Bagaimanapun bantuan tersebut terhad kepada mereka yang tidak mempunyai tabungan semasa, simpanan pelaburan atau sudah tergolong dalam golongan miskin tegar akibat hilang pekerjaan dan punca pendapatan. Selain itu, pemberian zakat Baitulmal juga bergantung kepada tanggungan keluarga, tahap kesihatan dan tidak menerima mana-mana bantuan lain mengikut syarak.
Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP Online
Bantuan diberikan dalam bentuk wang tunai di antara RM200 hingga RM1,000 sebulan mengikut perkiraan pegawai Baitulmal MAIWP yang merangkumi bantuan untuk keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, persekolahan anak- anak dan pengangkutan.BAGAIMANA INGIN MEMOHON BANTUAN BAITULMAL MAIWP SECARA ONLINE
Cara-cara permohonan Baitulmal MAIWP:
- 1. Lengkapkan borang permohonan dengan butiran yang diperlukan (tidak perlu tandatangan sokongan mana-mana pemimpin)
- 2. Sertakan dokumen lampiran yang diperlukan (tidak perlu apa-apa cop pengesahan)
- 3. Hantar borang permohonan lengkap ke mana-mana cawangan kami yang berhampiran samada secara pos atau hantar tangan (dicadangkan sebaiknya hantar tangan kerana boleh terus ditemuduga jadi permohonan akan lebih cepat diproses)
Layari link di bawah untuk melihat syarat-syarat permohonan, dokumen lampiran yang diperlukan dan borang permohonan. Semoga Allah permudahkan.
http://www.maiwp.gov.my/i/in�/perkhidmatan-kami/agihan-zakat
Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi 6 aspek keperluan asas iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.
Makluman permohonan di atas adalah untuk warga Wilayah Persekutuan. Bagi negeri-negeri lain, anda boleh rujuk kepada Baitulmal di negeri dimana tuan/puan bermastautin.
1 Bantuan Kewangan Bulanan
2 Bantuan Am Persekolahan
3 Bantuan Perniagaan
4 Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
5 Bantuan Membina / Membaiki Rumah Dan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah
6 Bantuan Tambang Dalam / Luar Negeri (Ibnu-Sabil)
7 Bantuan Segera
8 Bantuan Al-Riqab
9 Bantuan Am Pelajaran IPT
10 Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB)
11 Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan & Institusi Pendidikan
12 Bantuan Ramadhan
13 Bantuan Perubatan
14 Bantuan Perkahwinan
15 Bantuan Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Rumah Bulanan
16 Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
17 Bantuan Musibah
18 Biasiswa Baitulmal / Insentif Khas Pelajar Cemerlang
19 Bantuan Peralatan Dan Kecemasan Persekolahan
20 Bantuan Tuisyen
21 Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
22 Bantuan Pertanian
23 Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah
24 Bantuan Deposit Membeli Motorsikal Roda Tiga Untuk OKU
25 Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI
26 Bantuan Guaman Syarie
27 Bantuan Persediaan IPT
28 Bantuan Takaful Asnaf
2. Apakah syarat-syarat bagi memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?
3. Bagaimanakah caranya untuk memohon bantuan zakat daripada Baitulmal MAIWP?
4. Berapakah jumlah bantuan zakat yang diberikan?
5. Bolehkah saya memohon lebih daripada satu bantuan?
6. Adakah bantuan ini perlu dibayar semula?
Sumber Baitulmal MAIWP
Selamat memohon kepada mereka yang layak memerima Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP.
Follow @rossacalla
http://www.maiwp.gov.my/i/in�/perkhidmatan-kami/agihan-zakat
Syarat Umum Permohonan
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
Had al-Kifayah
Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Manakala dari sudut syarak ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi 6 aspek keperluan asas iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.
- Perlindungan Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
- Makanan Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.
- Pakaian Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
- Perubatan Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain-lain yang berkaitan.
- Pendidikan Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan.
- Pengangkutan Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan.
Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.
Tempoh Kelulusan Permohonan
Jika semua permohonan lengkap dan tiada masalah, keputusan permohonan akan diperolehi dalam tempoh 5-7 hari bekerja.Makluman permohonan di atas adalah untuk warga Wilayah Persekutuan. Bagi negeri-negeri lain, anda boleh rujuk kepada Baitulmal di negeri dimana tuan/puan bermastautin.
Jenis-Jenis Bantuan
Berikut adalah senarai skim bantuan zakat yang boleh dipohon :-1 Bantuan Kewangan Bulanan
2 Bantuan Am Persekolahan
3 Bantuan Perniagaan
4 Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
5 Bantuan Membina / Membaiki Rumah Dan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah
6 Bantuan Tambang Dalam / Luar Negeri (Ibnu-Sabil)
7 Bantuan Segera
8 Bantuan Al-Riqab
9 Bantuan Am Pelajaran IPT
10 Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB)
11 Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan & Institusi Pendidikan
12 Bantuan Ramadhan
13 Bantuan Perubatan
14 Bantuan Perkahwinan
15 Bantuan Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Rumah Bulanan
16 Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
17 Bantuan Musibah
18 Biasiswa Baitulmal / Insentif Khas Pelajar Cemerlang
19 Bantuan Peralatan Dan Kecemasan Persekolahan
20 Bantuan Tuisyen
21 Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
22 Bantuan Pertanian
23 Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah
24 Bantuan Deposit Membeli Motorsikal Roda Tiga Untuk OKU
25 Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI
26 Bantuan Guaman Syarie
27 Bantuan Persediaan IPT
28 Bantuan Takaful Asnaf
Soalan Lazim Agihan Zakat
1. Siapakah yang boleh memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, amil,muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab. Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.
2. Apakah syarat-syarat bagi memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?
Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusu. Syarat umum adalah Islam, warganegara Malaysia, menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan bergantungkepada pengiraan keperluan asasi dan pendapatan isi rumah (Had al-Kifayah) Syarat khusus pula adalah bergantung kepada bantuan yang dipohon dan berbeza-beza mengikut skim bantuan.
3. Bagaimanakah caranya untuk memohon bantuan zakat daripada Baitulmal MAIWP?
Datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web www.maiwp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.
4. Berapakah jumlah bantuan zakat yang diberikan?
Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.
5. Bolehkah saya memohon lebih daripada satu bantuan?
Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak Baitulmal MAIWP mengenalpasti kelayakan pemohon.
6. Adakah bantuan ini perlu dibayar semula?
Tidak, semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula
Sumber Baitulmal MAIWP
Selamat memohon kepada mereka yang layak memerima Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP.
Follow @rossacalla