BREAKING NEWS

Harris Baba Bakal Bergelar Bapa



Penyanyi lagu Katakan, dan pelakon watak Dr. Zaim dalam drama Isteri Tuan Ihsan, Harris Baba, 25, kini berdebar menunggu kelahiran bayi sulungnya yang dijangka dilahirkan pada 10 Februari ini.

Kandungan isterinya, Nik Naziha Nik Nawawi, 22, kini memasuki usia lapan bulan dan persiapan menyambut cahaya mata mereka semuanya sudah siap.

Menurut penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura ini, mereka sudah melakukan imbasan jantina bayi namun Harris mahu merahsiakannya dulu daripada peminat.

�Saya sudah tahu jantina bayi tetapi biarlah saya umumkan selepas isteri bersalin. Alhamdulillah, isteri dan bayi dalam kandungan sihat. Nik akan bersalin di kampung halamannya di Kota Kinabalu, Sabah.


�Oleh kerana ini anak sulung, kami tiada pengalaman untuk menjaga bayi dan saya lega kerana isteri akan dijaga mentua. Jika saya ada kerja di Kuala Lumpur, tidaklah saya bimbang meninggalkannya dan bayi,� katanya.

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20