Imunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio. Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan.
Jadual Imunisasi Bayi Baru KKM 2016
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) dan KKM telah mengeluarkan jadual immunisasi baru bermula 2016.Perbezaan utama adalah pada jadual immunisasi MMR (Measles, Mumps & Rubella) yang mempunyai 2 dos, dos pertama pada usia 9 bulan dan dos kedua pada usia 12 bulan.Sebelum ini hanya satu dos MMR sahaja yang diberi pada usia 12 bulan. Jadual ini telah diedarkan kepada semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.
Jadual Imunisasi Bayi Yang Disarankan Oleh KKM Sebelum Ini
Jadual terkini Imunisasi KKM |
Vaksin terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI- Expanded Immunisation Programme) WHO. Vaksin ini diberi secara percuma kepada semua bayi dan kanak-kanak di semua klinik kesihatan kerajaan dan ia merangkumi 10 jenis vaksin yang boleh menghalang penyakit. Pemberian vaksin secara menyeluruh adalah penting untuk menjayakan program imunisasi ini.
Lebih banyak vaksin mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang. Jadual imunisasi yang sedia ada ini mungkin akan diubah suai dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan.
Jadual 2 : Imunisasi Bayi |
Jadual 1. Jadual Rutin Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual 3 |
**DTaP selepas imunisasi utama: bagi mereka yang tidak menerima DTaP semasa kanak-kanak, gantikan dengan vaksin Td (dewasa tetanus-difteria) jika mereka menerima dos terakhir pada umur belasan tahun.
Seorang kanak-kanak yang telah bermula imunisasi DTaP mesti melengkapkan dengan imunisasi DTaP, ia tidak boleh bertukar dengan imunisasi DTP. Walau bagaimanapun kanak-kanak yang bermula dengan imunisasi DTP boleh menggunakan imunisasi DTaP untuk dos seterusnya.
Jadual Imunisasi Sumber - FB KKM