BREAKING NEWS

Netizen Kecoh Ada Yang Nyanyi Lagu Sendiri; Astro Suruh Tanya Nora!



Nora tiba-tiba mencipta kontroversi apabila lagu Rindu nyanyian Amelina yang diumum untuk dinyanyikan semasa Konsert Ke-6 Gegar Vaganza 2016 tiba-tiba berubah dengan lagu Rock! Netizen mula mempersoal, pelbagai spekulasi dan andaian dibuat. Sehinggakan tanda tanya masih berlegar meski Nora memberi penjelasan bahawa Astro yang mengubah lagu tersebut atas kesilapan teknikal.

Terselamat dan mara ke Konsert Separuh Akhir pada minggu hadapan, Nora sekali lagi mencipta isu apabila menjadi satu-satunya peserta dalam Gegar Vaganza 3 yang layak ke Konsert Separuh Akhir yang akan menyanyikan lagu sendiri.

Lagu Sandiwara yang dikatakan lagu pilihan media. Hakikatnya kumpulan media juga terkejut kerana tidak menyenaraikan lagu tersebut untuk Nora, sebaliknya ada lagu lain yang telah disenaraikan. Menurut Berita Harian, apabila diajukan persoakan ini kepada penerbitan, Astro suruh tanya penyanyi sendiri.

Untuk pengetahuan, Azharina tidak mahu menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu secara solo sebaliknya memilih untuk menjadikan lagu tersebut sebagai lagu duet bersama penyanyi jemputan iaitu Black.

"Kami sudah memujuk peserta dengan memberi pelbagai penjelasan serta rasional mengapa sesuatu lagu dipilih. Bagaimanapun, artis berkeras untuk tidak mahu menyanyikan lagu pilihan dengan pelbagai alasan seperti tidak sesuai dengan julat vokal mereka.

"Dalam kes Azharina, dia bukan tidak mahu menyanyikan lagu pilihan media. Lagu Fantasia Bulan Madu akan dinyanyikan secara duet dengan Black. Cuma Azharina menukar daripada menyanyikan lagu itu secara solo kepada duet," katanya.

Mengenai tindakan Nora menyanyikan lagu sendiri berjudul Sandiwara pada peringkat separuh akhir, Raqim berkata, ia bukanlah perkara baru kerana peserta GV musim lalu pernah melakukannya.

"Kalau tak silap saya, Rahmad pernah menyanyikan lagu sendiri dalam pertandingan GV. Mereka penyanyi profesional. Dalam hal ini, kita sudah memberi penjelasan kepada mereka.


"Apabila peserta menolak lagu yang diberi atas alasan sendiri, kami tak mahu memaksa. Mungkin lebih baik jika perkara itu ditanyakan sendiri kepada penyanyi terbabit," katanya.


Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20