BREAKING NEWS

Kemaskini Borang Permohonan UPU 2016 Online

Cara Kemaskini Permohonan UPU 2016 Online. Bagaimana cara membuat pengemaskinian permohonan UPU 2016? Sebagai panduan ringkas, berikut adalah cara membuat kemaskini Permohonan UPU Ke IPTA sesi 2016/ 2017 secara online.Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2015 yang telah diumumkan keputusannya pada 3 Mac 2016 yang lalu. Kini tiba masanya untuk membuat pengemaskinian Borang Permohonan UPU 2016 secara online berdasarkan hasil keputusan SPM 2015 sebenar yang pelajar dapat.
Untuk makluman, tiada had pengemaskinian untuk permohonan UPU online sehingga tarikh tutup permohonan pada 5 April 2016. Semakan keputusan UPU 2016 boleh disemak dengan merujuk tarikh penting ini.

Untuk permohonan FASA 2 UPU pula ianya hanya melibatkan pemohon lepasan STPM 2015 yang akan mengambil peperiksaan Ulangan Penggal 3 (U3)/ Matrikulasi & Asasi tahun 2015 sahaja. Dengan syarat pemohon telah mengemukakan permohonan awal pada 18 Januari 2016 sehingga 5 April 2016.

Kemaskini Permohonan UPU 2016 Online

Berikut dikongsikan cara membuat kemaskini permohonan UPU online di mana tiada had pengemaskinian permohonan UPU online sehingga tarikh tutup permohonan pada 5 April 2016.

Cara Kemaskini Borang UPU

  1. Buka Portal UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/
  2. Klik pada Permohonan Kemasukan
  3. Log Masuk seperti biasa
  4. Kemaskini pada ruangan yang dikehendaki
  5. Klik SAH dan HANTAR
Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa mengemukakan  permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan �Lupa Kata Laluan�. Kata Laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
Untuk gambaran yang lebih jelas dalam membuat pengemaskinian, sila rujuk grafik di bawah ini yang dikongsikan dari FB Rasmi UPU.
cara kemaskini upu 2016


Cara Membenarkan Allow Pop-Ups 

Jika pemohon menghadapi masalah sila rujuk grafik yang dikongsikan dalam membenarkan Pop-Ups di Google Chrome dan Mozilla Firefox.
allow pop-ups upu 2016 chrome
allow pop ups upu mozilla

Permohonan Fasa Kedua UPU 2016 Online

Seperti dinyatakan di atas, Permohonan Fasa kedua UPU adalah melibatkan lepasan STPM 2015 yang akan mengambil peperiksaan ULANGAN PENGGAL 3 (U3)/MATRIKULASI & ASASI TAHUN 2015 sahaja sengan syarat pemohon telah mengemukakan permohonan awal pada 18 Januari 2016 hingga 5 April 2016.
permohonan fasa kedua upu 2016 online

Penghantaran Dokumen Ke Universiti Awam Permohonan UPU 2016

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dihantar ke IPTA yang dimohon kecuali UiTM bagi lepasan Diploma/Setaraf. Tarikh akhir penghantaran dokumen ke IPTA adalah pada 15 April 2016. 
 
Untuk makluman, penghantaran salinan dokumen yang disahkan itu wajib di hantar kepada UA yang dimohon kecuali UiTM. Untuk melihat senarai alamat & senarai dokumen yang diperlukan boleh didapati pada slip permohonan UPUOnline. Sila SAH HANTAR permohonan UPUOnline terlebih dahulu untuk melihat paparan slip permohonan tersebut & cetak slip permohonan UPUOnline sebagai bukti permohonan anda telah dibuat.


Lepasan STPM 2015, Lepasan STPM 2015 Yang Mengambil Ulangan Penggal 3 (U3), Lepasan Matrikulasi 2015, Lepasan Asasi 2015, Lepasan STAM 2015 dan
Lepasan STAM 2014
tidak perlu menghantar salinan dokumen yang disahkan ke Universiti Awam yang dimohon. Sumber Kemasukan BPKP JPT


salinan dokumen perlu hantar ke upu

Perkara Wajib Perlu Lakukan Sebelum Tarikh Tutup Permohonan

PERKARA WAJIB YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM TUTUP SISTEM PERMOHONAN UPUOnline

Permohonan UPUOnline bagi Sesi Akademik 2016/2017 akan ditutup pada hari ini (Selasa) jam 4.00 petang.

perkara wajib sebelum upu online ditutup

Cara Hubungi UPU

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.

atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/

Jom ikuti UPU di ;
INSTAGRAM @kemasukanbpkp
TWITTER @twt_upu


Selamat membuat pengemaskinian Borang Permohonan UPU 2016 secara Online dan semoga anda berjaya.

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20