BREAKING NEWS

"Fara Fauzana Sudah Minta Maaf" - Elly Mazlein



Satu demi satu isu yang melibatkan Elly Mazlein dan kntroversi penyingkirannya dari Gegar Vaganza 3 nampaknya mula terurai.

Bermula kemunculan Elly di pentas Konsert Minggu Ke-5 Gegar Vaganza dengan macaron buat Datuk Ramli MS, dan kebetulan duduk bersebelahan Fara Fauzana di kerusi penonton di MBSA.

Katanya, Fara Fauzana ada membuat permohonan maaf kepada Elly Mazlein!

Menurut Elly, beliau kebetulan duduk bersebelahan Fafau dan penyampai radio itu memohon maaf kepadanya. 

Fara ada menegur saya dan bertanya sekiranya saya marah terhadapnya dan jujur saya memberitahunya saya memang marah. 

Tetapi saya menghormati Fara kerana dia meminta maaf dan saya terima dengan baik kerana mungkin dia tidak sengaja atau pun tersilap kata.Memang pada awalnya saya terasa hati tetapi ia perkara kecil dan kami pun sebenarnya tiada sebarang masalah cuma salah faham sahaja. Semuanya sudah selesai. - mstar

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20