BREAKING NEWS

Semakan Keputusan UKCG 2016 Program Guru KPM Online

Semakan Keputusan UKCG 2015 Program Guru KPM Online. Anda ada membuat permohonan IPG 2016 atau dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan? Dikongsikan dari Kalendar PISMP 2016, satu ujian dipanggil Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), calon Ambilan Khas Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) akan diadakan bagi menapis pemohon sebelum pemohon layak dipanggil ke temuduga. Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG boleh disemak mengikut ketetapan berikut :-
  • Tarikh Semakan UKCG : 5 April 2016 jam 12.00 tengahari hingga 14 April 2016
  • UKCG akan dijalankan dari 10 hingga 15 April 2016. 

Untuk makluman, bagi mereka yang belum sempat memohon, anda mempunyai masa sehingga tengah malam 27 Mac 2016 untuk memohon. Panduan permohonan boleh layari di IPG 2016
Semakan Keputusan UKCG 2016 online

Tarikh Penting Permohonan IPG 2016 Online

Disertakan tarikh penting permohonan buat panduan pemohon semua :-
  • 7 Mac 2016 (11.59 malam) - Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)
  • 5 1 hingga 14 April 2016 (Bermula 1200 tengahari)- Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • 10 April hingga 15 April 2016 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 
  • 2 Mei hingga 19 Mei 2016 - Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 9 Mei hingga 20 Mei 2016 - Pelaksanaan Sesi temuduga. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)

Semakan Nama Calon Berjaya Menduduki UKCG 2016 Online.

Semakan nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG boleh disemak secara online mulai dari 1 April hingga 14 April 2016. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi dari KPM di Aplikasi Berkala/ Pemberitahuan Portal KPM.  

Nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG boleh di semak di :-

Makluman Penting IPG

Berikut adalah makluman dan perhatian penting yang dikongsikan dari Applikasi permohonan IPG 2016.
1.  Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk dipanggil temu duga.
2.  UJIAN KELAYAKAN CALON GURU terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :

A. SESI UJIAN BERTULIS.

  • v Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

  • v Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
  • v Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali
  • Pendidikan Jasmani.
  • v Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan

C. SESI UJIAN AMALI

  • v Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi UKCG.

3.  SESI TEMU DUGA

  • v Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga.
  • v Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.

4.  PEMILIHAN

  • v Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

5.  PENDAFTARAN

  • v Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):   

TARIKH PENDAFTARAN IPG 2016

Tarikh pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah pada 13 Jun 2016
6.  Calon yang telah menduduki UKCG/temu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.

7.  Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.

8.  Calon perlu mencetak surat panggilan UKCG, temu duga dan tawaran (sementara) dalam permohonan online. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temu duga adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.

9.  PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

  • v Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • v Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian. 
Selamat memohon IPG 2016 online dan semoga anda semua berjaya.

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20