BREAKING NEWS

Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik Sesi 2016 Online

Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik Premier Sesi 2016-2017 Online. Permohonan rayuan kemasukan UPU Ke IPTA dan Politeknik Premier sesi 2016 akan di buka kepada pemohon yang gagal pada minggu akhir Mei 2016 buat lepasan SPM manakala lepasan STPM pada minggu kedua Ogos 2016. Untuk makluman, semakan UPU 2016 untuk tawaran kemasukan ke universiti awam (UA - dahulunya IPTA) dan Politeknik Premier adalah seperti berikut :-

Semakan keputusan UPU 2016 online boleh disemak mengikut ketetapan berikut :-
  • Calon lepasan SPM/ Setaraf - 9 hingga 13 Mei 2016 - selepas jam 1200 tengahari.
  • Calon lepasan STPM/ Setaraf - 8 hingga 12 Ogos 2016

Pemohon boleh membuat semakan keputusan UPU 2016 secara online dan merujuk tarikh-tarikh penting kemasukan UPU di Semakan UPU 2016 Online

Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik Sesi 2016 Online

Bagi pemohon yang gagal untuk menerima sebarang tawaran ke IPTA (UA), Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan UPU 2016 melalui aplikasi e-Rayuan seperti di bawah ini.


Tahniah kepada yang berjaya dan anda boleh mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan (JPP) mulai dari tarikh * akan dikemaskini (Tahun lepas 6 Mei 2015).

Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!
 
Semua pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran sebelum atau pada * akan dikemaskini (15 Mei 2015) ini dan ia boleh dibuat melalui laman web rasmi UA atau JPP.
erayuan upu 2015
Bagi pemohon yang tidak berjaya ditawarkan ke UA atau Politeknik Premier tetapi ditawarkan ke institusi lain seperti Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran ke UA atau Politeknik Premier adalah terhad. 

Dasar KPM adalah tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam UA atau Politeknik Premier atau antara UA atau Politeknik Premier. Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad.

Tarikh Permohonan e-Rayuan UPU 2016

Cara membuat permohonan e-Rayuan UPU 2016 dan panduan tarikh penting rayuan adalah seperti berikut:
  • Bagi calon lepasan SPM/setaraf
    (Minggu akhir Mei 2016) *Rayuan dalam tempoh 5 hari
  • Bagi calon lepasan STPM/setaraf
    (Minggu ke-2 Ogos 2016) *Rayuan dalam tempoh 5 hari
* Tarikh sebenar akan dikemaskini dari masa kesemasa

    Keputusan Rayuan UPU 2016

    Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

    Semakan keputusan rayuan UPU 2016

    1. Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh dibuat secara online dan SMS.

      ? Tarikh semakan dibuka

      • Bagi calon lepasan SPM/setaraf
        Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan SPM/Setaraf)
        (Minggu ke-2 Jun 2016)
        Klik http://upu.mohe.gov.my/web/ untuk semakan
      • Bagi calon lepasan STPM/setaraf
        Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan STPM/Setaraf)
        (Minggu ke-4 Ogos 2016)

      ? Cara buat semakan

      • Semakan secara online
        Semakan secara online boleh dibuat di pautan di bawah:
        Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU 2016  - http://upu.mohe.gov.my/web/
      • Semakan melalui SMS
        Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS:
        Taipkan:
        UPU<jarak>RESULT<jarak>[No KP]
        Contoh: UPU  RESULT  970222016745
        Hantarkan SMS ke 15888
    Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka rayuan itu dianggap gagal.

    Selamat memohon erayuan UPU 2016 online dan semoga anda berjaya. 
    Rayuan UPU

    Share this:

     
    Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20