BREAKING NEWS

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2016 LHDN

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2016 LHDN. Bilakah tarikh akhir penghantaran borang dan membayar cukai pendapatan tahun taksiran 2015? Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dalam kenyataan media pada 20 Februari 2016 memaklumkan yang pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran 2016 mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT dan TF mulai 1 Mac 2016 ini. 

Bagi  Borang  BE,  pembayar  cukai  juga  boleh  mengemukakan  borang  tersebut menggunakan  peranti  mudah  alih  seperti  telefon  pintar  dan  tablet  melalui  aplikasi Mobile Filing (m-Filing). e-Filing  dan  m-Filing  merupakan  aplikasi PERCUMA yang  disediakan  oleh  LHDNM untuk  memudahkan  pembayar  cukai  melengkapkan dan  mengemukakan  BNCP secara elektronik melalui internet.

e-Filling 2015 LHDN

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2016 LHDN

LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP mereka dalam tempoh  yang  telah  ditetapkan  bagi  mengelakkan  sebarang  penalti  lewat  hantar BNCP dikenakan terhadap mereka

Tarikh akhir pengemukaan  BNCP  Tahun  Taksiran  2015  bagi  Borang E,  BE,  B,  BT, P, M, MT dan TF secara Borang Kertas (manual) adalah seperti berikut :-

JENIS BORANGPENERANGANTarikh Akhir MENGHANTAR Borang dan MEMBAYAR cukai pendapatan tahun taksiran 2015
EBorang Nyata oleh Majikan31 Mac 2016 (Manual). Dilanjutkan ke 30 April 2016 untuk e-Filling. sumber
BEBorang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan)30 April 2016 (manual). Tambahan masa diberikan untuk hantar e-filling pada 15 Mei 2016
BBorang Nyata Individu (Pemastautin yang menjalankan perniagaan)30 Jun 2016
PBorang Nyata Perkongsian30 Jun 2016
BTBorang Nyata Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran)30 April 2016 (Tidak Menjalankan perniagaan) &
30 Jun 2016 (Menjalankan perniagaan)
MBorang Nyata Individu Bukan PemastautinSAMA
MT Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)SAMA
TFBorang Nyata PertubuhanSAMA

* NOTA

  1. * Tarikh tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDN
  2.  * BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing selepas tarikh akhir pengemukaan borang berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika borang diterima dalam tempoh 15 hari selepas tarikh akhir pengemukaan borang.
  3. * Contoh: Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2015 adalah 30 April 2016. Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2016 bagi e-Filing Borang BE (e-BE) Tahun Taksiran 2015. Jika pembayar cukai mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2015 secara e-Filing (e-BE) pada 16 Mei 2016, BNCP tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2016 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
  4. Tambahan masa ini juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) ACP 1967 bagi BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing / pos 
  5. Terkini 30 Mac 2016 : Tarikh  akhir  mengemukakan Borang  E  Tahun  Taksiran  2015
    adalah pada 31 Mac  2016. Tambahan masa diberikan sehingga 30 April 2016 bagi e- Filing Borang E (e-E) Tahun Taksiran 2015.Tarikh akhir 30 April 2016 ini tidak terpakai kepada kaedah pengemukaan Borang E  secara  borang kertas atau  manual.  Di mana  tarikh akhir pengemukaan Borang E bagi kaedah ini kekal pada 31 Mac 2016
     
Pembayar cukai boleh merujuk pautan berikut untuk sebarang maklumat  tambahan masa untuk mengemukakan BNCP secara e-Filing
Pembayar  Cukai  yang  belum  pernah  menggunakan  aplikasi  e-Filing  sebelum  ini perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.

Manakala  bagi  pembayar  cukai  yang  terlupa  kata  laluan e-Filing  dan mempunyai  e-mel  berdaftar  dengan  LHDNM  pula,  mereka  boleh  set  semula  (reset) kata  laluan melalui menu Terlupa Kata Laluan di portal ezHASiL.

Bagi  pembayar  cukai  yang  tidak  mempunyai  e-mel  berdaftar  dengan  LHDNM, mereka perlu hadir ke kaunter khidmat pelanggan LHDNM untuk mendapatkan Kod Pengaktifan Sementara kata laluan e-Filing mereka. Sila bawa bersama-sama kad pengenalan atau pasport sebagai pengesahan dan rekod. 

Adalah   diingatkan   bahawa   permohonan   untuk reset kata   laluan   e-Filing menggunakan selain daripada kaedah-kaedah di atas tidak akan dilayan.

Adalah dinasihatkan "Pembayar cukai diminta segera mengemukakan BNCP mereka dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan,"

Apa Itu e-Filling

e-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL di pautan htpps://ez.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan di talian 1-800-88-5436. Panduan e-filling LHDN di SINI

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20