BREAKING NEWS

Permohonan Skim MyHome Subsidi Pembelian Rumah Pertama

Permohonan Skim MyHome Subsidi Pembelian Rumah Pertama. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) yang menawarkan insentif sehingga RM30,000 kepada pembeli rumah dan pemaju swasta telah mula dilaksanakan pada 1 April 2014. Pemaju dan pembeli yang berminat serta memenuhi syarat kelayakan boleh memohon dengan memuat turun borang permohonan menerusi laman web Jabatan Perumahan Negara di http://ehome.kpkt.gov.my atau di pejabat Setiausaha Negeri di seluruh negara. 

Skim MyHome telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013. 

Subsidi rumah MyHome

Permohonan Skim MyHome Online

Berikut adalah maklumat penting berkenaan permohonan Skim MyHome secara online meliputi syarat kelayakan untuk memohon, harga jualan rumah, jenis rumah dan tangga gaji :-

Syarat Kelayakan

  1. Pembeli mestilah warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas; 
  2. Pembelian adalah untuk rumah pertama dan dihadkan satu unit rumah kepada setiap isi rumah; 
  3. Pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM4,000 bagi MyHome 1 dan RM4,001 hingga RM6,000 bagi MyHome 2.

Harga Jualan Rumah

MyHome 1 menawarkan harga jualan rumah seperti berikut :-
  1. Antara RM80,000 hingga RM120,000 di Semenanjung
  2. Manakala di Sabah dan Sarawak menawarkan harga antara RM90,000 hingga RM120,000.
MyHome 2 pula menawarkan harga jualan 
  1. Antara RM120,001 hingga RM200,000 di Semenanjung
  2. Manakala di Sabah dan Sarawak menawarkan harga RM120,001 hingga RM200,000

Borang Permohonan Skim MyHome (Online)

1. Pemohon Baru

Dokumen Wajib Dimuatnaik (pdf atau jpeg sahaja) :
  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri Pemohon
  3. Salinan Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Kelahiran Anak-anak Tanggungan
  4. Salinan Slip Gaji/Surat Pengesahan Pendapatan(suami/isteri)
  5. Salinan kad OKU (sekiranya berkenaan)
Sila Klik Pendaftaran Pengguna Baru

2. Pemohon Berdaftar (Kemaskini Permohonan)

Pemohon diminta menyemak :
  • Semua dokumen wajib telah dimuatnaik
  • Semua maklumat adalah lengkap 
Sila klik MyHome

Cara Hubungi

Jabatan Perumahan Negara
Aras 30-38, No 51
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

Pusat Panggilan MyHome : 03-8891 4315 / 03-8891 4316 / 03-8891 4312 / 03-8891 4311
Selamat memohon Skim MyHome Subsidi Pembelian Rumah Pertama kepada mereka yang layak. Semoga berjaya.



Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20