Maksud Israk Dan Mikraj
ISRAK bererti perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. MIKRAJ pula bererti perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dan terus mengadap Allah SWT untuk menerima perintah solat lima kali sehari bagi umat Nabi Muhammad SAW.Para ulama berbeza pendapat menentukan tarikh pasti terjadinya peristiwa tersebut. Imam Al-Nawawi sendiri memiliki dua pendapat yang berlainan. Dalam kitab al-Raudah, beliau menegaskan bahawa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Sementara dalam kitab Fatwanya, beliau mengatakan peristiwa itu berlaku pada 27 Rabiulawal.