BREAKING NEWS
Showing posts with label curang. Show all posts
Showing posts with label curang. Show all posts

Wanita Bakal Dipenjara 12 Bulan Kerana Rakam Video Suami Curang



RIYAHD, ARAB SAUDI - Gara-gara merakam video aksi suami yang didakwa curang dan menyebarkannya di laman sosial, seorang wanita berhadapan dengan hukuman penjara atau denda.

Lapor Emirates247, video yang tersebar di laman sosial negara itu menunjukkan lelaki terbabit sedang bercakap dengan salah seorang pembantu rumahnya sebelum memeluk dan mencium wanita itu di dapur.

Bagaimanapun, pembantu rumah terbabit cuba mengelakkan diri dari diperlakukan sedemikian.




Berang dengan tindakan si suami, isterinya memuat naik rakaman video tersebut di laman sosial dengan kapsyen, "Hukuman minima untuk suami seperti ini ialah berlaku curang padanya,". 

Malangnya, tindakan si isteri itu memakan diri dan bakal dikenakan tindakan undang-undang atas tuduhan menyalahgunakan teknologi dan memfitnah suaminya.

Menurut peguam Majid Qaroob, tindakan wanita itu boleh dipenjarakan setahun. 

"Wanita itu berdepan dengan hukuman penjara setahun atau denda sebanyak SR500,000 (RM56,991) kerana memfitnah suaminya mengikut undang-undang jenayah siber. Undang-undang ini memastikan hukuman tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan telefon bimbit dengan kamera atau peralatan lain untuk merakam gambar individu lain dan memfitnah mereka," katanya.

Bagaimanapun di laman sosial, netizen sepakat menyuarakan sokongan padu terhadap wanita itu.

Suami Pulang Kerja Isteri Berasmara Dengan Lelaki Lain




Seorang suami yang baru pulang dari tempat kerjanya terkejut apabila melihat isterinya tengah berzina dengan lelaki lain di dalam sebuah bilik tidur di rumahnya.'

Memetik laporan sebuah portal berita Indonesia, mangsa yang pada ketika itu baru tiba di rumah terdengar suara wanita mengerang dari bilik tidurnya.

Melihat keadaan rumahnya yang sunyi sepi, mangsa berasa curiga lantas terus bertindak untuk memeriksa punca suara wanita mengerang itu.

Setibanya di bilik tidur, mangsa terkejut apabila melihat isterinya tengah melakukan hubungan kelamin dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Si isteri yang pada ketika itu, gegas memakai kembali pakaiannya dan meminta maaf daripada mangsa. Kecewa dengan tindakan tidak bermoral isterinya itu, mangsa bertindak memukul isterinya.

Selain itu, mangsa turut mendakwa dia ada merakamkan aksi isterinya dan lelaki itu ketika berasmara.

Difahamkan pasangan terbabit telah pun bercerai beberapa hari selepas insiden terbabit.



 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20