Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai Permohonan Bantuan Tabung Pendidikan PDT Johor 2016 yang mengandungi maklumat tentang syarat-syarat permohonan, borang permohonan, cara memohon dan cara menghubungi YPJ.
Permohonan Bantuan Tabung Pendidikan PDT Johor 2016
SYARAT AM
Berikut adalah syarat permohonan Bantuan Tabung Pendidikan PDT 2016 :-- Terbuka kepada pelajar peringkat Ijazah Sarjana sahaja
- Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor
- Keutamaan adalah kepada pemohon yang lahir di Negeri Johor
- Tiada had umur
- Mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana secara sepenuh/ separuh masa di IPTA
- Bagi pemohon yang masih tidak bekerja : sekiranya pemohon/ keluarga berdaftar dengan e-Kasih maka perlu mendapatkan pengesahan dari Pejabat Daerah, sekiranya tidak berdaftar, pendapatan keluarga adalah tidak melebihi RM 4,000 sebulan dan perlu disahkan oleh wakil rakyat/ ADUN kawasan
- Pemohon yang sedang dalam tempoh perkhidmatan, pendapatan pemohon adalah tidak melebihi RM 4,000 sebulan
- Mode pengajian adalah coursework/ research/ mixed mode
- Tempoh mengikuti program mestilah berbaki lebih dari 2 semester dari tempoh permohonan
DOKUMEN WAJIB
Semua dokumen seperti berikut hendaklah disahkan oleh Pegawai Gred A atau yang setaraf dengannya :-1) Dokumen sokongan pemohon menetap di Negeri Johor (Alamat di IC/ Sijilpersekolahan rendah DAN menengah)
2) Surat tawaran kemasukan ke universiti
3) Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga
4) Salinan penyata pendapatan :
- a) Slip gaji/ penyata pencen ibubapa ATAU
- b) Slip gaji pemohon (bagi yang sedang dalam tempoh perkhidmatan sahaja)
6) Sijil penyertaan program/ aktiviti diperingkat negeri (jika berkaitan)
CARA MEMOHON
Berikut adalah cara-cara membuat permohonan Bantuan Tabung Pendidikan PDT Johor 2016 :-1) Sila muat turun borang permohonan di laman web rasmi YPJ2) Lengkapkan borang permohonan dan hantarkan bersama-sama dokumen
sokongan yang diperlukan (rujuk perenggan 2) di alamat seperti berikut:
No. 15, Bangunan YPJ,
Jalan Nuri, Larkin Jaya,
Kg Dato� Onn Jaafar,
Karung Berkunci 711,
80990 Johor Bahru,
Johor Darul Ta'zim
07- 234 4355
07- 234 4434
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
1) Borang permohonan online boleh di muat turun sehingga 25 Mac 20162) Serahan borang permohonan online dan dokumen sokongan yang lengkap
ke YPJ selewat-lewatnya pada 30 Mac 2016.
Maklumat Penting
Syarat-Syarat Bantuan Tabung Pendidikan PDT 2016Borang Permohonan Bantuan Tabung Pendidikan PDT 2016
Maklumat lanjut, sila hubungi Unit Bantuan Pendidikan YPJ: 07-2344355 (Puan Ayu).
Selamat membuat Permohonan Bantuan Tabung Pendidikan PDT Johor 2016 dan semoga anda berjaya.