BREAKING NEWS

Resipi Nasi Goreng Kampung Yang Sedap Dan Pedas

Resipi Nasi Goreng Kampung Asli Yang Sedap Dan Pedas. Nasi goreng kampung ialah salah satu masakan asli yang popular dan mudah didapati di Malaysia selain mee goreng. Nasi goreng kampung adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia seperti nasi goreng biasa, paprik, daging merah, cina dan sebagainya.

Resipi Nasi Goreng Kampung Sedap

Berbeza dengan nasi goreng jenis yang lain, nasi goreng kampung terkenal dengan kepedasannya akibat penggunaan cili api atau cili padi dalam masakan. Berikut dikongsikan resipi membuat nasi goreng kampung yang sedap dan pedas berapi.

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG 1

Resipi Nasi Goreng Kampung asli
Bahan-bahan
3 cawan nasi
1 gengam ikan bilis (separuh bahagian goreng garing dahulu)
5 biji cilipadi
1/2 ikat kangkung
garam
1/4 biji bawang besar saiz kecil
1 biji bawang putih

Caranya.

1. Tumbuk halus bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi hingga lumat, kalau takde lesung batu macam ros ni, buleh cincang halus je.

2. Tumis bahan tadi sehingga naik bau dan kemudian masukkan nasi dan kangkung tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam, bila semua dah sebati dan kangkung sudah layu baru masukkan ikan bilis goreng, kacau sebentar dan terus angkat, sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.

SUMBER - Jintan Manis
 

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG 2

Bahan-Bahan:

Bahan A

1. 1 sudu besar garam
2. 7 biji bawang merah (bwg kecil)
3. 5 biji bawang putih
4. Segenggam ikan bilis
5. 7 biji cili api (atau lebih kalau suka pedas)
 
Bahan B

1. 5 senduk nasi yang sudah dimasak, berderai
2. 3 sudu besar minyak masak
3. Sayur kangkung (daun dan batang)dipotong 3cm
4. 5 helai daun kesum dihiris halus (kalau takde,takpe)
5. Bawang goreng (kalau takde, takpe)
6. 5 sudu besar air masak.
7. Limau nipis atau limau kecil(yg selalu makan ngan asam boi)

Cara:

  • 1.Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat. Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap.Jangan letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis dan bawang yang melekat pada bahan-bahan tersebut, kira ok.
  • 2.Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga bawang menjadi kekuningan dan naik bau. Api sederhana sahaja.
  • 3.Bila dah naik bau, letak air sebanyak 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yang telah dipotong-potong tadi (masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk). Masak selama 1 minit lagi.
  • 4.Kecilkan api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata.

Cadangan Hidangan:

  • Hidangan untuk 4 orang.
  • Taburkan bawang goreng dan daun kesum yang dihiris halus tadi.
  • Perahkan limau nipis/kecil secukup rasa ke atas nasi goreng yang telah siap.
  • Boleh makan dengan kicap kalau suka @ kalau kurang masin :)
  • Tambahan:
  • Cara-cara memasak kena ikut betul-betul supaya nasi goreng kampung anda menjadi dan sedap.
SUMBER - Resepi Mesra

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20