BREAKING NEWS

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Ulangan 2016

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Ulangan 2016. Perhatian kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Ulangan (SPMU), jadual waktu peperiksaan SPMU 2016 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Peperiksaan SPM(U) hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah yang dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 16 Jun 2016. Bagi mereka yang merupakan calon persendirian dan ingin mendaftar peperiksaan SPMU 2016, anda boleh berbuat demikian bermula dari 1 Mac hingga 31 Mac 2016.

  • Untuk peperiksaan awam 2016 yang lain seperti SPM, UPSR, PT3 dan sebagainya sila rujuk tarikh peperiksaan 2016 untuk maklumat lanjut.
 

Nota dan arahan

Calon wajib menduduki  semua kertas  peperiksaan bagi  mata  pelajaran  yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas  peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata   pelajaran   berkenaan.   

Calon   yang tidak dapat menduduki atau    tidak    hadir sesuatu kertas    peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen  sokongan seperti  surat perakuan doktor atau  surat kebenaran  khas  Pengarah  Peperiksaan.  Dokumen  sokongan  ini  hendaklah diserahkan   kepada Ketua   Pengawas  Peperiksaan sebelum   tamat   tempoh peperiksaan SPM (Ulangan) 2016.

Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum   peperiksaan.   Calon   hendaklah   memaklumkan   kepada pihak   JPN sekiranya   terdapat   kesilapan   maklumat dan mengisi   Borang   Pembetulan Maklumat Calon.  

Calon  dikenakan  bayaran RM  30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

Calon  hendaklah  membaca  Garis  Panduan  dan  Arahan  Peperiksaan  yang dinyatakan   dalam   Jadual   Waktu   Peperiksaan SPM   (Ulangan) 2016 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN  SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2015

Berikut adalah jadual lengkap perperiksaan SPMU 2016 yang akan dilangsungkan selama 3 hari di mana jadual di bawah ini ada memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan akan dijalankan.
tarikh Peperiksaan SPMU Ulangan 2016

Selamat menghadapi peperiksaan SPM Ulangan 2016. Semoga berjaya dengan cemerlang. Jadual SPMU 2016 boleh di muat turun di LPM

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20