BREAKING NEWS

Permohonan Biasiswa Yang DiPertuan Agong JPA Sesi 2016 /2017

Permohonan Biasiswa Yang DiPertuan Agong JPA Sesi 2016 /2017. Anda seorang pelajar yang berminat untuk memohon biasiswa utuk melanjutkan pengajian? Berita baik, menurut Portal Rasmi e-sila, adalah dimaklumkan yang Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 telah dibuka secara online seperti ketetapan tarikh berikut :-
  • Tarikh Buka : 7 Mac 2016
  • Tarikh Tutup : 18 Mac 2016

Permohonan Biasiswa Yang DiPertuan Agong JPA 2016 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan yang mengandungi informasi tentang syarat permohonan, keterangan biasiswa dan garis panduan permohonan.

1. Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. 
Permohonan Biasiswa Yang DiPertuan Agong JPA 2016 online


2. Maklumat Permohonan dalam PDF

3. Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 900 pagi, 07 Mac 2016

4. Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) dan penghantaran borang permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 ialah pada 18 Mac 2016. 

5. Pertanyaan mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 
2016/2017 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853546/3569/3879 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat ldp@jpa.gov.my

Selamat memohon dan semoga berjaya buat pemohon Permohonan Biasiswa Yang DiPertuan Agong JPA Sesi 2016 /2017.

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20