BREAKING NEWS

Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 Terkini

Syarat Kelayakan Masuk Tingkatan Enam (Form 6) Tahun 2015. Ramai pelajar lepasan SPM pastinya tertunggu-tunggu samada ditawarkan masuk ke Tingkatan 6 (Form 6) atau tidak. Tidak terkecuali, ada juga pelajar juga ingin mengetahui syarat am dan khas kemasukan terkini untuk membandingkan dengan result keputusan SPM 2015 mereka..Semakan keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017 masih belum diumumkan lagi dan ianya dijangka boleh disemak pada pertengahan April 2016 nanti.
  • Tarikh semakan tawaran Tingkatan 6 tahun 2016 akan dikemaskini dari masa kesemasa. Pelajar adalah digalakkan melayari Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan/ e-perkhidmatan berkala untuk tarikh sebenar semakan. Pada tahun lepas, semakan tawaran telah diumumkan pada 15 April 2015 di laman web rasmi KPM.

Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 Terkini

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan 6 terkini yang dikongsikan dari syarat kemasukan tahun 2015 (sebarang perubahan syarat untuk kemasukan 2016 akan dikemaskini dari masa kesemasa) untuk panduan pelajar semua. 
Untuk makluman, pelajar yang ingin memasuki Tingkatan Enam (Form 6) tidak perlu memohon. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik.  

Syarat Am Kemasukan Tingkatan 6

Syarat ini terpakai kecuali buat murid berkeperluan khas (MBK)
    1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
    2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2015.

      Syarat Khas Kemasukan Tingkatan 6

      1. JURUSAN SAINS

      Untuk jurusan Sains, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
      • Matematik / Matematik Tambahan
      • Fizik
      • Kimia
      • Biologi
      • Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/
      • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/Teknologi Kejuruteraan / Information And Communication Technology / Pengajian Agroteknologi
      • Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian
      Syarat masuk Tingkatan 6 Terkini

        2. JURUSAN KEMANUSIAAN

        i. Sekolah Menengah Harian / Sekolah Menengah Teknik

        Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
        • Bahasa Melayu
        • Bahasa Inggeris
        • Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
        • Sejarah
        • Geografi/ Pendidikan Seni Visual
        • Komunikasi Visual/ Seni Halus /Teater/ Reka Bentuk / Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
        • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
        • Matematik / Matematik Tambahan
        • Prinsip Perakaunan
        • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
        • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
        • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syaria� ah Islamiah
        • Bahasa Arab / Bahasa Iban/ Bahasa Kadazan dusun / English For Science And Technology
        • Sains Pertanian / Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

        ii. Sekolah Menengah Agama

        a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
        Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:-

        • Bahasa Melayu
        • Bahasa Inggeris
        • Kesusasteraan Melayu / Literature in English
        • Sejarah
        • Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
        • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
        • Matematik / Matematik Tambahan
        • Prinsip Perakaunan
        • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
        • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
        • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
        • Pendidikan Syaria�ah Islamiah
        • Bahasa Arab
        • Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

        b) Di Sekolah Berasrama Penuh (Agama) Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

        Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit
        bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

        • Bahasa Melayu
        • Bahasa Inggeris
        • Kesusasteraan Melayu / Literature in English/
        • Sejarah 2
        • Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
        • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
        • Matematik / Matematik Tambahan
        • Prinsip Perakaunan
        • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
        • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
        • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
        • Pendidikan Syaria�ah Islamiah
        • Bahasa Arab
        • Sains Pertanian / Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

        iii. Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) atau Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

        Berumur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari tahun 2015.
        Wajib lulus Bahasa Melayu dan lulus TIGA mata pelajaran dengan jumlah mata gred
        tidak melebihi 28 unit bagi 4 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

        • Bahasa Melayu
        • Bahasa Inggeris
        • Kesusasteraan Melayu / Literature in English/ Kesusasteraan Cina/ Kesusasteraan Tamil
        • Sejarah
        • Geografi / Pendidikan Seni Visual/ Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari/ Bible Knowledge
        • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
        • Mathematics/ Additional Mathematics
        • Prinsip Perakaunan
        • Science/ Additional Science
        • Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
        • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syaria�ah Islamiah
        • Bahasa Arab / Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazan dusun
        • Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

        Cara Pengiraan Kemasukan Ke Tingkatan 6

        Berikut adalah jadual nilai mata gred yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6.
        nilai wajaran unit ting 6

        Untuk memuat turun atau download syarat-syarat kemasukan dan soalan lazim (FAQ), sila klik link berikut :-

        Selamat berjaya buat semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 tahun 2016 nanti. 

        Share this:

         
        Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20