BREAKING NEWS

Kecoh Isu Tukar Kad Debit; CIMB Buka Semua Cawangan Sabtu Ini!



Heboh dan kecoh melalui aplikasi sosial tentang penukaran kad debit sebelum tempoh tertentu. Katanya siap akan kena denda kalau tak tukar. Tetapi pihak Maybank sudah tampil menafikan denda RM12.80 yang kononnya akan dikenakan kepada mereka yang gagal menukar kad debit dalam tempoh seminggu ini.


CIMB pula dalam pada lain akan membuka operasi semua cawangan banknya di seluruh Malaysia pada hari Sabtu, 17 Disember 2016, bermula 10 pagi hingga 4 petang untuk urusan penukaran kad!

Perlu ingat ya, tukar kad debit bukan untuk merea yang selalu guna kad untuk membuat pembayaran sahaja, yang guna kad untuk keluarkan duit sahaja pun kena tukar juga, Kad Debit atau Kad Kredit, warna Merah atau Hijau, semua kena tukar katanya.



Menurut salah satu komen admin di Facebook CIMB, kad lama yang digunakan untuk pengeluaran hanya sah dan boleh digunakan sehingga Disember 2017. Manakala, semua kad debit yang digunakan untuk melakukan pembayaran pula akan terganggu jika tidak ditukarkan sebelum 31 Disember 2016.


Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20