BREAKING NEWS

Cara Solat Sunat Gerhana Matahari

Fenomena Gerhana Matahari Separa Dan Cara Solat Sunat Gerhana Matahari. Umum sedia maklum yang Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka akan berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut. Menurut JAKIM, fasa pertama gerhana akan berlaku pada jam 7.24 pagi dan akan mencapai tahap gerhana maksimum pada jam 8.23 pagi.  

fenomena gerhana matahari di malaysia

Cara Solat Sunat Gerhana Matahari

Kaifiyyah pelaksanaan solat sunat gerhana matahari adalah seperti berikut :

  • Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. 
Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :

RAKAAT PERTAMA

Lafaz niat :
???????? ??????? ?????????? ???????????? ??????? ????????
Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa

RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
5. I'tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.
www.muftins.gov.my

Fenomena Gerhana Matahari Separa Di Malaysia Mac 2016

Menurut Falakonline pula, Pada 9 Mac 2016 nanti, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa. Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.

Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.

Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini. Bagi anda di Malaysia, anda  akan dapat melihat sebahagian besar  matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa. Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.

Cara/ Kaedah Yang Selamat Untuk Melihat Gerhana Matahari

  1. Menggunakan penebat (penapis) alpha-hydrogen
  2. Menggunakan penapis aluminium mylar
  3. Menggunakan filem over-exposed monokrom (hitam putih).
  4. Menggunakan kaca penebat (glass-filter) yang khusus untuk matahari
  5. Menggunakan kaedah projection seperti lakaran di bawah. Teleskop atau binokular dengan tripod lebih sesuai digunakan.
  6. Menggunakan kamera lubang jarum
  7. Menggunakan teleskop dengan penapis suria
  8. Menggunakan kacamata gerhana
  9. Paling tidak, anda boleh memerhatikan bayang matahari pada tanah yang melalui celah celah dahan pokok. Anda mungkin dapat menyaksikan suatu yang cukup menarik. Boleh juga memerhatikan cahaya matahari yang melalui lubang kecil pada atap rumah anda yang menyinari lantai/dinding rumah. Perhatikan cahaya pada lantai/dinding tersebut. Anda mungkin temui sesuatu yang menarik.

NOTA

  1. Dilarang melihat terus ke arah matahari tanpa penuras yang sesuai kerana ia boleh menyebabkan mata rosak menjadi buta kekal.
  2. Kenampakan peristiwa gerhana matahari separa amat bergantung kepada keadaan cuaca pada hari tersebut
Semoga Cara Solat Sunat Gerhana Matahari dan maklumat Fenomena Gerhana Matahari Separa Di Malaysia Mac 2016 ini bermanfaat buat semua.


Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20