BREAKING NEWS
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Bayi 20 bulan nyaris diculik di taman permainan


KAJANG, SELANGOR - Seorang bayi berusia 20 bulan nyaris diculik seorang lelaki dipercayai warga asing di Klinik Sungai Chua, pagi semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, bayi berkenaan yang sedang bermain di taman permainan yang terletak di hadapan klinik tersebut sebelum lelaki itu datang mendukungnya. 

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, ketika kejadian, ibu bayi berkenaan sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan kandungannya. 

"Lelaki terbabit masuk ke ruang taman permainan dan cuba melarikan bayi berkenaan. Bagaimanapun usahanya gagal selepas si ibu nekad mempertahankan anaknya. 

"Lelaki itu kemudian melepaskan bayi berkenaan sebelum keluar melarikan diri," katanya. 

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 362/511 Kanun Keseksaan. - The Reporter

Terdengar tangisan, rupanya ada bayi digantung di tingkap rumah


KUALA KUBU BARU, SELANGOR - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui digantung di tingkap rumah di Bandar Utama Batang Kali, hari ini, lapor Harian Metro

Bayi lelaki itu ditemui oleh penghuni rumah terbabit, remaja perempuan berusia 19 tahun selepas terdengar tangisannya pada jam 7.30 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, bayi itu ditemui dalam keadaan dibalut dengan tudung hitam dan masih bertali pusat sebelum dibersihkan," katanya. 

Tempat bayi berkenaan digantung sebelum ibunya melarikan diri | Foto - Netizen
Bayi yang dipercayai warga tempatan itu kini di bawah jagaan pihak hospital dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. - The Reporter

Kes selesai, mangsa & tenaga pengajar berdamai


JITRA, KEDAH - Susulan kes seorang pelajar pusat latihan perindustrian dikasari tenaga pengajar sehingga tersebar di media sosial, kedua-dua pihak tampil menyelesaikan kes itu secara dalaman, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, magnsa dan bapanya serta tenaga pengajar terbabit datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu jam 11.45 malam tadi bukan untuk membuat laporan berhubung kes tersebut, sebaliknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan. 

"Saya dimaklumkan kes itu hanya salah faham kerana berlaku kecuaian ketika pemasangan pendingin hawa itu sehingga menimbulkan kemarahan tenaga pengajar berkenaan. 

"Penuntut dan tenaga pengajar terbabit bagaimanapun bersepakat untuk berdamai dan menyelesaikan kes itu secara dalaman tanpa memanjangkan sehingga menjadi kes polis," katanya. 

Beliau berkata, disebabkan kes itu viral di media sosial, pihaknya turut menghantar detektif ke pusat latihan itu semalam untuk mengambil keterangan mangsa. Mangsa juga dibawa ke Hospital Jitra untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya mengadu pedih di bahagian pipi. 

Walaupun begitu, mangsa boleh membuat laporan polis pada bila-bila masa sekiranya tidak berpuas hati atau ada sebarang masalah berhubung kes tersebut. 

Justeru, Abd Hadi menasihatkan orang ramai tidak terus menyebarkan kejadian itu sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai kerana kes itu telah diselesaikan antara kedua-dua pihak. - The Reporter

Artikel berkaitan:

Telefon bimbit hilang punya pasal, sanggup nak potong hos saluran gas memasak


ALOR SETAR - Gara-gara telefon bimbit hilang, seorang lelaki mengamuk sehingga cuba memotong hos saluran gas memasak di sebuah restoran di Pekan SImpang Kuala, semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari, suspek berusia 37 tahun membawa sebilah pisau pemotong daging dan meluru masuk ke dalam restoran tersebut yang dipenuhi orang ramai yang ingin menjamu selera sebelum pergi ke bahagian tempat membancuh air. 

Suspek menjerit, memeluk tong gas dan cuba memotong hos saluran gas menyebabkan pekerja dan pelanggan terkejut dan melarikan diri. 

Pemilik restoran segera menghubungi polis dan anggota bomba bagi menyelamatkan keadaan. 


Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Jalan Raja, Alor Setar terpaksa menggunakan satu aliran pancutan daripada jentera bomba untuk merebahkan lelaki itu sebelum berjaya ditahan dan diserahkan kepada anggota polis. 



Posted by Malaysia Menjerit on Monday, February 27, 2017

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin menafikan dakwaan netizen di media sosial kononnya suspek gila. 

"Siasatan awal mendapati lelaki itu mengamuk disebabkan tidak berpuas hati telefon bimbitnya hilang di restoran berkenaan.

"Suspek juga mempunyai rekod jenayah membabitkan curi kenderaan namun ujian air kencing pada suspek didapati negatif dadah," katanya. 

Suspek direman sehingga 1 Mac untuk siasatan Seksyen 6 (1) Akta Senjata Berbahaya 1958. - The Reporter

Pelajar rambut 'blonde' nafi pijak kepala mangsa sampai 'bocor'


PETALING JAYA - Susulan kes pelajar tingkatan 1 di SMK Bandar Sri Damansara 2 cedera dibuli dalam kejadian 23 Februari lalu, salah seorang pelajar yang terlibat tampil membuat laporan polis. 

Dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Bandar Sri Damansara pada 24 Februari yang tersebar di media sosial, remaja itu menyedari gambar dia dan ibunya disebarkan di media sosial didakwa sebagai suspek utama mencederakan mangsa, Puteri Aleesya Maisarah Mohd Shukri, 13, sehingga dikecam teruk oleh netizen. 

Bagaimanapun, remaja itu menafikan dakwaan itu, sebaliknya rakannya yang berbuat demikian. 

"Saya dapati beberapa kecaman yang dibuat terhadap diri saya dan juga ibu saya, sedangkan yang memijak pelajar perempuan (mangsa) adalah bukan saya tetapi rakan saya yang bernama Nurul Huda," tulisnya dalam laporan polis tersebut. 

Malah, remaja itu mendakwa rakannya telah membuat pengakuan di hadapan guru sekolah berkenaan. 


Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Shukri Sulaiman, 42, menyatakan anaknya sudah pulih namun masih menerima rawatan susulan. 

Difahamkan, bapa mangsa akan tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap enam pelajar yang terlibat mencederakan anak perempuan itu. 

Menceritakan semula kejadian itu, Puteri Aleesya Maisarah berkata dia mengenali pelajar tingkatan 3 yang terlibat, namun tidak berkawan dengan mereka. 

"Saya keluar kelas selepas waktu sekolah tamat untuk sertai aktiviti mengecat sekolah sebelum dua pelajar perempuan tingkatan 3 itu menarik saya masuk ke dalam sebuah kelas tingkatan dua. Mereka kemudian menarik tudung saya dan membelasah saya sehingga pengsan. 

"Saya tidak tahu apa motif saya dibelasah kerana saya tidak berdendam dengan sesiapa di sekolah," katanya. 

Semakan di laman Facebook mendapati akaun Facebook pelajar perempuan berambut perang itu telah dipadamkan. Kenyataan terdahulu yang dimuat naik oleh ibunya yang mendakwa anaknya tidak bersalah, juga telah dipadamkan. 

Semalam, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan mana-mana pelajar yang didapati terbabit dengan kegiatan buli akan digantung sekolah selama enam bulan berkuatkuasa serta-merta. - The Reporter

Artikel berkaitan:

Kepala pelajar dipukul & ditendang sehingga terduduk dalam latihan amali


KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki memukul kepala pelajarnya viral di media sosial, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Video berdurasi 1 minit 40 saat yang dirakam salah seorang pelajar (tidak dinyatakan lokasi) menunjukkan lelaki berbaju merah berkenaan memarahi pelajarnya yang sedang menjalani latihan amali mengisi gas penghawa dingin.


Institut latihan mana ni? Macam mana ilmu nak masuk kalau kepala pelajar pun kena pukul?
Posted by Nur Eisha Mahathir on Sunday, February 26, 2017

Ketika sedang menjalani latihan amali itu, mangsa diperhatikan oleh tenaga pengajar itu yang sesekali menarik telinga, memukul kepala dan menendang mangsa sehingga terduduk. Lelaki itu turut melemparkan perkataan 'bodoh' terhadap mangsa.

Tindakan lelaki itu diperhatikan sahaja oleh beberapa pelajar yang lain yang tidak mampu berbuat apa-apa. 

Netizen di media sosial mempertikaikan tindakan lelaki berkenaan yang dianggap tidak wajar kerana cara didikan seperti itu agak kasar dan sudah ketinggalan zaman. 


Justeru, netizen menggesa pihak berkaitan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan. - The Reporter

'Saya tak tahu dia nak ajak tidur sama' - Pelajar Tingkatan 3 ditangkap khalwat


KUALA TERENGGANU - "Saya tidak tahu dia nak ajak tidur sini sebab dia janji nak hantar balik rumah," itu alasan yang diberikan seorang pelajar tingkatan tiga selepas ditangkap berkhalwat dengan teman lelakinya berusia 17 tahun di sebuah hotel murah di bandar Besut, Khamis lalu. 

Gadis itu yang merupakan calon ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ditahan selepas bilik hotel yang disewa bersama kekasihnya yang juga merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diserbu sepasukan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) jam 11.30 malam. 

Serbuan itu dilakukan hasil maklumat awam yang memaklumkan menjadi satu kelaziman pasangan remaja menyewa bilik-bilik hotel murah di sekitar bandar Besut terutamanya pada malam minggu. 

Siasatan JHEAT mendapati, pelajar perempuan itu sebelum ini dijemput oleh teman lelakinya dari asrama sebelum bersama-sama merancang untuk menyewa bilik di hotel terbabit sehingga Sabtu. 

"Gadis itu memberitahu kekasihnya yang juga bersekolah di sekolah berhampiran sentiasa menjemputnya balik dari asrama setiap kali ibunya tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa ke Kuala Lumpur. 

"Malah petang tadi (hari kejadian), dia mendakwa teman lelakinya terpaksa mengambilnya di asrama kerana ibunya tiada dan pergi ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. 

"Gadis itu mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya sejak November 2016 selepas berkenalan di gerai kuih ibunya. Bagaimanapun mendakwa langsung tidak menyangka lelaki itu berani mengajaknya tidur di bilik hotel tersebut. 

"Malah dia mendakwa lelaki itu tidak pernah sesekali memaklumkan kepadanya tentang rancangan untuk bermalam di situ kerana sebelum ini lelaki itu berjanji akan menghantarnya pulang ke rumah. 

"Dalam masa yang sama, gadis itu mengakui sebelum ini teman lelakinya pernah menemaninya bermalam di rumah ketika ibunya tiada di rumah," kata Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim. 

Kedua-dua remaja terbabit dibawa ke Pejabat Agama daerah Besut untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah. Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana berkhalwat. - The Reporter

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20