BREAKING NEWS

Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2016/ 2017 Online

Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2016/ 2017 Online. Anda berminat melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah? Permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah - Mesir, Jordan dan Morocco bagi sesi kemasukan 2016/ 2017 kini dibuka. Untuk makluman, pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2016/ 2017 perlu membuat permohonan secara atas talian di applikasi permohonan di bawah ini. 

Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi Kemasukan 2016/ 2017 online 

Berikut adalah maklumat penting tentang tarikh permohonan dibuka dan tarikh tutup permohonan.

Borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada atau sebelum 29 April 2016 sebelum pukul 5.00 petang.

Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada KPM. 


Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibu bapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

 Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2016/ 2017 Online
Permohonan Pengajian Timur Tengah 2016 Online
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226

Bahagian Education Malaysia

Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya

 
Selamat memohon dan semoga berjaya buat pemohon  Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2016/ 2017 Online.
 

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20