BREAKING NEWS

Permohonan Pegawai Kadet ATM 2016 Online

Permohonan Pegawai Kadet ATM 2016 Online. Anda ingin menyertai ATM sebagai Pegawai Kadet? Dipetik dari FB Tentera Laut DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Mereka yang berjaya akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian. 

Permohonan Pegawai Kadet ATM 2016 Online

Berikut dikongsikan syarat-syarat am permohonan meliputi syarat kelayakan umum, syarat-syarat kelayakan akademik dan maklumat permohonan buat panduan kepada mereka yang berminat.

Permohonan Pegawai Kadet ATM 2016 Online UPNM

Syarat-Syarat Am Permohonan

  • Jantina : Lelaki dan Wanita
  • Umur : Berumur 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun pada 31 Disember 2016. Calon-calon yang berumur bawah 17 tahun 6 bulan perlu mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga.

Fizikal

  • Tinggi Minimum : 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita)
  • Berat Minimum : 47.5 kg (Lelaki) & 45kg (Wanita)
  • Ukuran Dada Minimum (Lelaki sahaja) : 76 sm
  • Body Mass Index (BMI) : 18.0 hingga 23.0

Pelantikan Pegawai Kadet (PK) UPNM

Sepanjang tempoh pengajian Program Asasi, calon-calon akan dilantik sebagai Pegawai Kadet (PK) PALAPES. Pelantikan sebagai PK Angkatan Tetap akan dilaksanakan pada tahun pertama pengajian. Pelantikan adalah berdasarkan kecemerlangan latihan ketenteraan, pengajian akademik dan Lembaga Temuduga.

Kelayakan Akademik

  • Kelayakan Akademik adalah berlandaskan syarat yang telah ditetapkan oleh Universiti mengikut Program Asasi seperti berikut :-
    • Program Asasi Perubatan
    • Program Asasi Kejuruteraan dan Sainsi Teknologi
    • Program Asasi Pengurusan dan Strategi  

Permohonan Secara Online

Calon-calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti (UPU) dengan mendaftar melalui dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat yang tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan ditempat yang akan ditetapkan kelak.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2016

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-2071 4524/2071 4536/ 2071 2391 atau talian bebas Tol di 1-800-88-7588.


Selamat memohon Pegawai Kadet ATM 2016 Online buat pelajar lepasan SPM semua  dan semoga berjaya.
 
 

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20