BREAKING NEWS

"Saya Dan Che Ta Bagai Langit Dan Bumi" - Zain Saidin



Kalau isteri nampak lebih berjaya daripada suami, pasti akan ada cakap-cakap nakal yang mengatakan si suami itu ditanggung oleh isteri. Inilah juga yang dihadapi oleh pelakon Zain Saidin yang mendirikan rumah tangga bersama selebriti terkenal Rozita Che Wan, atau Che Ta.

�Saya dengan Che Ta memang bagai langit dan bumi. Saya suaminya, tetapi dari dalam banyak hal, dia memang kelihatan lebih daripada saya. Itu adalah hal yang tak dapat saya nafikan sama sekali. Memang Che Ta banyak membantu dalam soal kewangan keluarga kami�

�Sebagai suami, saya juga ada misi untuk keluarga di mana kalau boleh, saya sendiri mahu sara isteri dan anak. Impian saya, mereka tak perlu lagi bekerja suatu hari nanti. Cuma buat masa sekarang, rezeki Che Ta tengah hebat, kenapa perlu disekat-sekat?�

�Saya sendiri sedar perlu kena berusaha lebih keras dan kalau orang masih mahu bercakap mengenai saya sekali pun, saya tak boleh buat apa, biarkanlah mereka asalkan saya tahu apa yang saya buat,� kongsi Zain kepada Utusan Online.

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20