Permohonan Pengeluaran Pendidikan KWSP Online
Posted by
admin
on
20:30:00
in
PANDUAN
PENDIDIKAN
|
Permohonan Pengeluaran Pendidikan KWSP Online. Kepada pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke UA/ IPTA melalui UPU Online, semakan keputusan kemasukan dijangka diumumkan pada Mei 2016 untuk lepasan SPM dan setaraf. Ibu bapa yang menjadi ahli KWSP di mana anak/ pelajar yang berjaya perlu memikirkan cara terbaik dalam membiayai pembiayaan pendidikan anak mereka di Universiti nanti selain mendapatkan pinjaman atau biasiswa. Merujuk kepada FB KWSP, salah satu cara yang boleh digunakan adalah dengan membuat Pengeluaran Pendidikan KWSP yang boleh dipohon melalui saluran e-Pengeluaran online.Permohonan Pengeluaran Pendidikan KWSP Online
Permohonan kini menjadi lebih mudah apabila Pengeluaran Pendidikan KWSP boleh dibuat secara online melalui e-Pengeluaran dengan syarat ahli KWSP telah mendaftar i-Akaun KWSP. Syarat Kelayakan
Berikut diantara syarat-syarat kelayakan pengeluaran pendidikan KWSP. Syarat lain boleh dirujuk di EPF.- Mempunyai i-Akaun
- Semua jenis bayaran yang dikenakan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuk yuran asrama dan kos tiket penerbangan sehala ketika mendaftar di tahun pertama.
- Belajar di IPT dalam negara secara sepenuh masa, separuh masa, Program Jarak Jauh (PJJ) dan francais yang diluluskan.
- Pemohon adalah pelajar atau ibu bapa yang membiayai pendidikan anak.
- Bagi tujuan kelulusan, pemohon mesti membuat pengecaman Cap Ibu Jari di kaunter KWSP.
- Kemudahan ini hanya terhad kepada IPT dalam negara sahaja. Bagi permohonan pengeluaran untuk pengajian luar negara, permohonan hendaklah dihantar melalui Kaunter KWSP.
- Amaun pengeluaran yang dibenarkan adalah jumlah yuran pengajian atau semua simpanan dalam Akaun 2, mana yang terendah.
Cara Memohon
Permohonan secara online boleh di buat dengan login ke i-Akaun ahli dan ikut langkah berikut :-- Klik Tab Pengeluaran
- e-Pengeluaran
- Klik Permohonan Baru untuk memulakan transaksi.
Senarai IPT/ IPP Terlibat
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP) yang menyertai e-Pengeluaran adalah seperti dibawah: - a) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- b) Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
- c) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Selamat membuat permohonan Pengeluaran Pendidikan KWSP Online dan untuk maklumat lanjut sila klik pautan berikut : e-pengeluaran pendidikan.