BREAKING NEWS

Blurb Preview; Mikayla


Mikayla � nama yang cukup indah, seindah pemiliknya. Tapi, apalah yang ada pada nama jika kehendak takdir menentukan dia memikul gelaran anak yatim piatu tika masih bertatih mengejar makna kasih dan sayang.

Dikelilingi kasih sayang ibu saudara rupanya tidak sama dengan kasih ibu sendiri. Apa maknanya kasih jika semuanya ditabiri muslihat yang berpanjangan. Apa maknanya sayang jika haknya terus-terusan dinafikan. Dan apa maknanya kasih sayang jika sebenarnya dia terdera mental dan fizikal dalam lembut bisikan kasih yang tak berkesudahan.

Sejak kecil Mak Embun telah memasakkan hati dan fikirannya dengan kata-kata bahawa kaum lelaki hanya menyusahkan hidup dan dia boleh hidup tanpa mereka. Kaum lelaki hanya akan menghancurkan hidup dan menjerat dia ke lembah derita yang tiada ampun.

Namun tika hati telah dijentik cinta, mampukah Mikayla menepis sedangkan jauh di sudut hati dia amat mendambakan kasih sayang kaum lelaki yang tidak pernah dikecapnya. Hardie dalam diam telah membuka pintu hatinya untuk meraih kasih sayang yang berlainan sifat dan jenisnya.



Benarlah kata mak, kehadiran lelaki dalam hidup hanya menyusahkan. Hardie meninggalkannya lemas sendiri tika dia mula mampu menyemai secebis kasih untuk kaum yang berlainan jenis. Lantas salahnyakah jika dia mula menyimen hati daripada diganggu kasih lelaki?

Dengan�
Atau tanpamu�
Aku tetap berlari!
Hardi-E. Ar Rahman
Produk muda dari Pusat Latihan Polis, Air Hitam (PULAPAH)
Gila-gila, ceria dan playboy ayam-ayaman.
Wan Adra Mikayla
Kononnya berdarah Bugis
Dicop keturunan Si Bongkok Tanjung Puteri!
Gadis lanun diusik jejaka Minangkabau
Jadilah asam pedas astaghfirullahalazim bertemu masok lomak cili padi Alhamdulillah.
Hati Jiran Jendela Sebelah sudah terpaut.
Jawapan Hardie: Saya main-main Aje.
Berani kau cuit-cuit gadis Johor Bahru?!
Cap mohor Mikayla jelas bertanda di dada Hardie!
Dengan�
Atau tanpamu�
Aku tetap tersenyum!

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20