BREAKING NEWS

Semakan Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM Online

Semakan Keputusan Permohonan Jawatan Kosong PDRM Polis DiRaja Malaysia Online. Berikut adalah informasi terkini tahun 2016 mengenai pengambilan jawatan kosong di PDRM termasuk semakan keputusan online melalui Sistem SSO. Kepada pemohon yang berminat untuk menyertai PDRM, anda boleh merujuk makluman terkini di Laman Facebook PDRM yang akan dikemaskini dari masa kesemasa seperti makluman penting di bawah ini. 

Selain semakan untuk Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM, Sistem semakan SSO ini boleh juga digunakan oleh pengguna untuk membuat semakan Saman Trafik, Semakan Status Keputusan Repot Polis dan Status Permohonan Lesen Am. Pengguna hanya perlu mendaftar sebagai pengguna rasmi terlebih dahulu dan seterusnya log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.


Semakan keputusan jawatan kosong PDRM Polis DiRaja Malaysia Online

Semakan Keputusan Permohonan PDRM Online

Berikut dikongsikan makluman rasmi dari FB PDRM yang memaklumkan bahawa Semakan status panggilan temuduga PDRM boleh dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM bermula 1 April 2016.

Sesi Temuduga Bagi Eksesais Pengambilan Jawatan Konstabel Sokongan (Lelaki/ Wanita)

  • Tarikh semakan : Bermula 1 APril 2016
  • Applikasi Semakan http://sso.rmp.gov.my/ di Link Semak Pengambilan Jawatan PDRM
  • Sila masukkan No Kad Pengenalan Baru dan klik Butang SEMAK 

Eksesais temuduga ini adalah bagi calon-calon yang telah menjalani ujian fizikal bermula dari 1 Februari sehingga 8 Mac 2016 yan lepas.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian 03-2266 8349 / 8350 / 8351.


Nota

  1. 'Temu Duga Bagi Eksesais Pengambilan Jawatan Konstabel' akan dilaksanakan mulai 01/03/2016 hingga 14/04/2016.
  2. Calon-calon yang gagal menghadiri temu duga pada tarikh yang ditetapkan adalah dianggap tidak berminat dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. 

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi Polis, TIADA PENGAMBILAN TERBUKA JAWATAN PDRM.  Warganegara Malaysia yang berminat perlu membuat permohonan jawatan kosong PDRM - Polis DiRaja Malaysia di SPA. Panduan permohonan boleh dirujuk di Jawatan Kosong PDRM. Semoga berjaya untuk mengejar cita-cita anda menjadi seorang Polis.

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20