BREAKING NEWS

Review Konsert Minggu Ke-5 Gegar Vaganza 3; Magis Azharina Memukau



Zur Eda tampil dengan lagu I Will Survive, dengan dress jingga dan rambut afro menggerbang! Dato Zainal Abidin mengatakan Zur Eda sebagai penyanyi berpengalaman dan menguasai pentas dengan baik sekali.

Datuk Ramli MS memuji Shidi Data dengan persembahan lagu Ratuku. Kata Tok Ram persembahan Shidi makin mantap, tertib dan lancar.

Lagu berhantu Purnama Merindu disampaikan oleh Siti Sarah. You make me proud. You have your own style. Siapa-siapa yang nyanyi lagu Siti Nurhaliza akan terikut dengan versi asal tetapi Siti Sarah berjaya merealisasikan dengan rendisi yang tersendiri. Itulah pujian tinggi Datuk Khatijah Ibrahim buat persembahan memukau Siti Sarah.

Zainal Abidin mengatakan tidak menjumpai sebarang kesilapan dalam nyanyian dalam persembahan Nora dengan lagu Kasih. Suatu persembahan yang sangat simple, tetapi menarik dan sangat sesuai dengan Nora.

Sentuhan Kecundang daripada G-Mie disifatkan makin bagus dari minggu ke minggu. Lagu ini disampaikan dengan begitu baik dan feel yang cukup bagus. You give me the best! I�m so proud! Itulah komen membina daripada Datuk Khatty!

Peningkatan semua ketara, korang bela apa ye minggu ni? Itu gurauan Tok Ram. Lagu Jika Kau Selam Hati Ini disifatkan sebagai bukan lagu pertandingan sebab sukar dibawakan secara live, tetapi dipuji kerana berjaya disampaikan dengan sebaiknya!

Saya sampai lupa yang lagu ini lagu awak, sebab penghayatan yang cukup dalam. Ameng juga dikatakan mempunyai daya tarikan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Ameng berjaya sampaikan lagu Tiara dengan baik. Tok Ram juga tidak mahu memberikan komen pada suatu �babak� ucapan Subhanallah dalam persembahan Ameng.

Zarul membawakan lagu Aiman Tino berjudul Ku Rela Dibenci. Datuk Khatty cuma bertanyakan adakah Zarul gementar membawakan lagu tersebut. Keseluruhannya, Zarul dikatakan sentiasa menyampaikan terbaik dalam persembahannya.

Azharina menjadi bintang terakhir membuat persembahan. Kamu nyanyi secara intelek, dan ada banyak di simpan. Very well done dan I like it. Itu komen Tok Ram, dan versi yang dinyanyikan Azharina secara tersendiri. Dato Zainal pula memberi komen tambahan dengan I feel you... Dan Datuk Khatty pula turut memuji tinggi dengan mengatakan persembahan Azharina sebagai suatu konsert!


Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20