Permohonan Pegawai Kadet ATM 2016 Online
Berikut dikongsikan syarat-syarat am permohonan meliputi syarat kelayakan umum, syarat-syarat kelayakan akademik dan maklumat permohonan buat panduan kepada mereka yang berminat.Syarat-Syarat Am Permohonan
- Jantina : Lelaki dan Wanita
- Umur : Berumur 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun pada 31 Disember 2016. Calon-calon yang berumur bawah 17 tahun 6 bulan perlu mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga.
Fizikal
- Tinggi Minimum : 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita)
- Berat Minimum : 47.5 kg (Lelaki) & 45kg (Wanita)
- Ukuran Dada Minimum (Lelaki sahaja) : 76 sm
- Body Mass Index (BMI) : 18.0 hingga 23.0
Pelantikan Pegawai Kadet (PK) UPNM
Sepanjang tempoh pengajian Program Asasi, calon-calon akan dilantik sebagai Pegawai Kadet (PK) PALAPES. Pelantikan sebagai PK Angkatan Tetap akan dilaksanakan pada tahun pertama pengajian. Pelantikan adalah berdasarkan kecemerlangan latihan ketenteraan, pengajian akademik dan Lembaga Temuduga.
Kelayakan Akademik
- Kelayakan Akademik adalah berlandaskan syarat yang telah ditetapkan oleh Universiti mengikut Program Asasi seperti berikut :-
- Program Asasi Perubatan
- Program Asasi Kejuruteraan dan Sainsi Teknologi
- Program Asasi Pengurusan dan Strategi
Permohonan Secara Online
Calon-calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti (UPU) dengan mendaftar melalui dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat yang tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan ditempat yang akan ditetapkan kelak.- Panduan permohonan UPU online sila klik UPU 2016 Online.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2016
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-2071 4524/2071 4536/ 2071 2391 atau talian bebas Tol di 1-800-88-7588.Selamat memohon Pegawai Kadet ATM 2016 Online buat pelajar lepasan SPM semua dan semoga berjaya.