Pelakon terkemuka India, Kareena Kapoor, menyifatkan kehamilan anak pertama banyak memberikan perubahan dalam diri beliau.
Menerusi laporan Bollywoodlife, aktres itu berkata, bermula dengan perubahan bentuk badan dan kemudiannya emosi, ia dianggap perasaan unik yang tidak pernah dialami selama dirinya belum bergelar ibu.
"Semua orang ingin tahu apakah perasaan saya sepanjang kehamilan ini? Saya sendiri sebenarnya tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya.