BREAKING NEWS
Showing posts with label TRENDING. Show all posts
Showing posts with label TRENDING. Show all posts

Terlepas dari tangan bapa, 2 kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 4


TIANJIN, CHINA - Dua kanak-kanak maut selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah pusat beli belah, malam semalam, lapor Shanghaiist. 

Sebelum kejadian jam 9 malam itu, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dan adik perempuannya, 2 tahun, sedang didukung oleh bapa mereka, berhampiran penghadang kaca di tingkat empat pusat beli-belah tersebut. 

Si bapa yang cuba melihat ke tingkat bawah (B1) untuk mencari isterinya bagaimanapun gagal mengimbangi badan lalu menyebabkan anak sulungnya terjatuh. 

Ketika lelaki itu cuba menyelamatkan anak sulungnya, malangnya anak kecilnya pula terlepas dari tangan menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke aras B1. 

Kedua-dua mangsa terjatuh dengan kepala mereka terlebih dahulu terhempas pada lantai tingkat itu dan maut serta merta di tempat kejadian. 

Si bapa segera berlari ke aras B1 untuk mendapatkan kedua-dua mangsa. Malangnya mereka sudah tidak bernyawa. 

Tangisan kesedihan lelaki itu membuatkan orang ramai yang melihat kejadian itu sedih dan bersimpati.


Terlepas dari tangan bapa, 2 kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 4 Selanjutnya: https://goo.gl/8eG4M7
Posted by Cili Potong on Tuesday, February 28, 2017

Gambar kejadian itu juga viral di media sosial mengundang rasa simpati netizen. Ada segelintir netizen yang menyalahkan lelaki itu kerana cuai sehingga menyebabkan dua anaknya terbunuh.

Bagaimanapun, tampil beberapa netizen yang lain menasihatkan orang ramai elakkan memuat naik komen-komen yang tidak baik dan menyatakan kejadian itu boleh berlaku pada sesiapa sahaja meskipun dalam sudah mengambil langkah berjaga-jaga.

Polis tiba di tempat kejadian dan lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut. - The Reporter

'Isteri tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dengan suami'

Gambar hiasan | @HijabFotografi

Saya setuju dengan apa yang Ustaz Ebit Lew katakan. Isteri dah banyak kali 'mati' untuk kita (suami). Secara zahirnya mereka sedang melahirkan anak untuk kita, tetapi hakikatnya mereka 'sedang mati' untuk kita. 

Saya selalu berpesan kepada adik dan kawan-kawan lelaki, hargailah isteri walau apa pun yang terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan yang ada pada perempuan lain. Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat membahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang. 

Ketahuilah bahawa, isteri tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dengan kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Mereka gembira dalam masa yang sama, mereka risau dan berharap agar kita mampu menjaga anak mereka dengan baik. 

Tiba-tiba hari ini, kita dengar kes suami pukul isteri, suami curang dengan isteri. Mula tidak menyayangi isteri, mula ada perempuan lain. Kenapa ada lagi lelaki yang sanggup menceraikan isteri dan meninggalkan mereka sebatang kara bersama anak-anak semata-mata masalah yang kecil? 

Kita sebagai suami sepatutnya melindungi mereka, membimbing mereka, menjaga amanah yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Sebelum kahwin, semua syarat kita boleh terima tetapi kenapa setelah kahwin kita lupa segala syarat yang diberikan? 

Sebelum kita pukul isteri, tampar isteri, cuba minta kawan tampar ibu kita. Apa kita rasa? Kalau tak koma, mungkin mati si kawan itu. 

Sebab itulah saya berpesan kepada remaja sekarang, kalau sukakan perempuan, niat kerana Allah. Jika kita letak hukum Allah dalam cinta kita kepada perempuan, kita akan menghargai mereka sampai mati. 

Cinta memerlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari, putus tangan, kaki dan kepala untuk mendapatkan Cinta Allah. Khadijah r.ha asalnya orang yang sangat kaya, sanggup korbankan kekayaan demi Allah dan Rasul. 

Begitu jugalah jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga untuk ikut kehendak Allah. Dalam hubungan ketapikan kehendak kita. Berusaha menunaikan kehendak pasangan. 

Suami isteri etiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu pada pasangan. Luangkan masa untuk mendengar setiap keluhan, masalah pasangan. Jadi pendengar yang setia setiap perkongsian. 

Tuan puan, banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kepada Allah, tiada sesiapa pun dapat menyelesaikan masalah kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun yang dapat menenangkan hati kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun yang dapat membahagiakan kita kecuali Allah. 

Bayi 2 bulan diberi makan pisang & biskut marie sejak usia sebulan, maut



DIBERI MAKAN PISANG & BISKUT MARIE, BAYI 2 BULAN INI MENEMUI ILAHI

Semalam tersebar screenshot whatsapp tentang kematian bayi berusia 2 bulan yang mati dipercayai kerana makan pisang dan biskut marie di Indonesia. Ada orang tanya saya betul ke pisang dan biskut marie boleh menyebabkan kematian tersebut. Ini ulasan saya berdasarkan info terhad pada screenshot whatsapp yang ada.

Info yang ada:
  1. Bayi berusia 2 bulan.
  2. Diberi makan pisang & biskut marie sejak usia 1 bulan
  3. Mati kerana pneumoni berat
  4. Perut membusung berdasarkan gambar
Pemberian makanan berbentuk pepejal atau semi-pepejal kepada bayi berusia bawah 4-6 bulan berisiko menyebabkan usus sumbat. Antara tandanya ialah perut membusung (abdominal distension) kerana usus membengkak akibat pengumpulan makanan dan minuman yang terhalang. 

Apabila usus sumbat, risiko untuk bayi muntah-muntah adalah tinggi, lebih-lebih lagi jika pemberian minuman atau makanan tetap diteruskan. Kebiasannya muntah (vomitus) ini keluar mengikut mulut dan kadang-kadang hidung atau tertelan semula, namun ia boleh juga masuk ke dalam saluran pernafasan hingga paru-paru (aspiration into the lung) terutamanya bagi bayi.

Apabila muntah ini masuk ke dalam paru-paru, ia menyebabkan keradangan paru-paru (pneumonia) yang boleh mengakibatkan kesukaran untuk bernafas. Jika radang terlalu teruk (severe pneumonia = pneumoni berat), ia boleh menyebabkan kematian.

Salam.admin minta siarkan pic nie..kejadian di indonesia baby baru 2 bulan mak die kasih pisang dengan bubur ya allah sedih sngat..baby meninggal...??
Posted by Info Ibu Hamil on Monday, February 27, 2017

Pengajarannya, bukan semua petua atau tradisi boleh diikut bulat-bulat. Jika ada petua yang disahkan merbahaya berdasarkan landasan ilmu, tinggalkan sahaja. 

Elakkan juga daripada jadi baik tidak bertempat dengan memberi makanan kepada anak orang lain tanpa izin ibubapanya kerana anak itu mungkin ada kontraindikasi kepada makanan tertentu. Niat memang baik, tapi caranya salah.

Beri makanan pelengkap pada usia 6 bulan bermula dengan bentuk semi-pepejal, secair yang boleh dahulu, kemudian baru ditambah kepekatannya mengikut kesesuaian.

Jika bayi muntah-muntah dan perut membusung, dapatkan konsultasi di fasiliti kesihatan dengan segera.

Nota 1: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.

Nota 2: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.

Kepala pelajar dipukul & ditendang sehingga terduduk dalam latihan amali


KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki memukul kepala pelajarnya viral di media sosial, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Video berdurasi 1 minit 40 saat yang dirakam salah seorang pelajar (tidak dinyatakan lokasi) menunjukkan lelaki berbaju merah berkenaan memarahi pelajarnya yang sedang menjalani latihan amali mengisi gas penghawa dingin.


Institut latihan mana ni? Macam mana ilmu nak masuk kalau kepala pelajar pun kena pukul?
Posted by Nur Eisha Mahathir on Sunday, February 26, 2017

Ketika sedang menjalani latihan amali itu, mangsa diperhatikan oleh tenaga pengajar itu yang sesekali menarik telinga, memukul kepala dan menendang mangsa sehingga terduduk. Lelaki itu turut melemparkan perkataan 'bodoh' terhadap mangsa.

Tindakan lelaki itu diperhatikan sahaja oleh beberapa pelajar yang lain yang tidak mampu berbuat apa-apa. 

Netizen di media sosial mempertikaikan tindakan lelaki berkenaan yang dianggap tidak wajar kerana cara didikan seperti itu agak kasar dan sudah ketinggalan zaman. 


Justeru, netizen menggesa pihak berkaitan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan. - The Reporter

Gembirakan hati isteri, inshaAllah pintu rezeki terbuka luas

Gambar hiasan sahaja | Dzofan.com

Saya seorang suami, ada anak dua orang hasil perkahwinan yang kedua. Yang pertama sudah bercerai. Isteri pertama lari meninggalkan saya kerana masa itu saya ada masalah kewangan. Saya tidak mampu berikan dia kesenangan, kemewahan harta benda semacam yang kawan-kawannya selalu pertontonkan. 

Sebelum bercerai, lima bulan dah dia lari meninggalkan saya. Saya berkahwin dengan dia hampir 10 tahun, tak ada apa saya mampu berikan. Mungkin silap saya, gaji hanya cukup untuk bayar segala perbelanjaan dapur, kereta, rumah dan pinjaman bank sebab sebelum kahwin saya ada buat pinjaman peribadi. 

Isteri pertama hanya kembali pada saya untuk membuat tuntutan fasakh sebab saya tak beri dia nafkah. Saya akur dan lepaskan dia kerana saya tahu dia sudah ada yang lain. Daripada saya terus menanggung dosa, lebih baik saya lepaskan dia. 

Bekas isteri saya seorang yang berpelajaran tinggi tetapi dia masih nak berkahwin dengan saya sebab dia nak bebas dari keluarga. Jujur kami kahwin pun tanpa restu ibu dan ayahnya, apatah lagi ibu saya. Sehingga ibu meninggal dunia, ibu masih tidak bertegur sapa dengan bekas isteri. Ada silapnya pada saya juga. 

Selepas beberapa tahun, saya jumpa seorang gadis. Pada mulanya saya tak yakin dia mahukan saya sebab dia masih muda, saya pula sudah lanjut usia umur 32 tahun pada masa itu. Sedangkan dia baru habis belajar kemahiran hidup, 18 tahun. 

*Dia pernah bercinta lelaki yang dikenalinya sejak kecil, yang juga merupakan saudara jauhnya. Tetapi Bila usia mereka menginjak dewasan, keluarga lelaki itu lebih fokus pada masa depan berbanding untuk serius dalam hubungan kahwin.

Kami berkawan, tak lama. Dia pernah beritahu saya yang dia cuma akan serius berkawan dengan orang yang betul-betul mahukan dia. Saya pernah jumpa dia dua tiga kali sahaja sebab jarak kami yang agak berjauhan. Dia tak secantik mana tetapi sikap dia buat saya tertarik. Orangnya terlalu bersederhana. 

Saya mula membandingkan dia dengan bekas isteri yang gemar berfoya-foya, clubbing dan suka melepak dengan kawan-kawannya. Berbeza dengan si dia yang gemar duduk di rumah, suka belajar memasak dan suka menelaah. Saya tahu hal ini pun dari adik dan abangnya. 

Selepas lapan bulan, saya melamar dia dengan niat kerana Allah. Dia menerima saya tetapi ada halangan di mana keluarganya sukar menerima saya. Mereka ingat saya tidak berkemampuan menjamin masa depan anak mereka. Tetapi si dia berusaha sebaik mungkin memujuk keluarga, menjaga solatnya. Saya daripada tak pernah solat menjadi segan dan malu. Kami sama-sama berdoa, memohon doa agar dipermudahkan urusan. 

Pada masa itu saya hanya memiliki kereta Porton Saga, kerjaya pun biasa sahaja walaupun angka gaji melebih RM2,000. Komitmen saya banyak dengan bank. 

Selama tiga bulan kami menunggu keputusan keluarganya. Waktu itu saya hanya dapat mengumpul RM5,000. Dia kumpulkan RM2,000. Keluarganya minta RM10,000. Tapi Allah itu Maha Kuasa, agihan harta dari keluarga, saya mendapat sebidang tanah dan juga wang sebanyak RM25,000. Saya mahu gunakan duit itu untuk majlis kahwin tetapi si dia tak bagi. Dia meminta saya hanya menikah sahaja dengannya sebab ayah dia sudah mula berlembut. 

Alhamdulillah, majlis sangat mudah, kecil-kecilan sahaja dan tak habis sampai RM3,000 pun. Saya akui dia memang seorang yang sangat bersederhana. 

Selepas berkahwin, dia diduga dengan gangguan dari bekas isteri yang sering mengata isteri saya buruk, tak cantik dan hina sebab mampu berkahwin dengan lelaki dayus seperti saya. Kalau tidak di Facebook, mungkin melalui kawan-kawan saya yang lain. 

Kasihan isteri, saya minta dia bersabar. Reaksi yang diberi membuatkan saya terus kagum dengan keikhlasan dia. Saya tekad untuk tidak mensia-siakan perkahwinan kali ini. Saya akan cuba sebaik-baiknya untuk menyenangkan dia. Saya suruh dia duduk di rumah, saya takut rezeki saya semakin sempit kalau saya minta dia menggalas tanggungjawab saya.

Dia disahkan bunting pelamin. Seperti mana yang saya maklumkan, dia tidak secantik mana tetapi sejak mengandung, seri dia sangat-sangat menyenangkan hati saya. Membuatkan saya rasa tidak boleh berjauhan dengan dia. Dia tidak pandai marah. Kalau marah, dia akan mendiamkan diri dan makan coklat senyap-senyap. Semakin hari semakin tinggi rasa sayang saya padanya. 

Rezeki saya tidak putus-putus, saya sudah mampu tukar kereta kepada Perodua Alza untuk kesenangan keluarga. Kami juga dikurniakan rezeki anak kembar pada tahun pertama perkahwinan. Syahdunya saya bila mula bergelar bapa pada usia 33 tahun. Walaupun diduga dengan pelbagai hinaan, tohmahan bekas isteri, namun isteri saya masih kuat. Dia juga sudah semakin cantik. Jauh lebih cantik daripada bekas isteri saya. 

Perkongsian saya bukan untuk menceritakan perkara yang baik-baik tentang isteri saya tetapi salah ke sedikit saja untuk memuji dia dan juga memberikan sedikit pandangan saya bahawa setiap masalah rumahtangga ada jalan penyelesaiannya? 

Saya tidak baik mana, solat pun masih juga terkial-kial, masih kerja sebagai kuli makan gaji dan baru dinaikkan gaji tahun ini, Alhamdulillah. Saya tidak kata perlu menjadi kaya untuk bahagiakan perempuan, perempuan yang bersederhana itu lebih baik. 

Saya tunjukkan post ini kepada isteri, dia marah dan meminta saya padamkan post ini. Katanya dia tidak layak menerima pujian sebegini. Dia cuma melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri sahaja. Dua tiga kali dia suruh saya padam tetapi admin kenakan caj RM50 jika mahu perkongsian dipadamkan. Saya tak nak buang, biarlah dia nak marah, makan coklat banyak mana pun. Doakan saya semoga terus istiqomah dan tak termakan dengan sebarang panahan cinta dari wanita lain (chewah!)

Sekarang saya percaya kebahagian dan kejayaan seorang suami kerana ada isteri dibelakangnya. Bersyukur saya dianugerahkan seorang isteri yang sangat penyayang. Anak-anak lagi menambahkan rasa sayang saya padanya. Doakan kami bahagia hingga syurga. Saya juga doakan bekas isteri saya cepat-cepat berubah dan cepat tinggalkan segala dunia maksiat. 

Saya doakan anda semua juga bahagia dengan pasangan masing-masing hingga ke syurga. Gembirakan hati isteri, inshaAllah pintu rezeki terbuka luas dan Allah permudahkan segala urusan kita setiap hari. Amin. 

Kanak-kanak 2 tahun maut dalam mesin basuh


SAO PAULO, BRAZIL - Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 10 bulan ditemui maut dalam mesin basuh, lapor Debate News

Dalam kejadian pagi 18 Februari lalu di Jardim Planalto, Santa Cruz do Rio Pardo, Jaimerson Cardoso Dias Junior, 2, sebelum itu dilaporkan hilang oleh ibunya, Mariane Cristina. 

Polis kemudian melancarkan gerakan mencari mangsa sekitar jam 10.40 pagi bersama dengan beberapa jiran yang lain di kawasan perumahan tersebut, namun gagal menemui mangsa. 

Polis kemudian memeriksa rumah keluarga mangsa dan akhirnya menemui mangsa di dalam mesin basuh di sebalik pakaian dan buih cucian. 


Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke tempat kejadian namun sudah terlambat kerana mangsa telah meninggal dunia akibat lemas. 

Berdasarkan siasatan polis, mangsa dipercayai memanjat kerusi di sebelah mesin basuh yang sedang berfungsi dan membuka penutup mesin untuk bermain air. Malangnya mangsa terjatuh ke dalam mesin tersebut lalu mengakibatkannya lemas. 


Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.


Polis juga telah mengambil keterangan dari Mariane dan nenek mangsa, Susinei Sueli Lopes. Bagaimanapun pihak polis belum pasti sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu mangsa di atas kecuaian tersebut. - The Reporter

'Saya gosok mata ganas sangat & guna ubat mata dibeli di farmasi tanpa rujuk doktor, sampai jadi begini'



Bismillahirahmanirohim. 

Ramai yang tanya punca macam mana boleh kena sampai jadi begitu? Sebab contact lens ke? Dah berapa lama kena? 

Biar saya jelaskan. Banyak sebab mengapa ia boleh terjadi begini dan ini adalah ulser kornea, nanah dan fungal. Puncanya? Kornea luka. Bila jumpa doktor yang tak sepatutnya, maka dapatlah juga ubat yang tidak sepatutnya. Mata akan jadi radang, merah, luka semakin besar. Jadi datanglah parasit yang tidak diundang. 

Bukan pengguna contact lens saja yang kena nasib seperti ini, orang tua-tua pun kena. Takkan orang tua-tua pun kena punca dari contact lens, kan? Sudah tentu tidak. Boleh jadi luka terkena daun pandan, terguris apa pun yang menyebabkan luka dan juga yang suka make up, kemudian tak cuci dengan betul atau pakai make up remover yang sepatutnya. 

Perlu diingatkan, duit banyak mana pun takkan mampu beli kesihatan. Jadi, jagalah sebaik-baiknya mata kita. Mata saya menjadi seperti ini bukan disebabkan lens. Pada awalnya, bila saya bangun dari tidur, penglihatan mata saya kabur. Saya gosok-gosok mata ganas sangat sampai kornea pun tercalar. Bila letak ubat yang dibeli 'suka-suka' di farmasi tanpa meminta nasihat doktor, akhirnya menjadi begini. 

Selepas dah buat kornea transplant, kuman langsung tak ada tetapi kornea mata masih ada luka besar di dalamnya. Disebabkan tidak menjaga dengan elok, saya dimasukan ke wad semula. Menderita kena cucuk ubat antibiotik dalam mata. Sebab? Ubat drop tak dan dah nak masuk ke belakang mata. Nak lawan kuman yang kuat dan semakin banyak. 

Tolonglah kepada semua sahabat, elakkan pakai lens. Jaga mata kita sebaik mungkin. Jangan gosok mata kalau gatal sangat atau suruh sesiapa tiup. Kornea mata manusia sangat sensitif. Jangan buat andaian sendiri mata okay atau tak serius. Terus rujuk pada doktor pakar mata. 

Jangan beli ubat sendiri di farmasi dan akhir sekali jangan cuci mata menggunakan air. Kornea luka, jangan mandi bersuka ria. Jawapannya, kuman achantamoeba akan bertapak dalam mata. Kuman yang sangat jarang orang terkena. Tapi kalau dah kena, sangat sukar untuk dibunuh. 

Biarlah sakit ini saya saja yang rasa. Mohon kepada sahabat, keturunan saya, orang-orang yang saya kenal dijauhkan dari dugaan seperti ini. Sakitnya sangat seksa dan makan masa berbulan-bulan untuk sembuh. 

Penjara 7 Tahun Untuk Lelaki Yang Tak Nak Kahwin Wanita Yang Dah Dibuntingkan!



Undang-undang yang akan menyaksikan lelaki mungkin dipenjara hingga tujuh tahun jika menyebabkan seseorang wanita mengandung tetapi tidak mengahwininya sedang digubal Kerajaan Myanmar, menurut pegawai kanannya.

Peruntukan itu adalah sebahagian daripada undang-undang ketat baharu yang diwujudkan untuk memperkukuhkan hak wanita, yang mana negara itu secara terbuka selepas setengah abad melaksanakan undang-undang tentera.


Pengarah di Jabatan Kebajikan Sosial, Naw Tha Wah berkata, undang-undang baharu itu mungkin julung kalinya bagi kesalahan keganasan rumah tangga dan hukuman berat untuk kesalahan rogol secara berkumpulan. Jika diluluskan di parlimen, undang-undang terbabit akan membawa hukuman penjara selama lima tahun bagi mana-mana lelaki yang enggan mengahwini wanita selepas mereka tinggal bersama dan sehingga tujuh tahun jika wanita itu mengandung.


10 Carian Tertinggi Di Google 2016; SAPS Bukti Ibu Bapa Ambil Peduli



Google Search atau carian di google yang tertinggi  untuk tahun 2016  bagi pengguna di Malaysia adalah seperti berikut!


  1. Euro 2016 
  2. Pokemon GO 
  3. BR1M 2016 
  4. SAPS Ibu Bapa 
  5. Olympic Games Rio 2016 
  6. Suri Hati Mr Pilot 
  7. Train to Busan 
  8. MAMA 2016 
  9. 7 Hari Mencintaiku 
  10. Descendents of the Sun

10 Selebriti Tempatan Carian Tertinggi Di Google 2016; Faiz Subri Jadi Perhatian Dunia!



Google Search atau carian di google tertinggi bagi selebriti tempatan untuk tahun 2016 untuk pengguna di Malaysia adalah seperti berikut!
  1. Atikah Suhaime 
  2. Aiman Tino 
  3. Syatilla Melvin 
  4. Goh Liu Ying 
  5. Mira Filzah 
  6. Aidil Aziz 
  7. Khai Bahar 
  8. Norashikin Abdul Rahman 
  9. Faiz Subri 
  10. Janna Nick

10 Peranti Mudah Alih Carian Tertinggi Di Google 2016; Samsung Note 7 Popular Kerana Terbakar!




Google Search atau carian di google tertinggi bagi peranti mudah alih untuk tahun 2016 untuk pengguna di Malaysia adalah seperti berikut!
  1. iPhone SE 
  2. Huawei P9 
  3. Vivo V5 
  4. iPhone 7 Plus 
  5. Samsung Note 7 
  6. Samsung J7 
  7. Google Pixel 
  8. Samsung Galaxy S7 
  9. Oppo F1s 
  10. Nokia A7

10 Drama Melayu Carian Tertinggi Di Google 2016; Suri Hati Mr. Pilot Unggul



Google Search atau carian di google tertinggi bagi drama Melayu tempatan untuk tahun 2016 untuk pengguna di Malaysia adalah seperti berikut!

  1. Suri Hati Mr Pilot
  2. 7 Hari Mencintaiku 
  3. Dia Semanis Honey
  4. Tundukkan Playboy Itu
  5. Cinta Si Wedding Planner 
  6. Sayangku Kapten Mukhriz 
  7. Isteri vs Tunang 
  8. Mr Donat Karamel 
  9. Awak Sangat Nakal 
  10. Suami Tanpa Cinta

10 Filem Carian Tertinggi Di Google 2016; Penangan Dilwale Shahrukh Dan Kajol Hebat!



Google Search atau carian di google tertinggi bagi filem untuk tahun 2016 untuk pengguna di Malaysia adalah seperti berikut!


  1. Train to Busan 
  2. Suicide Squad 
  3. Deadpool 
  4. Dilwale 
  5. Kabali 
  6. Conjuring 2 
  7. Moana 
  8. BoBoiBoy The Movie 
  9. Me Before You 
  10. Zootopia

10 Individu Carian Tertinggi Di Google 2016; Skandal Punca Lin Dan Diburu!



Google Search atau carian di google tertinggi bagi individu perseorangan untuk tahun 2016 untuk pengguna di Malaysia adalah seperti berikut!


  1. Donald Trump 
  2. Atikah Suhaime 
  3. Song Joong Ki 
  4. Aiman Tino 
  5. Margot Robbie 
  6. Syatilla Melvin 
  7. Nadia Nordin 
  8. Zakir Naik 
  9. Lin Dan 
  10. Hillary Clinton

10 Model Kereta Carian Tertinggi Di Google 2016; Proton Saga Tetap Jadi Pilihan




Google Search atau carian di google tertinggi bagi model kereta untuk tahun 2016  untuk pengguna di Malaysia adalah seperti berikut!

  1. Perodua Bezza 
  2. Proton Persona 
  3. Proton Saga 
  4. Honda Civic 
  5. Proton Perdana 
  6. Nissan Note Nismo 
  7. Toyota Sienta 
  8. Toyota CHR 
  9. Proton Ertiga 
  10. Audi A4

ASB Umum Bonus 2016; Agihan Dividen Paling Rendah Sejak 1990!



Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan bonus 0.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, lebih sembilan juta pemegang unit yang melanggan lebih daripada 143 bilion unit ASB akan menikmati pengagihan pendapatan berjumlah kira-kira RM9.78 bilion dan pengagihan bonus berjumlah RM500.40 juta.


Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit pada 1 Januari 2017.

Carta di bawah pula menunjukkan pengagihan pendapatan (dividen) dan bonus ASB sejak 1990 hingga 2015, yang secara tidak langsung menunjukkan, tahun 2016 mencatatkan agihan pendapatan atau dividen paling rendah manakala agihan bonus juga kekal terendah sejak 1990 sama seperti tahun lepas, 2015.




Program Bual Bicara Sekarang Lebih Kepada Jual Produk!



Kalau hujung minggu buka TV, pagi-pagi boleh hadap Nasi Lemak Kopi O TV9, Assalamualaikum TV Al Hijrah atau Selamat Pagi Malaysia TV1.

SPM tu pangkah siap-siaplah kan! Hahaha. Tapi NLKO dengan Assalamualaikum pun makin lama makin banyak sangatlah jualan produk!

Dah tak nampak macam program bual bicara. Serupa program bual produk pula!!!

Bukan kita tak faham, iklan produk macam tu, live di TV memang banyak yang masuk untuk TV, dan orang jual pun bayar mahal, sebab tu cakapnya macam bertih jagung, laju semendang!

Tapi, itulah kita buka TV, tengok program bual bicara, nak lah juga dapat input yang lebih berguna. Kalau setakat maklumat tentang produk, lebih baik google cari sendiri.

So simplenya, tukar siaran, atau tutup TV terus! Hah, ambik ko!

Rindulah pula zaman Bincang Petang dekat TV3 dulu-dulu. Best! Tak ada sangat jual produk bersepah macam hari ni!


 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20