Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran 2015 mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT dan TF mulai 1 Mac 2016. Tarikh akhir hantar borang e-Filling cukai pendapatan pula boleh dirujuk di Tarikh Akhir Hantar e-filling 2016.
Cara Isi E-Filling Online Borang Cukai Pendapatan LHDN
Bagi mereka yang tidak pernah (pertama kali) atau lupa dalam menggunakan sistem e-Filling cukai pendapatan online, berikut dikongsikan tips/ panduan mengisi borang seperti dikongsikan dari ezHasil FAQ.Terdapat 2 kategori pembayar cukai iaitu :-
a) Pembayar Cukai yang telah mendaftar Sijil Digital:
- Lawati laman web ezHASIL (https://ez.hasil.gov.my/) atau klik ikon ezHasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my/)
- Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan Baru dan Kata Laluan.
- Mulai 1 Disember 2015, Kata Laluan mesti 8 hingga 12 aksara, kombinasi abjad dan nombor seperti di bawah:
� Sekurang-kurangnya satu (1) huruf besar.
� Sekurang-kurangnya satu (1) huruf kecil.
� Sekurang-kurangnya satu (1) nombor.
� TIDAK mengandungi aksara khas atau simbol.
(Contoh : pAssword123) - Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih borang yang dikehendaki.
- Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
- Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.
b) Pembayar Cukai yang belum mendaftar Sijil Digital:
Sijil Digital adalah pengenalan elektronik yang sama pentingnya dengan kad pengenalan ataupun MyKad. Ia digunakan untuk mengesahkan identiti atau membolehkan pengguna memperolehi hak untuk mendapatkan maklumat serta melakukan transaksi secara dalam talian. Informasi lanjut mengenai Sijil Digital termasuk cara mendapatkan No Pin boleh rujuk di Soalan Lazim e-filling.- Permohonan No. PIN Individu boleh didapati melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
- Permohonan nombor pin e-Filing Organisasi boleh dibuat melalui saluran berikut:
- Cawangan LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC)/Pusat Khidmat Hasil (PKH). Perlu disertakan:
- i. Borang CP55B yang lengkap diisi.
- ii. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
- iii. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat - Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat.
- iv. Salinan kad pengenalan/pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.
- Login Kali Pertama untuk mendaftar sijil digital.
- Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
- Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih borang yang dikehendaki.
- Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
- Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.
Maklumat Penting Dan Cara Hubungi
Selepas menghantar e-Filing, sila ambil langkah berikut :-- Cetak dan simpan - e-Borang
- Cetak dan simpan - Pengesahan penerimaan borang.
- Telefon Pusat Khidmat Pelanggan: 1-800-88-5436
- Faks ke nombor : 03-4289 3400
- E-mel: callcentre@hasil.gov.my
- Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.