- Tarikh semakan tawaran Tingkatan 6 tahun 2016 akan dikemaskini dari masa kesemasa. Pelajar adalah digalakkan melayari Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan/ e-perkhidmatan berkala untuk tarikh sebenar semakan. Pada tahun lepas, semakan tawaran telah diumumkan pada 15 April 2015 di laman web rasmi KPM.
Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 Terkini
Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan 6 terkini yang dikongsikan dari syarat kemasukan tahun 2015 (sebarang perubahan syarat untuk kemasukan 2016 akan dikemaskini dari masa kesemasa) untuk panduan pelajar semua.Untuk makluman, pelajar yang ingin memasuki Tingkatan Enam (Form 6) tidak perlu memohon. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik.
Syarat Am Kemasukan Tingkatan 6
Syarat ini terpakai kecuali buat murid berkeperluan khas (MBK)- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2015.
Syarat Khas Kemasukan Tingkatan 6
1. JURUSAN SAINS
Untuk jurusan Sains, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:- Matematik / Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/
- Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/Teknologi Kejuruteraan / Information And Communication Technology / Pengajian Agroteknologi
- Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian
2. JURUSAN KEMANUSIAAN
i. Sekolah Menengah Harian / Sekolah Menengah Teknik
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
- Sejarah
- Geografi/ Pendidikan Seni Visual
- Komunikasi Visual/ Seni Halus /Teater/ Reka Bentuk / Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
- Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
- Matematik / Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
- Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syaria� ah Islamiah
- Bahasa Arab / Bahasa Iban/ Bahasa Kadazan dusun / English For Science And Technology
- Sains Pertanian / Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
ii. Sekolah Menengah Agama
a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:-
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Kesusasteraan Melayu / Literature in English
- Sejarah
- Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
- Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
- Matematik / Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
- Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
- Pendidikan Syaria�ah Islamiah
- Bahasa Arab
- Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan
b) Di Sekolah Berasrama Penuh (Agama) Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unitbagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Kesusasteraan Melayu / Literature in English/
- Sejarah 2
- Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
- Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
- Matematik / Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
- Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
- Pendidikan Syaria�ah Islamiah
- Bahasa Arab
- Sains Pertanian / Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan
iii. Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) atau Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Berumur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari tahun 2015.Wajib lulus Bahasa Melayu dan lulus TIGA mata pelajaran dengan jumlah mata gred
tidak melebihi 28 unit bagi 4 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Kesusasteraan Melayu / Literature in English/ Kesusasteraan Cina/ Kesusasteraan Tamil
- Sejarah
- Geografi / Pendidikan Seni Visual/ Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari/ Bible Knowledge
- Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
- Mathematics/ Additional Mathematics
- Prinsip Perakaunan
- Science/ Additional Science
- Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syaria�ah Islamiah
- Bahasa Arab / Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazan dusun
- Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan
Cara Pengiraan Kemasukan Ke Tingkatan 6
Berikut adalah jadual nilai mata gred yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6.Untuk memuat turun atau download syarat-syarat kemasukan dan soalan lazim (FAQ), sila klik link berikut :-
- Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 Tahun 2015 - Klik Syarat Tingkatan 6 PDF
- Soalan Lazim FAQ Tingkatan 6 klik Form 6 FAQ
Selamat berjaya buat semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 tahun 2016 nanti.