BREAKING NEWS

Tarikh Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2016

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-59 Tahun 2016/ 1437H. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-59 Tahun 1437H akan berlangsung dari 21 hingga 26 Mac 2016 di Dewan Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Menurut Al-Quran.gov, Majlis tilawah al-quran adalah salah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia untuk meninggikan syiar Islam. Majlis ini pertama kalinya dinamakan sebagai "Pertandingan Membaca al-Quran", kemudian dikenali sebagai "Musabaqah Membaca al-Quran", selepas itu 'Ujian Tilawah al-Quran". Walaubagaimanapun, sekiranya Majlis ini diadakan di negeri Johor ia disebut sebagai "Majlis Perujian Membaca al-Quran" atas titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2016

  • Tarikh : 21 hingga 26 Mac 2016
  • Lokasi : Dewan Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya
  • Live streaming : Klik LIVE (akan dikemaskini dari masa kesemasa) 
  • Keputusan Johan Qari & Qariah 2016 : Klik Keputusan Tilawah
  • Acara-acara iringan menarik seperti
    • Pameran & Jualan  
    • Food truck
    • LED Screen
     
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke 59 / 1437H
Menurut Portal rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia, penyertaan peserta Tilawah adalag seperti berikut :-
Sebelum majlis peringkat kebangsaan ini diadakan, tiap-tiap negeri telah mengadakan pertandingan membaca al-Quran di negeri masing-masing bermula daripada peringkat mukim, daerah hinggalah ke peringkat negeri bagi memilih wakil negeri ke peringkat kebangsaan. Pada majlis peringkat kebangsaan kali pertama, setiap negeri dibenarkan menghantar tiga orang peserta, iaitu dua orang qari dan seorang qariah. Mulai tahun 1961, apabila pertandingan membaca al-Quran peringkat antarabangsa dilaksanakan, wakil negeri dalam pertandingan membaca al-Quran peringkat kebangsaan dikurangkan. Hanya johan qari dan qariah peringkat negeri sahaja boleh mengambil bahagian.

Pada tahun-tahun berikutnya syarat-syarat penyertaan dalam majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan ini telah diperkemaskan. Mengikut peraturan yang ditetapkan pada masa ini, peserta majlis ini hendaklah terdiri daripada :

  1. Qari dan qariah yang mewakili negeri-negeri di Malaysia iaitu johan qari dan qariah majlis tilawah al-Quran peringkat negeri berkenaan dan johan menunggu bahagian masing-masing,
  2. Peserta hendaklah beragama Islam dan warganegara Malaysia,
  3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada hari pertama majlis dijalankan.

Senarai Peserta Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2016

Berikut adalah senarai peserta Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2016 yang dikongsikan dari FB Daie Media Sosial JAKIM.

1. Qari dan Qariah Kelantan

kelantan

2. Qari dan Qariah Wilayah Persekutuan

wilayah persekutuan

3. Qari dan Qariah Selangor

selangor

4. Qari dan Qariah Pahang

pahang

5. Qari dan Qariah Johor

Johor

6. Qari dan Qariah Kedah

kedah

7. Qari dan Qariah Melaka

melaka

8. Qari dan Qariah Negeri Sembilan

negeri sembilan

9. Qari dan Qariah Pulau Pinang

pulau pinang

10. Qari dan Qariah Perak

perak

11. Qari dan Qariah Perlis

perlis

12. Qari dan Qariah Terengganu

terengganu

13. Qari dan Qariah Sabah

sabah

14. Qari dan Qariah Sarawak

sarawak

15. Johan Qari dan Qariah Peringkat Kebangsaan 2015

johan qari qariah 2015

Semoga Tarikh Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2016 ini boleh dijadikan buat Umat Islam yang merancang untuk menyaksikan Tilawah ini secara live di Putrajaya.

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20