BREAKING NEWS

Kadar Dividen KWSP 2015-2016

Kadar Dividen KWSP EPF Tahun 2015-2016. Anda seorang pencarum KWSP atau EPF "Simpanan Hari Tua Anda"? Pastinya anda ingin tahu tarikh pengagihan dividen EPF disamping mengharapkan kadar dividen yang tinggi tahun 2015 ini sama seperti dividen ASB atau Tabung Haji dengan harapan simpanan atau tabungan masa tua akan bertambah. Umum sedia maklum yang keadaan kehidupan dan ekonomi yang sukar masa kini menyebabkan rakyat tidak dapat menabung hasil dari jumlah gaji pendapatan yang diterima.

Tarikh Dan Jumlah Pengumuman Kadar Dividen KWSP 2015

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2015 pada hari Sabtu, 20 Februari 2016. Jika mengikut trend jumlah pengagihan dividen 10 tahun yang lepas, pencarum mengharapkan ianya lebih tinggi dan tidak kurang dari 6%.

  • Kadar dividen KWSP/ EPF 2015-2016 adalah 6.40%
dividen epf 2015

Jumlah Kadar Dividen EPF Dari Tahun 2000 Hingga Kini


TAHUNKADAR DIVIDENTAHUNKADAR DIVIDEN
2000620084.5
2001520095.65
20024.2520105.8
20034.520116
20044.7520126.15
2005520136.35
20065.1520146.75
20075.820156.40

Penyata akaun yang dikreditkan dividen, boleh disemak secara online melalui i-Akaun di laman web myEPF www.kwsp.gov.my, selain boleh didapati dari kios KWSP atau cawangan KWSP berdekatan selepas tarikh pengumuman dividen dibuat.

Cara Hubungi KWSP

Maklumat mengenai dividen 2014 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, Twitter di KWSPBuzz dan YouTube 'KWSP Malaysia.' Anda juga boleh mengetahui tentang perkhidmatan lain KWSP seperti i-akaun, jenis pengeluaran, muat turun borang dan banyak lagi di Laman Web Rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home.

Semoga kita semua berharap agar jumlah pengagihan dividen KWSP tahun 2015 ini makin meningkat dari tahun sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20