BREAKING NEWS

Netizen Kritik Nama Anak Kareena, Saif Berbunyi Kejam!




Nama Taimur Ali Khan Pataudi, anak kepada pelakon Bollywood Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan yang dipilih sempena nama pemimpin empayar Moghul, Timur the Lame telah dikutuk segelintir pengguna laman sosial.

Mereka mengatakan nama tersebut tidak sesuai diberikan kepada bayi secomel Taimur dan mendakwa Timur the Lame seorang pemimpin kejam yang bertanggungjawab membunuh ratusan ribu penduduk berketurunan India pada tahun 1339 selepas masihi.



Bekas Ketua Menteri Jammu Kashmir, Omar Abdullah, turut mengkritik mereka yang mempersendakan pemilihan nama itu.

Abdullah berkata, sebagai ibu bapa, Saif dan Kareena berhak memutuskan nama anak mereka. Dalam akaun Twitter, beliau menulis: "Orang yang berhak memutuskan nama bayi ialah ibu bapanya. Mengapa orang lain hendak masuk campur?



Dalam pada itu, bapa saudara Kareena, pelakon Rishi Kapoor mempertahankan nama berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

 "Tahniah kepada Kareena dan Saif! Terima kasih kepada semua ucapan, akan menyampaikannya," kata aktor veteran itu dalam Twitter.

Anggota keluarga pasangan suami isteri itu termasuk Karisma Kapoor, Soha Ali Khan dan Kunal Kemmu, turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran anggota baru itu.


Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20