Panduan Dan Syarat Permohonan Pra Universiti KPM Sesi 2016/ 2017 Online
Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan Program Pra Universiti KPM sesi 2016/ 2017 yang perlu dibuat secara online.- Applikasi Permohonan ; https://prau.moe.gov.my/
- Borang Permohonan Online : https://prau.moe.gov.my/borangpemohonan.cfm
- Tarikh Buka : 1 Mac 2016
- Tarikh Tutup : 30 April 2016
Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon. Untuk maklumat lanjut sila layari Panduan dan Syarat Permohonan :-- Calon yang bertaraf atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/ Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2016. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
- Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu menghantar secara pos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.
Panduan Permohonan
Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:- Mengisi dan melengkapkan borang permohonan secara online di https://prau.moe.gov.my/
- Mencetak borang tersebut DAN melengkapkan maklumat pada ruang berikut:
- Ruang E. Ulasan Jurulatih
- Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
- Ruang G. Perakuan
- Ruang H. Pengesahan
- Menghantar borang permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen yang berkaitan yang telah DISAHKAN secara pos dan perlu sampai ke Bahagian Sukan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan online.
Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)
NOTA PENTING: Borang yang TIDAK LENGKAP dan LEWAT diterima tidak akan diproses.
Cara Hubungi
Pertanyaan Umum (PERMOHONAN) :- Fauziah Ahmad
No. Tel : 03-8884 1172/1114
- Sahrul Tahiri
No. Tel : 03-8884 1086
Aduan Sistem Online (TEKNIKAL) :
-Nur Ilyani/Angelina William
No. Tel : 03-8884 1334/1336
Isnin - Jumaat : 8.30 pg - 4.00 ptg
Selamat memohon buat mereka yang berminat dengan Program Pra Universiti KPM Sesi 2016/ 2017 Online.