BREAKING NEWS

Full Review Anugerah Industri Muzik 22; AIM 22 'Hidup' Sebab Siti Nurhaliza?



AIM 22 membuka tirai dengan persembahan kerohanian oleh Kumpulan Nasyid Rabbani bersama Syamsul Yusuf, Hazama dan Dali. Kombinasi irama nasyid dan hip hop dan pop ternyata menjadi satu penyatuan yang harmoni. Satu kelainan dan perbezaan berbanding majlis anugerah hiburan yang biasanya dimulakan dengan tarian terkinja-kinja.

Amar Baharin dan Amyra Rosli sekali lagi digandingkan sebagai penyampai anugerah. Bicara mempromosikan diri sendiri menerusi karya sendiri, masih lagi menjadi pilihan pasangan suami isteri ini ketika menyampaikan anugerah pertama AIM 22, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

Cara Adibah Noor dan Harith Iskandar mempersilakan Aiman Tino dan Sufian Suhaimi untuk tampil ke atas pentas untuk slot persembahan memang menarik. Lagi menarik dan best daripada persembahan dua anak muda ni. Yang secara peribadinya, kena banyak lagi belajar untuk life perfomance! Tapi ok la juga daripada time dua-duanya perfom masa Anugerah MELODI yang lagi hancussss!!

Estranged dan Siti Nordiana, tampil untuk anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik . Masih lagi dengan konsep memperkenalkan karya dengan promosi percuma di pentas anugerah.
Slot Persembahan berikutnya diambil alih oleh Sakura Band.

Adibah Noor sempat mempromosikan diri, siap dicuit Datuk K, suami kepada Dato Siti Nurhaliza! But is just sense of humor saja, cool!

Dina Nazir dan Fad Bocey juga Nurilya menjadi penyampai anugerah berikutnya. Fad dan Dina rancak berbual, tinggal Ilya tu sorang-sorang, lepas tu kena bahan dengan Fad. Hahaha. But, it�s ok. Just nice! Lagi okay daripada promote �barang� sendiri!

Forteen tampil klasik dengan pantas mengumumkan pencalonan bagi kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu.

DeFam cute sangat dengan reaksi �terkejut� diorang! Hahaha!

Lagu eksklusif oleh Ameng Spring yang pertama kali diperdengarkan Pasrah Insan Di Jalanan.

Tayangan video tentang 4 anugerah baharu yang disampaikan awal untuk tahun ini dalam AIM 22, diikuti persembahan SonaOne dan Yuna, yang diiktiraf sebagai penerima Anugerah Kembara AIM 22.

Dato� Sheila Majid datang dengan lembaran kertas yang dikarang ucapan yang panjang lebar selari dengan Anugerah Seri Wirama yang dianugerahkan kepadanya. Nak tanya, taip sendiri ke??? Opsss!

Persembahan Khalifah dan Projector Band.

Azharina, Zarul dan Sarah tampil sebagai trio penyampai anugerah!

Hafiz Suip dan Cakra Khan tampil berdua untuk menyampaikan anugerah  3 anugerah termasuk bagi kategori Vokal Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh,  Akim. Siap boleh ber-wefie lagi!

Siti Nurhaliza diangkat sebagai pemenang anugerah pilihan juri awam yang pertama kali dipertandingkan bagi kategori Penyanyi Pilihan Malaysia.

Persembahan Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir memang best!

Datuk M Nasir bersama penaja utama AIM 22 tampil menyampaikan anugerah utama, iaitu Album Terbaik dan Lagu Terbaik.

Akim dan Majistret menutup tirai persembahan.

Tahniah kepada semua pemenang, terutamanya Siti Nurhaliza yang membawa pulang 5 anugerah dengan satu daripadanya telah disampaikan awal. Apapun, Siti Nurhaliza dan Siti Zoner, telah 'menghidupkan' AIM 22 pada malam ini!

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20