah kepada semua sahabat, elakkan pakai lens. Jaga mata kita sebaik mungkin. Jangan gosok mata kalau gatal sangat atau suruh sesiapa tiup. Kornea mata manusia sangat sensitif. Jangan buat andaian sendiri mata okay atau tak serius. Terus rujuk pada doktor pakar mata. 

Jangan beli ubat sendiri di farmasi dan akhir sekali jangan cuci mata menggunakan air. Kornea luka, jangan mandi bersuka ria. Jawapannya, kuman achantamoeba akan bertapak dalam mata. Kuman yang sangat jarang orang terkena. Tapi kalau dah kena, sangat sukar untuk dibunuh. 

Biarlah sakit ini saya saja yang rasa. Mohon kepada sahabat, keturunan saya, orang-orang yang saya kenal dijauhkan dari dugaan seperti ini. Sakitnya sangat seksa dan makan masa berbulan-bulan untuk sembuh. 
 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20