BREAKING NEWS

Permohonan Laskar Muda TLDM 2016 Online

Permohonan Dan Pemilihan Laskar Muda TLDM 2016 Secara Online. Anda berminat untuk berkhidmat di TLDM? Berita baik seperti dipetik dari makluman rasmi Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia yang memaklumkan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia lelaki dan wanita berumur 18 hingga 23 tahun pada 20 Jun 2016, bujang dan sihat tubuh badan untuk berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat TLDM.
pemilihan tldm
Permohonan kemasukan Laskar Muda TLDM akan dilaksanakan secara online di laman sesawang www.jobsmalaysia.gov.my mulai 13 Februari hingga 6 Mac 2016. Syarat kelayakan terperinci adalah seperti berikut:

1. KELAYAKAN AKADEMIK

  • a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  • b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. LAIN-LAIN KELAYAKAN

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 20 jun 16.
b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.
c. Taraf perkahwinan bujang.
d. Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 18 - 25 (Lelaki) 18 - 23 (Wanita).
Cara pengiraan:
BMI : Berat (kg)
Tinggi(meter) / Tinggi(meter)

e. Ukuran dada minima 76 sm (lelaki).
f. Penglihatan hendaklah terang dan jelas (6/6) tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.
g. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

3. CARA BUAT PERMOHONAN

Calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara online di laman sesawang www.jobsmalaysia.gov.my mulai 13 Feb 16 hingga 6 Mac 16. 

4. KEISTIMEWAAN LLP TLDM

  1. Peluang mengikuti Pengajian di bawah Program Skim Pengajian Tinggi.
  2. Kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.
  3. Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
  4. Bayaran insentif bagi yang berkhidmat di Sabah/Sarawak
  5. (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
  6. Bayaran insentif Semenanjung Malaysia
  7. (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
  8. Pakaian seragam percuma.
  9. Makan dan tempat tinggal percuma.
  10. Waren perjalanan tahunan percuma untuk cuti bersama keluarga. 

Iklan Pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 Terkini

Berikut adalah maklumat terkini mengenai pengambilan Laskar Muda TLDM siri 213/16 yang dikongsikan dari FB TLDM.
pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 Online
 

    5. Sebarang pertanyaan

    Sila hubungi:

    Markas Tentera Laut
    Cawangan Pengurusan Sumber Manusia - Bantuan
    Kementerian Pertahanan
    Jalan Padang Tembak,
    50634 KUALA LUMPUR
    (Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
    Telefon: 03 - 2071 3177 / 03 - 2071 6925
    Emel: pengambilantldm@navy.mil.my
    Laman Web: www.navy.mil.my


    Selamat berjaya buat semua pemohon Laskar Muda TLDM 2016.
     

    Share this:

     
    Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20