Sakit Jantung : Tanda-tanda dan cara kawalan yang berkesan. Sajit jantung adalah di
antara pembunuh utama di Malaysia selain kencing manis dan tekanan darah tinggi. Jantung merupakan organ yang istimewa. Jantung sangat penting untuk kehidupan, jantung berfungsi untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan. Jantung yang sihat membolehkan kita hidup bergembira, aktif dan ceria. Jika kita memiliki jantung yang tidak sihat maka kesemua nikmat kehidupan ini akan hilang serta merta. Oleh itu janganlah mengambil mudah tentang jantung kita.
antara pembunuh utama di Malaysia selain kencing manis dan tekanan darah tinggi. Jantung merupakan organ yang istimewa. Jantung sangat penting untuk kehidupan, jantung berfungsi untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan. Jantung yang sihat membolehkan kita hidup bergembira, aktif dan ceria. Jika kita memiliki jantung yang tidak sihat maka kesemua nikmat kehidupan ini akan hilang serta merta. Oleh itu janganlah mengambil mudah tentang jantung kita.
Penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart Disease) juga dikenali sebagai penyakit jantung koronari. Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian mengejut. Antara sindrom penyakit jantung iskemia adalah angina pektoris dan infarksi miokardia.
Kesan
Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang itu mendapat penyakit jantung iskemia. Tanda-tanda awal angina pektoris adalah rasa sakit di dada sebelah kiri yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen. Kadangkala pesakit mengadu sakit di bahagian perut (epigastrik). Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila pesakit melakukan aktiviti berat atau ketika pesakit mengalami tekanan (stres) kerana pada keadaan tersebut jantung memerlukan oksigen yang tinggi. Bagaimanapun, kesakitan ini akan hilang di dalam masa kurang dari setengah jam apabila pesakit memberhentikan aktiviti berat dan berehat. Infarksi miokardia adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan darah yang teruk ke bahagian tersebut.
Tanda-tanda infarksi miokardia
Antara tanda-tanda infarksi miokardia adalah seperti berikut :-- Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan ke dada dan kadangkala seolah dada berasa ketat.
- Sukar bernafas
- Pening kepala
- Muntah.
Cara Pencegahan Sakit Jantung
Senaman merupakan cara paling mudah untuk kita memiliki jantung yang sihat. Dengan hanya berjalan selama 30 minit sehari kita boleh memiliki jantung yang sihat. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh juga di amalkan ialah berjoging, berenang, berbasikal dan bersukan. Berkebun dan melakukan kerja-kerja rumah juga boleh menyihatkan jantung anda.
Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung :
- Memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda
- Menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung
- Meningkatkan paras kolesterol pelindung penyakit jantung yang dikenali sebagai kolesterol berketumpatan tinggi� (HDL)
- Membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang berlebihan
- Mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi
- Mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan
- Membantu anda tidur dengan nyenyak.
Diagnosis
Berikut di antara kaedah yang digunakan untuk mendiagnos penyakit jantung seperti berikut yang dikongsikan dari Wikipedia:- Ujian ECG: ujian ini untuk mereka yang diserang sakit jantung dan sesetengah pesakit yang mengalami angina tidak stabil
- Ujian darah seperti enzim kardium dan troponin
- Ujian tekanan pengisar injakan
- Angiogram koronari.
10 Petua Memiliki Jantung Yang Sihat
- 1. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali
- 2. Makan secara teratur dan seimbang
- 3. Kekalkan berat badan unggul
- 4. Tidak merokok
- 5. Menangani tekanan perasaan
- 6. Mengawal tekanan darah
- 7. Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah
- 8. Mengawasi paras kolesterol
- 9. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
- 10. Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa.
pusat perubatan UKM
Semoga panduan Tanda Awal Sakit Jantung Dan Cara Mencegah Yang Berkesan ini bermanfaat buat semua.
Semoga panduan Tanda Awal Sakit Jantung Dan Cara Mencegah Yang Berkesan ini bermanfaat buat semua.