BREAKING NEWS

Senarai Plaza Tol Elektronik Sepenuhnya ETC Terkini

Senarai Plaza Tol Elektronik Sepenuhnya ETC. Anda seorang pengguna lebuhraya bertol di Malaysia dan ingin mengetahui senarai Plaza Tol Elektronik sepenuhnya ? Untuk makluman seperti dikongsikan dari N9kini, penggunaan Sistem Kutipan Tol Elektronik (ETC) menggunakan SmartTag dan Touch n� Go berbanding bayaran tol secara tunai akan beroperasi sepenuhnya membabitkan 33 buah lokasi plaza tol seluruh negara pada tahun 2017 nanti.

ETC adalah sistem kutipan tol elektronik bagi melancarkan perjalanan kenderaan terutama ketika di waktu puncak dan di musim perayaan bagi lebuhraya bertol seluruh negara. Sistem ini terbukti berjaya di banyak negara dunia termasuklah di lebuh raya di Malaysia.

Pelaksanaan sepenuhnya Plaza Tol Elektronik pada tahun 2017 akan melibatkan semua plaza tol milik PLUS serta tujuh plaza tol di laluan dua lebuhraya utama iaitu Lebuhraya Damansara � Puchong (LDP) dan Lebuhraya SPRINT yang dikendalikan oleh LITRAK. 

Senarai Plaza Tol Elektronik Terkini

Senarai Plaza Tol Elektronik Sepenuhnya ETC

Berikut adalah Senarai Plaza Tol yang menggunakan sistem ETC setakat hari ini menurut FB Penerangan Malaysia.   

Berkuatkuasa Januari 2014

Lebuhraya Linkedua (LINK2)
  • Plaza Tol Perling
Lebuhraya PLUS
  • Plaza Tol Kempas

Berkuatkuasa September 2014

Lebuhraya Persekutuan
  • Plaza Tol Batu Tiga
  • Plaza Tol Sungai Rasau

Berkuatkuasa Jun 2015

Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  • Plaza Tol Mambau
  • Plaza Tol Lukut
* Untuk senarai lengkap Plaza Tol elektronik sepenuhnya terkini boleh dirujuk di grafik di bawah ini.
Plaza Tol Elektronik ETC Terkini

Semoga Senarai Plaza Tol Elektronik Sepenuhnya ETC Terkini ini boleh dijadikan panduan buat pengguna Lebuh Raya di Malaysia semua.

Share this:

 
Copyright © 2014 Berita Viral Kini. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20